Now Reading
Kusta (Hansen disease) – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

Kusta (Hansen disease) – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

kusta

Kusta adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh luka kulit yang teruk dan rosak serta kerosakan saraf pada lengan, kaki dan bahagian kulit pada badan. Ia juga dikenali sebagai penyakit Hansen.

Kusta adalah penyakit yang paling lama pernah wujud dalam sejarah. Rujukan bertulis yang diketahui mengenainya didapati pada 600 Masihi.

Penyakit ini telah wujud sejak zaman kuno, sering dikaitkan dengan stigma negatif dan kisah pesakit kusta yang dijauhi orang dan dibuang. Wabak kusta telah merebak dan menyebabkan panik oleh manusia di setiap benua.

Penyakit ini sering terjadi di kebanyakan negara terutama di kawasan tropika dan subtropika. Perkara ini jarang berlaku di Amerika Syarikat. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan hanya 150 hingga 50 kes baharu di diagnosiskan di Amerika Syarikat setiap tahun.

Peradapan tertua di  China, Mesir dan India gerun pada penyakit ini kerana ia tidak dapat disembuhkan, bermutasi dan penyakit yang boleh merebak.

Punca

Kusta berpunca daripada pembiakan perlahan sejenis bakteria dikenali sebagai Mycobacterium leprae (M. leprae). Ia dikenali sebagai penyakit Hansen selepas ditemui oleh saintis M.Leprae pada tahun 1873.

Diperkatakan ia merebak melalui sentuhan dengan rembesan mukosa (cecair) seseorang yang dijangkiti. Ini biasanya berlaku apabila seseorang yang menghidap kusta bersin atau batuk.

Penyakit ini tidak begitu mudah dijangkiti. Namun begitu, hubungan rapat dan berulang pada pesakit kusta pada jangka masa panjang boleh menyebabkan jangkitan kusta.

Bakteria yang menyebabkan kusta membiak dengan sangat perlahan. Penyakit ini mempunyai anggaran tempoh pengeraman (masa di antara jangkitan dengan kemunculan simptom pertama) dalam masa 5 tahun, berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Simptom

Kusta menjangkiti kulit dan saraf di luar otak serta saraf tunjang, yang dipanggil saraf periferal. Ia boleh menyerang mata dan tisu nipis di bahagian hidung.

Antara simptom utama seperti :

  • Kejang (antara simptom utama)
  • Hilang sensasi suhu (antara simptom utama)
  • Deria sentuhan berkurangan (antara simptom utama)
  • Rasa dicucuk dan pedih (antara simptom utama)
  • Sakit pada sendi
  • Rasa tekanan dari dalam mula berkurangan dan hilang
  • Kecederaan saraf
  • Berat menurun
  • Melepuh dan atau ruam
  • Ulser tanpa rasa sakit (antara simptom berlaku kemudiannya)
  • Kulit lesi makula hipopigmentasi (bahagian kulit menjadi pucat dan hilang warna)
  • Kerosakan mata (kering, kurang berkelip)
  • Ulser yang besar
  • Keguguran rambut seperti keguguran alis mata
  • Hilang deria pergerakan (antara simptom berlaku kemudiannya)
  • Kecacatan muka
  • Erythema nodosum leprosum ; nodul kulit lembik dengan berlakunya beberapa simptom lain seperti demam, sakit sendi, neuritis dan edema

Luka kulit menyebabkan kehilangan deria sentuhan, suhu dan sakit, Ia tidak pulih, sehingga beberapa minggu. Warna kulit anda menjadi cerah dan mungkin menjadi merah disebabkan keradangan.

Ia selalunya mengambil masa 3 hingga 5 tahun untuk simptom tersebut muncul selepas bersentuhan dengan kusta yang disebabkan bateria. Sesetengah individu tidak mengalami sebarang simptom sehingga 20 tahun kemudian.

