Pengenalan
Kulit gatal yang merujuk kepada pruritus, bagi sesetengah individu adalah satu pertempuran sengit yang berterusan. Punca bagi kegatalan kulit lazimnya sangat sukar untuk difahami.
Ia boleh terjadi disebabkan ruam atau keadaan kulit yang lain. Selain itu, ia juga boleh menjadi simptom kepada keadaan yang lebih serius seperti Penyakit hati atau kegagalan buah pinggang. Untuk mendapatkan rawatan, ianya adalah penting untuk anda mengenal pasti masalah dan puncanya terlebih dahulu.
Penerangan
Kulit gatal adalah simptom yang sering dialami oleh semua individu. Namun begitu, apabila ia berlaku, ia sukar untuk dijelaskan kepada orang lain. Walaupun simptom ini mungkin bervariasi, ia biasanya membawa kepada sensasi yang tidak selesa pada kulit. Malah, kulit anda mungkin berasa seolah-olah terdapat sesuatu yang sedang merangkak di atasnya. Kulit gatal juga boleh dirasakan pada seluruh badan atau kawasan setempat. Terdapat banyak punca yang menyebabkan kulit gatal. Simptomnya pula boleh dikaitkan dengan:
- Ruam
- Kulit merekah
- Kulit bersisik
- Kulit kepala yang berpeluh
- Kemerahan pada kulit
- Benjolan pada kulit
- Lepuhan
- Bintik pada kulit
Kulit gatal mungkin berlaku paling ketara pada waktu malam, pada waktu siang atau kedua-duanya sekali. Apabila terdapat simptom gatal-gatal, ia boleh disertai dengan tekstur yang keras atau bersisik pada kulit dan penampilannya juga bergantung pada punca asalnya.
Kulit gatal juga mungkin disebabkan oleh:
- Toksin pada kulit (dermatitis sentuhan, seperti daripada racun ivy, oak, sumac, atau minyak rumput).
- Ubat-ubatan.
- Penyakit hati.
- Penyakit buah pinggang.
- Gigitan serangga.
- Hives.
- Kanser (mykosis fungoides dan sel T limfoma).
- Jangkitan (termasuk penyakit cacar air dan jangkitan kulat seperti kaki atlet dan jok gatal).
- Kerengsaan daripada pakaian.
- Ekzema.
- Dermatitis herpetiformis.
- Buasir.
Punca gatal yang berlebihan pula termasuklah penyakit kelamin (STD – Sexually Transmitted Disease), parasit (seperti kudis, kutu, kutu katil dan Cacing kerawit) serta ruam virus.
Definisi terbaik bagi kulit gatal adalah sejenis tindak balas badan yang membuatkan anda ingin menggaru kawasan terjejas. Ruam atau kemerahan boleh disertai bersama gatal-gatal akibat menggaru atau daripada keadaan yang menjadi puncanya. Dalam istilah perubatan, gatal-gatal dikenali sebagai pruritus manakala sesuatu keadaan yang gatal pula digelar sebagai prurit.
Penyebab yang berkemungkinan
Kulit Gatal boleh berlaku di seluruh badan atau di satu kawasan kecil atau setempat. Terdapat pelbagai penyebab gatal-gatal yang dikenalpasti sama ada sesuatu yang sangat serius seperti kegagalan buah pinggang atau penyakit kencing manis atau ia boleh hadir diakibatkan oleh sesuatu kurang teruk sperti kulit kering atau gigitan serangga.
– Keadaan kulit
Banyak keadaan kulit biasa boleh mengakibatkan kulit gatal. Keadaan berikut boleh menjejaskan mana-mana kawasan kulit pada badan:
- Dermatitis: keradangan kulit.
- Ekzema: gangguan kulit kronik yang merangkumi gatal-gatal dan ruam yang bersisik.
- Psoriasis: sejenis penyakit autoimun yang menyebabkan kemerahan pada kulit dan kerengsaan, biasanya hadir dalam bentuk plak.
- Dermatografisme: ruam yang gatal dan kemerahan disebabkan tekanan pada kulit.
