Kundasang adalah tempat percutian yang popular di Sabah. Jadi, banyak Kundasang homestay yang boleh didapati untuk penginapan anda sekiranya anda bercuti ke sana.
Bercuti di Kundasang sering dianggap sebagai percutian terapi yang dicari-cari bagi mereka yang ingin menyejukkan mata dan hati.
Tempat ini sangat menarik kerana terletak di antara gunung dengan suhu yang dingin membolehkan anda menikmati percutian dan penginapan anda dengan tenang.
Kali ini terdapat beberapa Kundasang homestay yang dicadangkan kepada anda untuk dipilih oleh sebagai pilihan penginapan ketika bercuti di sana.
Jom baca pilihan-pilihannya di bawah.
1. Mile 36 Lodge
Mile 36 Lodge merupakan sebuah penginapan yang terletak di dalam pinggiran kawasan Taman Negara Gunung Kinabalu. Dengan ketinggiannya iaitu 1500 meter dari paras laut menjadikannya sebagai tempat penginapan yang sangat nyaman untuk para pengunjung.
Antara jenis penginapan yang ditawarkan di sini adalah konsep penginapan tradisional, kontemporari dan Eropah iaitu Easy Valley (gaya English Cottage), Chin’s Bungalow (gaya kampung), Begonia (kontemporari), Old Long House (tradisional tempatan).
Chin’s Bungalow adalah salah satu pilihan yang terbaik dengan ruang special dan berbumbung jika anda ingin melakukan banyak aktiviti bersama keluarga seperti bbq dan macam-macam lagi.
Walaupun homestay ini berada di kawasan pergunungan , namun jangan risau kerana terdapat beberapa kemudahan yang disediakan unutk anda seperti wifi di kawasan awam, dan bilik-bilik yang selesa dengan ruang balkoni untuk menikmati pemandangan kawasan sekitar.
2. Oppa 28
Lokasi Oppa 28 terletak dalam sekitar 6 ke 7 km dari Pekan Kundasang dan berdekatan dengan jalan utama untuk ke Taman Negara Gunung Kinabalu yang hanyalah 400 meter dari penginapan Homestay Oppa 28.
Sangat hebat bukan? Selain itu,ia juga sangat unik dan berbeza daripada homestay yang lain kerana ia adalah berkonsepkan kontena dari luaran tetapi ruang dalamnya akan terasa seperti sebuah hotel yang normal.
Oleh kerana homestay ini berada di kawasan pergunungan yang dingin, anda tidak perlu risau tentang kepanasan ketika di homestay, malah anda harus siap-siap membawa jaket untuk keselesaan anda pada waktu malam.
Di sini, anda boleh membuat steamboat dengan keluarga anda sambil menikmati pemandangan yang menyejukkan mata dan tidak perlu risau dengan peralatan kerana ia telah disediakan.
Jika anda tidak ingin memasak sendiri, anda boleh memilih pelbagai juadah berbeza yang disediakan di medan selera yang hanyalah terletak di sebelah hotel.
3. Ceaser’s Place
Ceaser’s Place yang terletak kurang 10 km dari Gunung Kinabalu ini membolehkan anda menikmati penginapan berpemandangan indah gunung tertinggi di Malaysia.
Di sini, anda boleh menikmati pendangan yang sangat mengasyikkan kerana dari bilik penginapan yang berbalkoni anda dapat melihat segalanya terbentang di hadapan mata.
Selain pemandangan yang indah, tempat ini juga menawarkan penginapan dengan keselesaan bilik-bilik yang dilengkapi dengan bantal-bantal yang empuk dan kebersihan yang tip-top.
4. Skyville Zen Resort, Kundasang
Pasti ramai yang tidak tahu bahawa perkataan ‘zen’ adalah berasal daripada bahasa Jepun yang membawa maksud ‘meditasi di tahap tertinggi’.
Dari nama tempat sahaja sudah menggambarkan betapa tempat penginapan ini mampu memberikan ketenangan yang memuaskan kepada sesiapa sahaja yang datang.
Skyville Zen Resort, Kundasang dikelilingi oleh ketenangan alam semulajadi yang menyegarkan dalam suasana yang dingin.
Selain suasana dingin dan landskap yang menenangkan, tahap kebersihan di resort ini juga sangat memuaskan dan mampu memberikan keselesaan yang optimal kepada anda.
Di sini juga anda boleh meluangkan masa untuk membuat BBQ atau memasak bersama keluarga di ruang dapur yang disediakan.
5. Kinabalu Valley Homestay
Anda seorang penggemar makanan fast food? Jika ya, maka homestay ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda jadikan tempat penginapan kerana homestay ini terletak hanyalah dalam 1 km dari restoran KFC.
Selain restoran KFC, homestay ini juga mempunyai tarikan lain iaitu terdapat ladang strawberry yang hanya terletak 500 meter dari homestay.
Sangat menarik bukan? Bukan setakat menginap sahaja, anda juga dapat memakan KFC dan melawati ladang strawberry ketika menginap.
Penginapan di sini sangat berbaloi kerana bermula dari harga penginapan RM40, anda sudah boleh mendapat sebuah penginapan yang lengkap dengan water heater, hiburan TV bersaluran satelit, kemudahan seterika dan lain-lain.
Sangat berbaloi bukan? Dengan kos penginapan yang begitu rendah, anda dapat menikmati pelbagai benda seperti pemandangan yang indah, penginapan yang selesa dan murah, serta kemudahan lainnya.
Demikianlah beberapa homestay di Kundasang Sabah yang boleh anda pilih sebagai tempat penginapan yang terbaik untuk anda. Percutian anda di Kundasang pasti akan menjadi sangat hebat dan memberikan anda pengalaman dan kenangan yang tidak akan dilupakan walaupun setelah pulang dari Kundasang Sabah.
Semoga anda semua dapat menikmati percutian dan penginapan anda dengan kepuasan yang tidak terhingga serta sentiasa menjaga keselamatan anda walau di mana pun anda berada ketika bercuti.
Sumber: