Now Reading
Kutil – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

Kutil – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

kutil

Verucca adalah istilah perubatan untuk kutil. Nama lain untuk kutil adalah ketuat. Kutil adalah jangkitan pada kulit disebabkan oleh papillomavirus manusia.

Terdapat lebih daripada 100 jenis HPV yang menjadi punca untuk pelbagai jenis kutil berbeza. Antara kutil umum adalah kutil plantar, rata dan genital. Ia sering berlaku terutama pada kanak-kanak.

Dianggarkan bahawa 1 daripada 5 kanak-kanak mempunyai kutil di mana kanak-kanak berumur pada usia 12 hingga 16 tahun sering dijangkiti.

Siapa yang boleh dijangkiti dan adakah ia boleh menjangkiti individu lain?

Papillomavirus manusia yang menyebabkan kutil boleh berjangkit. Virus ini merebak dengan mudah melalui sentuhan kulit ke kulit.

Sama ada dijangkiti kutil atau tidak (apabila anda bersentuhan dengan seseorang yang mengalaminya) bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah ketahanan dan kekuatan sistem imun anda.

Anda mungkin terkena kutil jika anda mempunyai luka pada kulit anda. Kanak-kanak yang selalu terluka atau tercalar mempunyai risiko mempunyai kutil.

Begitu juga seseorang yang mencukur, mengigit kuku atau mempunyai lebihan kuku pada sisi kuku (Kuku Cekam).

Simptom dan Jenis

Ia selalunya mudah dilihat atau dirasa. Seseorang akan sedar kemunculan kutil apabila berlaku pembesaran yang tidak normal, bongol atau perubahan pelik pada kulit anda. Lebih spesifik lagi, kutil plantar dan genital mempunyai simptom jelas dan jenis yang lebih serius:

  • Plantar kadang-kadang sama seperti kalus. Rupa mereka adalah rata, berakar dalam pada kulit, dan boleh menyebabkan sakit jika anda berjalan. Ia mungkin berwarna kuning atau coklat dan mempunyai nodul kelabu hitam kecil di dalamnya.
  • Genital selalunya kecil dan rata. Ia mungkin berwarna merah jambu, putih atau kelabu. Ia mungkin juga terkumpul bersama membentuk pertumbuhan seperti kubis bunga. Ia boleh membesar di luar atau di dalam organ pembiakan termasuklah dubur, faraj, saluran air kencing dan serviks. Ia juga boleh terjadi jika anda melakukan persetubuhan dengan individu yang dijangkiti.

Bagaimana ia tersebar

Bersentuhan kulit ke kulit adalah cara ia tersebar. Seseorang yang memegang kutil kepada individu yang telah dijangkit boleh dengan mudah menjangkiti virus tersebut dan membentuknya.

Virus itu juga boleh menjangkiti melalui berkongsi barang sesama mereka seperti pencukur dan tuala. Virus suka keadaan yang suam, lembab seperti bilik locker, ruang pancuran dan kawasan kolam antara kawasan di mana anda boleh dengan mudah dijangkiti pada tapak kaki atau bahagian badan lain.

Jenis

Sesetengah jenis kutil disebabkan oleh HPV termasuklah kutil:

  • Biasa (verruca vulgaris) – ia kelihatan keras, ketulan yang timbul dengan permukaan yang kasar. Mana-mana bahagian tubuh boleh dijangkiti, tetapi lutut dan tangan antara tempat yang sering terjadi
  • Rata (verruca plana) – kelihatan nipis, seperti benang panjang. Muka antara yang selalu terjangkiti, selalunya berdekatan kelopak mata dan bibir
  • Mosaic – Muncul dalam kelompok yang rapat. Tangan dan tapak kaki antara kawasan yang sering dijangkiti
  • Plantar – kelihatan kecil, bonggolan kecil, mempunyai dot hitam kecil padanya. Sering menjangkiti tapak kaki
  • Genital – ketulan kelabu atau putih dengan bijian seperti bunga kubis. Penis, vulva dan anus antara bahagian yang terjangkiti

Rawatan

Memandangkan ia sensitif, kutil pada wajah anda perlulah mendapat rujukan daripada doktor sebelum anda mencuba untuk membuatnya di rumah. Doktor akan membimbing anda dan mungkin akan preskripkan rawatan yang anda boleh lakukan di rumah.

Jangan rawat sendiri kutil yang berada pada mata atau hidung anda. Sesetengah rawatan seperti asid salisilik tidak boleh digunakan pada wajah atau leher kerana ia akan membuat kulit sensitif anda melecur.

Antara rawatan untuk menyingkirkannya termasuklah :

  • Ekstrak bawang putih. Bawang putih mempunyai allium sativum, sebatian yang mempunyai sifat anti virus. Lumatkan seulas bawang putih segar dan aplikasikan padanya. Balut dengan tape atau kain pembalut dan aplikasikan lagi setiap hari. Maklumat : Bawang putih diketahui boleh menyebabkan bahan kimia terbakar pada kulit. Jika anda berasa pedih, terbakar atau denyutan yang kuat, alihkan bawang putih tersebut dan basuh kawasan tersebut.
  • Jus lemon. Jus lemon mempunyai asid sitrik, di mana boleh menghapuskan virus. Jangan guna jus lemon pekat pada wajah anda. Kajian menunjukkan campuran jus lemon yang dicairkan dengan air lebih efektif untuk menghilangkan kutil rata apabila digunakan dalam tempoh 6 minggu.
  • Jus nanas. Tiada maklumat saintifik untuk mengesahkan hal ini tetapi ubat anekdot ini mungkin efektif untuk menyingkirkannya pada sesetengah individu. Jus nanas mempunyai enzim yang boleh membasmi kutil apabila dipakai setiap hari untuk beberapa minggu. Cuba gunakan jus nanas dengan mengaplikasikannya menggunakan kapas kesat sebelum tidur untuk beberapa malam pada beberapa minggu.

SUMBER

https://www.onhealth.com/content/1/warts_treatment_types_symptoms_removal

https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/warts

https://medbroadcast.com/condition/getcondition/warts

https://www.healthline.com/health/how-to-remove-warts-on-face#wart-removal

error: Content is protected !!