Kulat kuku, atau ‘Onychomycosis’ adalah keadaan yang berlaku apabila kulat mikroskopik memasuki sama ada kuku jari atau kuku jari kaki. Jangkitan kulat ini lebih kerap berlaku dalam kuku jari kaki berbanding di kuku jari.
Sesiapa sahaja boleh mendapat kulat kuku, tetapi jangkitan ini lebih biasa berlaku pada orang yang berusia lebih 60 tahun. Selain itu, bagi individu yang mempunyai diabetes atau sistem imun yang lemah, masalah kulat kuku boleh menimbulkan risiko yang serius.
Simptom Kulat Kuku dan Kuku Terbantut
Kuku jari kaki yang tebal mungkin tidak disedari pada peringkat awal. Namun, apabila kuku menjadi semakin tebal, individu mungkin dapat melihat beberapa gejala termasuk:
- Kuku yang rapuh, mudah pecah.
- Bau busuk daripada kuku.
- Kuku terangkat dengan mudah daripada dasar kuku.
- Memotong atau mengemaskan kuku adalah sukar.
- Pecahan atau retakan kuku berlaku dengan mudah.
- Kotoran atau serpihan lain terdapat di bawah kuku.
- Sakit atau ketidakselesaan yang dapat dirasai.
Di samping itu, apabila kuku jari secara beransur-ansur menetap dari masa ke masa, mereka mungkin kelihatan berbonggol dengan sedikit bersisik di bahagian permukaan. Kuku juga sering kali akan berwarna kuning, hijau atau coklat.
Punca Kulat Kuku dan Kuku Terbantut
Terdapat pelbagai sebab mengapa kuku boleh menebal. Banyak puncanya berkaitan dengan jangkitan atau keadaan perubatan lain yang boleh menyebabkan penebalan kuku.
Jangkitan kulat terutamanya boleh menjejaskan kuku jari kaki seseorang. Satu jenis jangkitan kulat yang disebut ‘Onikomikosi’s adalah salah satu penyebab bagi masalah kuku menebal yang paling biasa.
Jangkitan kulat sering tumbuh di kuku jari kaki kerana kulat tumbuh dalam persekitaran yang hangat dan lembap. Selain itu, kulat juga mudah tersebar dan boleh berkembang dengan cepat. Ini boleh menyebabkan banyak gejala seperti yang dijelaskan sebelum ini.
Bagi mengelakkan jangkitan kulat, seseorang harus mengelak berjalan kaki tanpa alas kaki di tempat awam, terutamanya di bilik persalinan dan pancuran serta menjaga kasut untuk kekal kering.
Diagnosis Kuku Kulat dan Kuku Terbantut
Seorang doktor akan melihat sejarah perubatan seseorang dan memeriksa kuku mereka. Sekiranya kuku jari tebal mereka disebabkan keadaan lain, doktor mungkin akan memberikan terapi lanjut bagi membantu menangani gejala baru.
Bagi mereka yang mengalami jangkitan kulat, doktor mungkin perlu mengikis sedikit bahagian bawah kuku atau mengambil pengetip untuk menguji pertumbuhan kulat. Justeru itu, ianya adalah penting bagi anda untuk mendiagnosis jangkitan kulat dengan lebih awal bagi mengurangkan masalah ini dengan cepat.
Faktor Risiko Kulat Kuku dan Kuku Terbantut
Sesetengah individu lebih terdedah kepada jangkitan kulat berbanding yang lain. Antara punca utama jangkitan kulat di kuku jari kaki adalah:
- Kurap kaki (athlete foot) tersebar ke dasar kuku jari kaki.
- Pendedahan berterusan ke kawasan basah.
- Merokok.
- Penggunaan kasut yang terhad.
- Sistem imun yang lemah.
- Keadaan perubatan, seperti psoriasis, masalah peredaran darah dan diabetes jenis 1 dan 2.
- Kerosakan di kuku atau sebelah kuku.
Rawatan Kulat Kuku dan Kuku Terbantut
Penyebab kuku tebal menjadi faktor penentu dalam rawatan apa yang akan dilakukan. Dalam keadaan di mana penuaan menyebabkan kuku jari kaki untuk menebal, rawatan mungkin semudah menggilapkan permukaan kasar untuk melicinkannya sahaja.
Dalam kes psoriasis, doktor mungkin akan berusaha merawat suar (flare) dengan ubat tambahan bagi keadaan kuku yang tebal yang dihasilkan.
Selain itu, jangkitan kulat paling bagus dirawat pada peringkat awal dan mungkin memerlukan beberapa bulan terapi sementara kuku tumbuh. Beberapa rawatan biasa untuk jangkitan kulat termasuk:
- Krim atau minyak yang dipreskripsi.
- Ubat makan.
- Mengeluarkan kuku untuk merawat dasar kuku.
- Terapi laser.
Kuku yang terkena psoriasis mungkin memerlukan rawatan tertentu termasuk steroid topikal atau suntikan bagi membantu menyembuhkan kuku tersebut.
SUMBER
https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/nail-problems