Now Reading
Lempeng Kelapa yang Lembut dan Enak

Lempeng Kelapa yang Lembut dan Enak

lempeng kelapa

Walaupun lempeng kelapa kelihatan sama seperti lempeng pisang, namun terdapat perbezaan yang penting antara kedua lempeng yang digemari ramai ini.

Ia mempunyai tekstur yang rapuh dan rangup, yang mirip sekali dengan roti canai. Penyediaan lempeng kelapa sangat mudah; anda hanya perlukan tepung dan kelapa parut sebagai bahan utama dan sudah boleh memulakan eksperimen untuk berinovasi dengan lempeng kelapa.

Lempeng kelapa sering di jual di gerai-gerai yang anda dapat lihat ketika berjalan-jalan atau berjoging di waktu petang. Dengan angin petang sepoi-sepoi bahasa dan kadangkala ada juga pemandangan matahari yang hampir terbenam, waktu yang sesuai untuk nikmati lempeng kelapa.

Kenapa perlu tunggu pergi ke gerai untuk makan lempeng kelapa bila anda boleh buat di rumah? Saya janji resepi kali ini senang saja!

LEMPENG KELAPA ORIGINAL

lempeng kelapa original

Bahan-bahan:

  • 250g isi putih kelapa (diparut)
  • 200g tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 biji telur
  • 100ml santan
  • Marjerin atau minyak sawit (untuk menggoreng)

Cara penyediaan:

  1. Gabungkan isi kelapa, tepung, garam dan gula di dalam mangkuk membancuh. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur, santan dan air bersama sehinga sebati, kemudian masukkan bahan-bahan kering dan gaul.
  2. Tambahkan sedikit air kalau adunan nampak terlalu likat. Ketepikan selama 10 minit.
  3. Panaskan satu sudu besar marjerin dan setengah sudu besar minyak sawit di dalam kuali menggoreng, bila ia berdesir dan boleh mula goreng lempeng. Skopkan satu senduk adunan di tengah-tengah kuali dan ratakan.
  4. Terbalikkan lempeng selepas 2 minit bila ia dah kuning keemasan, masak sehingga garing untuk bahagian lagi satu. Angkat keluar lempeng dan biarkan.
  5. Goreng lebihan adunan lempeng tadi, tambah marjerin atau minyak jika perlu. Lempeng sudah siap untuk dihidang.

LEMPENG KELAPA DENGAN SAMBAL TUMIS BILIS

lempeng kelapa dengan sambal tumis bilis

Bahan-bahan A: adunan

  • 1 & 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • Garam untuk rasa
  • Air secukupnya.

Bahan-bahan B: sambal tumis bilis

  • 1 cawan ikan bilis (dibelah dua, direndam selama 10 minit dan angkat keluar)
  • 1 biji besar bawang besar (dibaji)
  • 1/2 inci halia (dititik)
  • 1/3 cawan air asam jawa
  • 1 & 1/2 cawan cili giling
  • Garam dan gula (sebagai perasa)
  • 5 biji bawang merah (ditumbuk halus)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 inci belacan (ditumbuk halus)

Cara penyediaan:

  1. Adunan: Campur kesemua bahan-bahan (A) kecuali garam dan air. Gaul rasa kesemua bahan tersebut dan taburkan sedikit garam (lebih kurang setengah sudu teh).
  2. Tuang air sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu cair atau terlalu likat. Rasa aduann jika ia memerlukan lebih garam. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Panaskan kuali tidak melekat, dan tuang minyak masak. Masukkan setengah cawan adunan dan ratakan adunan pada api perlahan sehingga kuning keemasan, terbalikkan apabila bahagian bawah sudah garing dan masak sempurna.
  4. Kalau anda suka lempeng kelapa yang garing, sapukan minyak pada permukaan lempeng kelapa sebelum terbalikkan ia. Sambung menggoreng sehingga adunan habis.
  5. Sambal tumis bilis: Panaskan minyak di dalam kuali, tumis kesemua bahan tumbuk halus sehingga naik bau, kemudian boleh masukkan cili giling, sambung tumis sehingga cili pecah minyak. Masukkan air asam jawa, bawang besar dan ikan bilis. Kacau.
  6. Apabila ia sudah mendidih, perasakan dengan garam dan gula. Masak sambal pada api sederhana untuk dapatkan sambal yang pekat. Rasa dahulu sebelum tutup api. Sedia untuk dihidang!

LEMPENG KELAPA KETO BERI BIRU

lempeng kelapa keto beri biru

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan beri segar
  • 4 biji telur
  • 1/4 sudu teh garam bukit
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/2 cawan santan
  • 2 sudu besar minyak kelapa dara

Cara penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan di dalam pengisar dan kisar sehingga halus (kecuali minyak kelapa dara). Boleh juga gunakan pengadun untuk membuat kek.
  2. Menggunakan sudip, pindahkan adunan yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk. Beberapa minit kemudia, adunan tersebut akan menjadi pekat.
  3. Panaskan kuali tidak melekat dan masukkan minyak kelapa dara.
  4. Sendukkan adunan anda ke atas kuali dalam 1/4 cawan, satu adunan dalam satu masa. Biar ia masak selama 3 minit dan terbalikkan untuk memasak bahagian satu lagi.
  5. Hiaskam lempeng anda dengan beri biru segar.

Nota-nota:

  • Kalau anda gunakan resepi yang ada serbuk penaik di dalam senarai bahan, pastikan anda guna serbuk penaik yang masih elok. Ia akan memberikan adunan yang sedikit gebu apabila ia sudah masak.
  • Kalau ada sedikit ketulan pada adunan itu tidak mengapa, adunan berketul lebih baik daripada adunan yang melekit yang akan menjadi liat apabila digoreng.
  • Anda perlu mengadun bahan resepi ini dengan lemah-lembut. Masukkan bahan kering ke dalam bahan basah dengan cermat. Ketulan di dalam bahan akan larut setelah direhatkan.
  • Teknik termudah untuk lempeng yang sedap: luangkan masa selama 20 minit ketika menggoreng, perhatikan lempeng ketika ia di atas api. Ia bertukar kepada warna keemasan terlalu cepat ke?
  • Kalau ya, turunkan api dan biarkan kuali sejuk beberapa minit sebelum masukkan adunan baru. Kalau melekat pula macam mana? Tambah minyak. Pastikan anda terbalikkan lempeng bila bahagian atas dah keluar bebuih dan bahagian tepinya garing.

Anda boleh juga lapiskan beberapa keping lempeng kelapa dan tuang sedikit susu pekat manis di atas lapisan lempeng, dah jadi seperti crepe. Siapa perlu pancake kalau anda sudah anda lempeng kelapa yang rangup dan sedap.

Hidang pula dengan teh panas, sedapnya! Jangan lupa cuba resepi ini okay.

SUMBER:

https://thesmartlocal.com/read/only-malaysia-food/

https://www.kuali.com/recipe/waffles-and-pancakes/coconut-pancake/

https://www.tiffinbiru.com/2010/11/lempeng-kelapa-dan-sambal-tumis-bilis.html

https://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/resepi-lempeng-beri-biru-keto-tepung-kelapa

https://www.thekitchn.com/for-better-pancakes-follow-these-7-rules-252245

error: Content is protected !!