Now Reading
Kurap (Ringworm) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Kurap (Ringworm) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

kurap

Kurap bukanlah sejenis cacing. Ia adalah jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat seperti cendawan yang hidup pada tisu mati kulit, rambut, dan kuku anda. Kulat tersebut dipanggil sebagai dermatophytes dan anda boleh mendapatkannya di mana-mana bahagian kulit termasuklah kulit kepala anda.

Apabila anda mendapatkannya di antara jari kaki, ia sering dipanggil sebagai Kaki Atlet. Jika ia merebak ke pangkal paha, ia dikenali sebagai ‘Jock Itch’. 

Simptom Kurap

Simptom Kurap berbeza bergantung kepada kawasan yang dijangkiti. Jika jangkitan di kulit, anda mungkin mengalami perkara berikut:

• Merah, gatal, bersisik di bahagian kulit yang dijangkiti

• Ketulan yang melecet atau pustula

• Ketulan yang kemerahan pada bahagian luarannya yang menyerupai cincin

• Ketulan dengan bahagian tepi yang timbul

Jika anda mengalami jangkitan Kurap di kuku anda, ia mungkin menjadi lebih tebal atau berubah-ubah, atau mungkin mula pecah. Keadaan ini dipanggil sebagai onychomycosis dermatofitik, atau tinea unguium. Sekiranya kulit kepala anda terjejas, rambut di sekelilingnya boleh gugur dan tompok botak mungkin akan kelihatan.

Punca Kurap

Kurap disebabkan oleh sejenis kulat yang memakan keratin. Ia dipanggil sebagai dermatophytes.

Dermatophytes menyerang kulit, kulit kepala, rambut, dan kuku kerana ia adalah bahagian badan yang mempunyai banyak jumlah keratin yang menarik perhatian mereka.

Dermatophytes adalah spora mikroskopik yang boleh bertahan di permukaan kulit selama berbulan-bulan. Ia juga hidup pada tuala, sikat, dalam tanah, dan benda lain di dalam rumah. Ia mempunyai daya tahan yang sangat kuat.

Spora Dermatophyte merebak dengan cara berikut:

• Manusia ke manusia

• Haiwan ke manusia

• Objek ke manusia

Jika seseorang atau haiwan mengalami jangkitan Kurap, mereka boleh menyebarkan spora kulat pada objek dan sesuatu permukaan apabila mereka menyentuhnya dan sesiapa yang menyentuh objek tersebut mungkin dijangkiti.

Diagnosis Kurap

Doktor biasanya boleh mendiagnosis jangkitan dalam air kencing atau selepas memeriksa kawasan yang terjejas dan meminta sejarah pesakit serta sejarah perubatan mereka.

Beliau mungkin mengambil sampel kulit dengan cara yang tidak menyakitkan  dan memeriksa di bawah mikroskop untuk mencari ciri-ciri kulat.

Doktor akan menilai sama ada masalah kulit anda disebabkan oleh beberapa gangguan lain, seperti Psoriasis. Ujian lanjut biasanya tidak diperlukan kecuali jika anda menunjukkan simptom yang amat teruk.

Sekiranya simptom tidak bertambah baik selepas rawatan, doktor akan mengambil sampel kulit yang dijangkiti dan menghantarnya ke makmal untuk dianalisis.

Faktor Risiko Kurap

Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi jika anda:

• Hidup dalam iklim yang hangat

• Berhubung rapat dengan individu atau haiwan yang dijangkiti

• Berkongsi pakaian, katil atau tuala dengan seseorang yang mempunyai jangkitan Kurap

• Mengambil bahagian dalam sukan yang mempunyai hubungan kulit ke kulit, seperti gusti

• Memakai pakaian yang ketat

• Mempunyai sistem imun yang lemah

Rawatan Kurap

Sekiranya rawatan ubat-ubatan tidak berfungsi, anda mungkin memerlukan ubat antikulat yang lebih tinggi dosnya seperti losyen, krim atau salap yang anda boleh letakkan pada kulit yang terjejas. Sekiranya jangkitan anda menjadi semakin teruk, doktor anda mungkin akan memberikan pil antikulat.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/ringworm

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ringworm-body/symptoms-causes/syc-20353780

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/what-you-should-know-about-ringworm#1

error: Content is protected !!