Now Reading
Kuku Rapuh (Brittle Nails) – Punca dan Diagnosis

Kuku Rapuh (Brittle Nails) – Punca dan Diagnosis

kuku rapuh

Pengenalan

Kuku rapuh merupakan keadaan biasa yang menyebabkan kuku anda menjadi lembut, nipis, atau pecah. Ia cenderung terjadi kepada golongan wanita berbanding lelaki. Dalam kebanyakan kes, individu dengan kuku rapuh boleh mengambil langkah-langkah tertentu untuk menguatkannya dan mencegah dari ia berulang semula.

Penerangan

Kebanyakan keadaan perubatan boleh mempengaruhi bentuk atau tekstur kuku anda. Kuku rapuh bermaksud bahawa kuku anda mudah retak, sumbing, pecah, atau terkupas, Keadaan ini boleh dikategorikan sebagai salah satu tanda penuaan atau sebagai tindak balas terhadap penggunaan produk pengilat kuku dalam jangka masa yang panjang atau pendedahan kepada keadaan yang lembap (termasuklah berenang atau mencuci pinggan mangkuk).

Bahkan, sesetengah penyakit juga dikaitkan dengan perubahan tekstur kuku. Sebagai contoh, kuku yang nipis dan kuku rapuh boleh menjadi tanda bagi penyakit hipotiroidisme.

Istilah onychoschizia merujuk kepada pemisahan kuku serta kuku rapuh atau kuku lembut.

Pengambilan suplemen biotin (vitamin) boleh membantu merawat sesetengah daripada masalah kuku. Selain itu, penggunaan pelembap selepas berendam di dalam air juga boleh memberi manfaat kepada kuku anda.

Penyebab yang berkemungkinan

Kuku rapuh tergolong dalam dua kategori: kering dan rapuh atau lembut dan rapuh.

Kuku yang kering dan rapuh terjadi apabila kekurangan kelembapan. Kebiasaannya ia disebabkan oleh pembersihan dan pengeringan kuku berulang kali.

Sebaliknya, kuku lembut dan rapuh pula disebabkan oleh kelembapan berlebihan, kebiasaanya berpunca dari sabun pencuci pinggan, larutan pencuci rumah, dan penghilang pengilat kuku.

Punca lain termasuklah:

  • Umur. Biasanya, kuku anda akan berubah apabila anda semakin meningkat usia, ia akan menjadi semakin kusam dan rapuh. Kuku jari kaki biasanya menjadi lebih tebal dan lebih keras, manakala kuku jari tangan akan menjadi lebih nipis dan rapuh.

  • Kekurangan zat besi. Keadaan ini berlaku apabila badan tidak mendapat zat besi yang mencukupi. Justeru itu, ia menyumbang kepada paras sel darah merah yang rendah. Doktor anda boleh mengukur paras sel darag anda dan jika rendah, beliau akan memberikan suplemen yang berpatutan.

  • Hipotiroidisme. Seiring dengan kuku rapuh, simptom hipertiroidisme termasuklah keguguran rambut, keletihan, kenaikan berat badan, sembelit, dan kemurungan. Doktor boleh merawat hipotiroidisme dengan hormon tiroid sintetik, levothyroxine yang boleh diambil secara oral.

  • Sindrom Raynaud. Ia disifatkan dengan masalah peredaran darah di bahagian kaki, keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan kuku anda. Doktor mungkin memberikan penghalang kalsium, seperti amlodipine atau nifedipine, atau ubat-ubatan alternatif, seperti losartan, fluoxetine, atau sildenafil.

Tip diagnostik untuk menentukan sama ada kuku rapuh anda disebabkan oleh keadaan dalaman atau faktor persekitaran luar adalah: “Jika kuku anda terbelah, tetapi kuku jari kaki masih kuat, maka faktor luaran adalah penyebab utama masalah kuku anda.”

Bila perlu menghubungi doktor

Kuku rapuh tidak semestinya sesuatu keadaan yang perlu dibimbangkan. Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin berjumpa doktor jika anda melihat tanda-tanda tambahan lain yang mengiringinya.

Sebagai contoh, keletihan boleh menjadi simptom kepada kekurangan zat besi atau anemia. Kenaikan atau penurunan berat badan pula boleh menunjukkan masalah tiroid.

Selain itu, anda juga mungkin mahu berjumpa doktor jika petua rumah untuk menguatkan kuku tidak berkesan. Anda mungkin dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan tambahan atau menentukan penyebabnya.

Rawatan

Rawatan dan ubat untuk kuku rapuh adalah terhad.Doktor hanya boleh mengesyorkan pengambilan suplemen untuk menguatkannya.

Bagaimanapun, tips penjagaan di rumah berikut mungkin dapat membantu menguatkan kuku anda.

Menggunakan pengilat kuku

Bagi individu yang mempunyai kuku yang lembut, sapu pengilat kuku yang jernih atau produk kuku lain yang boleh membantu meningkatkan kekuatan kuku dari masa ke semasa.

– Menggunakan pelembap

Indvidu dengan kuku kering mungkin perlu mempertimbangkan untuk menggunakan pelembap pada tangan dan kuku mereka. Ia boleh dilakukan pada waktu siang atau pada waktu malam sebelum tidur. Peningkatan kelembapan dapat membantu merawat masalah kuku kering supaya menjadi kurang rapuh.

Memakai sarung tangan

Memakai sarung tangan sewaktu mencuci pinggan atau menggunakan produk pembersih rumah boleh membantu mencegah kerosakan akan datang serta menguatkan kuku.

SUMBER

https://www.medicinenet.com/brittle_nails/symptoms.htm

https://www.medicalnewstoday.com/articles/brittle-nails

https://www.healthline.com/health/brittle-nails#causes

error: Content is protected !!