Bentuk kusta

Kusta ditentukan mengikut jumlah atau jenis keadaan yang dialami. Simptom tertentu dan rawatan bergantung pada jenis yang dialami. Jenisnya adalah seperti:

  • Tuberculoid. Sederhana, bentuk kusta yang kurang teruk. Individu dengan kusta jenis ini mempunyai atau beberapa tompok rata, kulit berwarna pucat (paucibacillary leprosy). Bahagian yang dijangkiti terasa kejang disebabkan kerosakan saraf dibawahnya. Jenis kusta ini kurang menjangkiti orang lain berbanding bentuk yang lain.
  • Lepromatous. Bentuk kusta yang lebih serius. Bongolan kulit dan ruam tersebar di keseluruhan kulit (multibacillary leprosy), kejang dan lemah otot. Hidung, buah pinggang dan organ pembiakan lelaki antara organ yang terkesan. Ia lebih mudah menjangkiti berbanding kusta tuberculoid.
  • Bordeline. Individu dengan jenis kusta ini mempunyai kedua-dua simptom tuberculoid dan lepromatous.

Faktor Risiko

Individu dengan risiko tinggi adalah mereka yang tinggal di mana kusta endemik (sebahagian India, China, Jepun, Nepal, Mesir dan beberapa kawasan) dan terutama sekali individu yang mempunyai hubungan rapat dan kerap pada individu yang dijangkiti.

Tambahan lagi, terdapat beberapa bukti kecacatan genetik pada sistem imum menyebabkan sesetengah mudah dijangkiti (region q25 on chromosome 6).

Tambahan lagi, individu yang menguruskan sesetengah haiwan pembawa bakteria tersebut (contohnya armadilo, chimpanzee Afrika, sooty mangabey dan cynomolgus macaque) antara berisiko dijangkiti bakteria pada haiwan tersebut terutama sekali jika mereka mengendalikannya tanpa menggunakan sarung tangan.

Diagnosis

Diagnosis dilakukan dengan:

Ujian fizikal – melihat pada simptom klinikal kusta dan tanda-tanda (luka kulit yang kronik, saraf menebal dan lemah otot)

Biopsi – doktor mengeluarkan serpihan kecil kulit atau saraf dan dihantar ke makmal untuk ujian

Ujian kulit lepromin – untuk menentukan bentuk kusta. Doktor akan menyuntik jumlah kecil bakteria penyebab kusta yang tidak aktif ke dalam kulit, biasanya di lengan bawah.

Rawatan

Kusta boleh dirawat. Sejak 10 dekad yang lalu, 16 juta manusia yang mengalami kusta telah pulih. WHO mencipta terapi pelbagai ubat pada 1995 untuk menyembuhkan sebarang jenis penyakit kusta. Ia boleh didapati tanpa bayaran di seluruh dunia.

Rawatan bergantung pada jenis kusta yang dihidapi. Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan. Untuk rawatan jangka masa panjang dengan antibiotik dua atau lebih akan disarankan, selalunya daripada 6 bulan sehingga setahun.

Individu yang mengalami kusta yang teruk mungkin memerlukan antibiotik dalam jangka masa yang lama. Antibiotik tidak boleh merawat kerosakan saraf.

Beberapa antibiotik yang merawat kusta dengan membunuh bakteria yang menjadi punca. Antara antibiotiknya adalah:

  • dapsone (Aczone)
  • rifampin (Rifadin)
  • clofazimine (Lamprene)
  • minocycline (Minocin)
  • ofloxacin (Ocuflux)

Doktor mungkin preskripsikan anda satu atau lebih antibiotik pada satu masa.

Mereka juga mungkin inginkan anda untuk mengambil ubat anti radang seperti aspirin (Bayer), prednisone (Rayos), or thalidomide (Thalomid). Rawatan ini bertahan berbulan dan kemungkinan sehingga 1 hingga 2 tahun.

Anda tidak boleh mengambil thalidomide jika anda hamil atau mungkin hamil. Ini boleh menyebabkan kelahiran cacat yang teruk.

SUMBER

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/guide/leprosy-symptoms-treatments-history#

https://www.healthline.com/health/leprosy#complications

https://www.medicinenet.com/leprosy/article.htm

https://www.healthhub.sg/a-z/diseases-and-conditions/113/topic_leprosy

error: Content is protected !!