Artikel ini mengongsikan maklumat yang anda perlu tahu sebelum mendaftar menjadi seorang Lalamove rider dan kebaikan yang anda dapat terima selepas menjadi Lalamove rider.
Oleh kerana pandemik Covid 19 sekarang, permintaan untuk Lalamove rider semakin meningkat dan Lalamove rider boleh memperoleh pendapatan sehingga RM 10,000 sebulan. Lalamove adalah sebuah syarikat logistik on-demand. Mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran barang dengan segera dan membayar rider mengikut kadar yang ditetapkan. Berikut adalah langkah untuk mendaftar diri anda sebagai Lalamove rider.
Langkah pertama:
Pastikan anda:
- Memiliki kenderaan yang sesuai, motorsikal, kereta, van, pacuan 4 roda, lori 1-ton atau 3-ton;
- Warganegara berumur 18 tahun keatas dengan lesen memandu yang sah;dan
- Memiliki telefon bimbit dengan iOS 11 dan ke atas dan Android 6.0 dan ke atas.
Langkah Kedua:
Memuat turun aplikasi Lalamove Driver. Kemudian anda perlu mengisi borang dari laman web Lalamove. Anda kemudiannya perlu mengisikan maklumat anda yang diperlukan dan berikan nombor telefon bimbit untuk mendapatkan pin. Pin tersebut akan digunakan untuk kegunaan Lalamove untuk mengesahkan yang nombor anda adalah nombor yang aktif.
Kemudian anda perlu mengikuti Latihan Maya yang dianjurkan oleh pihak Lalamove, dan anda perlu lulus latihan yang disediakan. Markah minimum yang anda perlukan dapatkan untuk lulus latihan adalah 28, dan anda akan mempunyai 3 percubaan. Sekiranya anda gagal dalam ketiga-tiga percubaan, anda perlu menghubungi Pentadbiran Operasi Pemandu Lalamove di 011-25387688 atau 017-2617688 untuk membantu anda dalam proses permohonan anda.
Langkah Ketiga:
Muatnaik 4 dokumen yang diperlukan:
- Kad Pengenalan;
- Lesen Memandu;
- Gambar kenderaan anda yang jelas dan nombor kenderaan jelas kelihatan; dan
- Gambar pemandu (gambar sendiri).
Langkah Keempat:
Pengaktifan akaun. Anda hanya perlu tunggu untuk pihak Lalamove aktifkan akaun anda.
Langkah Kelima:
Mula terima pesanan penghantaran yang sesuai untuk anda.
Begitu mudah sekali untuk anda mendaftar dan mencari rezeki yang lebih dengan Lalamove. Pendapatan seorang Lalamove rider adalah berdasarkan tambang asas penghantaran kenderaan mereka dengan caj tambahan pada jarak berikutnya. Anda juga boleh mendapat pelbagai lagi faedah apabila anda mendaftar diri anda sebagai seorang Lalamove rider, antaranya ialah:
- Insentif bonus bulanan, dimana rider akan menikmati pendapatan bonus untuk setiap pesanan yang telah selesai;
- Nikmati diskaun 10% di Nasi Kandar Ghani Maju, Bumi Bukit Jalil;
- Nikmati penjimatan penyelenggaraan kenderaan anda di bengkel rakan kongsi mereka;
- Dapatkan diskaun untuk barang terpilih dari farmasi pilihan mereka; dan
- Tingkatkan pendapatan anda apabila anda menggunakan pelekat kenderaan Lalamove. Dengan membenarkan Lalamove meletak pelekat mereka di kenderaan anda, anda anda mendapat bayaran sebanyak RM100 setiap bulan.
Jadi, mari kita lihat mengapa anda patut mendaftarkan diri anda dengan Lalamove?
- Kebebasan untuk bekerja dan menjana masa anda sendiri, walaupun anda masih mempunyai pekerjaan yang tetap;
- Dapatkan pendapatan tambahan untuk rumah tangga anda. Ia akan bertambah dengan lebih banyak bagi setiap penghantaran yang anda buat;
- Anda dapat menjadi majikan untuk diri anda sendiri. Ini adalah kerana anda mempunyai pilihan untuk mengambil pesanan sebanyak yang anda mahukan dengan mengikut jadual harian anda; dan
- Anda juga boleh memilih hari dan waktu yang anda mahu bekerja. Anda boleh juga memilih pesanan yang ingin anda sampaikan mengikut kesesuaian jadual harian anda.
Sumber artikel: