Penggayaan, mewarna dan rawatan kimia boleh rosakkan rambut, tapi jika dijaga rapi, boleh pulih. Cuba lah Dove Intense Repair Mask.
Rawatan rambut ini adalah untuk mengurangkan penampakan rambut rosak dan mengembalikan penampilan dan rasa yang sihat. Bila digunakan dengan kerap, lama-lama ia akan menyihatkan dan menguatkan rambut anda, menjadikan 10 kali ganda tahan lasak terhadap kerosakan.
APA ITU DOVE INTENSE REPAIR MASK?
Konsistensinya pula krim likat dan berwarna putih. Sesetengah orang mungkin akan dapati bahawa krim ini terlalu likat untuk dioleskan pada rambut. Oleh kerana kelikatan produk, ambil masa sikit untuk disapu rata. Tapi, masa nak basuh nanti senang saja.
Ia mempunyai bauan menyenangkan seperti gula-gula getah. Bau macam dekat spa pun ada. Secara keseluruhannya, nak cakap bau krim ini wangi. Lepas mandi, bauan masih melingkari ruangan bilik anda.
Anda pasti jatuh cinta dengan rawatan rambut ini! Mereka yang ada rambut kering, kusut dan rambut ikal yang tidak rata akan sangat hargai rawatan rambut ini boleh selesaikan masalah biasa rambut tanpa rasa berat.
KENAPA PRODUK INI?
Behentrimonium chloride
Dengan produk merapikan rambut, komponen ini digunakan untuk mengurangkan statik dan kerinting. Behentrimonium chloride ialah komponen anti-statik juga bekerja sebagai pengemulsi, membolehkan rambut kekal lembap.
Pelembap, losyen, salap dan rawatan rambut biasanya mengantuk agen merapikan kulit. Ia digunakan secara meluas di dalam produk penjagaan rambut dan bantu di dalam mengemulsi, membentuk tekstur yang seragam dan tetap.
Ia juga membuatkan rambut nampak lebat dengan menambah kilauan dan isipadu, juga bantu mengembalikan penampilan rambut yang rosak atau dirawat dengan kimia.
Hydroxyethylcellulose
- Ia bekerja sebagai agen menebalkan untuk memperbaiki tekstur dan penampilan produk penjagaan rambut dengan mengubah kelikatannya.
- Hydroxyethylcellulose pun boleh memperbaiki mekanisma lain di dalam formulasi penjagaan rambut.
- Ia juga dikenali untuk membaikpulih aktiviti surfactant berbuih, boleh lah anda gunakan sedikit surfactant di dalam syampu atau perapi anda, menjadikannya lebih lembut pada kulit kepala dan rambut anda.
- Dove Intense Repair Hair Mask akan bertahan dalam jangka masa panjang.
- Pelindung colloid disediakan oleh polimer larut air ini dalam produk penjagaan rambut.
- Ia kawal kelikatan produk penjagaan rambut dengan menebal atau menipis seperti yang diperlukan untuk capai konsistensi yang diinginkan, dan ianya berkesan di dalam pelbagai jenis produk kecantikan.
- Komponen ini juga meningkatkan sifat pembentukan buih di dalam Dove, yang membantu meningkatkan sifat pembersih syampu.
- Hydroxyethyl Cellulose ialah bahan penting di dalam kebanyaakan gel rambut kerana ia memberi rambut anda pegangan yang lebih kuat sambil membuat ia kekal halus tanpa rasa berminyak atau menggelupas.
- Pelekat polimer termudah digunakan kerana ia boleh dicampur ke dalam fasa air nanti dan mudah menghidrat dengan pergolakan sederhana.
- Ternyata Hydroxyethyl Cellulose meningkatkan kelikatan produk penjagaan rambut, menyebar dengan pantas dan sekata di permukaan helaian rambut, memberi lapisan pelindung yang nipis.
Rambut lembap semula
Rambut kering ialah salah satu isu normal yang ramai wanita dan lelaki hadapi. Rambut yang kering dan pucat sangat sukar untuk diurus.
Rawatan rambut Dove perlu digunakan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu untuk memastikan rambut tumbuh dengan cepat, sihat dan lembap dari akar ke hujung rambut.
Cara pantas dan murah untuk memanjakan rambut
Rawatan rambut boleh kata selamat hari, dan juga rambut anda jika anda tiada masa atau belanja yang cukup untuk dapatkan rawatan dari ahli profesional yang mahal. Rawatan rambut di rumah tidak memerlukan alatan tambahan.
Sapukan krim rawatan rambut Dove pada rambut, tunggu beberapa minit dan bilas rata. Semudah itu! Anda tidak perlu lagi ke salun untuk merawat rambut setelah anda gunakan krim dari Dove ini untuk rutin penjagaan diri!
Produk ini antara langkah penting dalam mendapatkan rambut yang sentiasa sihat dan tidak kering walau cuaca di Malaysia majoritinya lembab dan panas sepanjang tahun. Cuaca sebegini berpotensi besar untuk rosakkan rambut kita.
Kalau anda ingin memanjakan diri tanpa perlu keluarkan duit beribu-riban dan buang masa 4 ke 6 jam di salun, Dove Intense Repair Mask adalah pilihan yang tepat. Dalam10 minit macamtu, anda boleh dapatkan rambut yang kuat dan cantik.
Lagi kerap anda gunakan produk ini, lagi bagu hasilnya nanti. Krim ini sesuai dipakai di hujung minggu, di mana anda ada masa tambahan untuk memanjakan diri. Ingin dapatkan rambut cantik tidak perlu berhabis duit pun, Dove sedia memberikan solusi jimat kos buat anda.
Sumber:
https://www.dove.com/my/hair-care/hair-masks-treatments/intense-repair-treatment-mask.html
https://www.beautywarehouse.com.au/blog/2020/08/06/The-Benefits-of-a-Hair-Mask