Jangkitan yang menyebabkan kulit gatal termasuklah:
- Cacar air
- Campak
- Ruam cendawan
- Hama seperti kutu katil
- Kutu
- Cacing kerawit
- Kudis
Bila perlu menghubungi doktor
Berjumpalah dengan doktor atau pakar penyakit kulit (pakar dermatologi) jika anda mengalami kulit gatal yang:
- Berlanjutan lebih daripada dua minggu dan tidak bertambah baik melalui langkah penjagaan diri.
- Ianya adalah sangat teruk sehingga mengganggu rutin harian atau menghalang anda daripada tidur.
- Hadir secara tiba-tiba dan tidak dapat dijelaskan dengan mudah.
- Menjejaskan seluruh badan anda.
- Diiringi tanda-tanda dan simptom lain seperti keletihan yang melampau, penurunan berat badan, perubahan tabiat pergerakan usus atau kekerapan membuang air kecil, demam atau kemerahan kulit
Jika keadaan anda masih berterusan selama 3 bulan, berjumpalah dengan seorang ahli dermatologi untuk menilai sebarang penyakit kulit dan penyakit-penyakit lain yang mungkin berlaku.
Apa yang boleh diharapkan di klinik
Doktor anda akan menjalankan pemeriksaan fizikal dan bertanyakan beberapa soalan mengenai simptom anda seperti:
- Berapa lamakah anda telah mengalami kerengsaan?
- Adakah ia datang dan pergi?
- Pernahkah anda bersentuhan dengan mana-mana bahan yang menyebabkan kegatalan?
- Adakah anda mempunyai alahan?
- Di manakah kawasan gatal yang paling teruk?
- Apakah ubat-ubatan yang anda sedang ambil (atau baru diambil)?
Anda mungkin perlu menjalani lebih banyak ujian jika doktor tidak dapat menentukan punca kulit gatal yang anda alami melalui jawapan anda dan pemeriksaan fizikal. Ujian tersebut termasuklah:
- Ujian darah: mungkin menunjukkan puncanya.
- Ujian kulit: untuk menentukan sama ada anda mempunyai tindak balas alergi terhadap sesuatu.
- Mengikis atau biopsi kulit anda: boleh menentukan jika anda mempunyai sebarang jangkitan.
Jika doktor anda menemui punca kulit gatal yang anda alami, ianya boleh dirawat. Tetapi, jika puncanya adalah penyakit atau jangkitan lain, doktor akan mencadangkan rawatan terbaik untuk menangani puncanya. Apabila puncanya adalah jelas, anda akan menerima preskripsi ubat berbentuk krim yang akan membantu melegakan kulit gatal.
Rawatan
Rawatan kulit gatal memberi tumpuan untuk mencari punca gatal dan melegakannya. Jika ubat-ubatan di rumah tidak berkesan untuk mengurangkan keadaan ini, doktor anda akan mengesyorkan ubat-ubatan preskripsi atau rawatan lain. Pilihan tersebut termasuklah:
- Krim dan salap kortikosteroid. Sekiranya kulit anda gatal dan kemerahan, doktor mungkin mencadangkan untuk meletakkan krim atau ubat salap pada kawasan terjejas. Kemudian, anda perlu menutup kulit yang dirawat dengan kapas basah. Kelembapan itu akan membantu kulit menyerap ubat disamping mempunyai kesan penyejukan.
- Krim dan salap lain. Rawatan lain yang digunakan pada kulit anda termasuklah penghalang calcineurin, seperti tacrolimus (Protopic) dan pimecrolimus (Elidel). Selain itu, anda juga mungkin perlu menggunakan anestesia jenis topikal, capsaicin dan doxepin.
- Ubat-ubatan oral. Antidepresan yang digelar penghalang pengambilan semula serotonin terpilih, seperti fluoxetine (Prozac) dan sertraline (Zoloft boleh membantu mengurangkan beberapa jenis kegatalan kronik.
- Terapi cahaya (fototerapi). Fototerapi melibatkan pendedahan kulit anda kepada jenis cahaya tertentu. Prosedur ini biasanya dijalankan sehinggalah kegatalan ersebut terkawal.
SUMBER
https://www.medicalnewstoday.com/articles/311473.php#causes
https://www.medicinenet.com/itch/symptoms.htm
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/itchy-skin/diagnosis-treatment/drc-20355010