Now Reading
Lempeng Matcha

Lempeng Matcha

Lempeng Matcha

Lempeng atau penkek (Bahasa Inggerispancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak dalam mentega.

Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam. Kadangkalanya telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.

Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalu dimasak diatas kuali leper.

Sekiranya anda ingin mengubah resepi lempeng matcha yang anda selalu buat, cubalah resepi lempeng matcha ini! Ia bukan sahaja enak, tetapi sangat mudah untuk dibuat! Tidak lupa juga semua faedah kesihatan yang ia tawarkan seperti antioksidan dan sifat detoksifikasi daripada matcha juga!

  • Masa penyediaan – 3 minit
  • Masa memasak – 12 minit
  • Tahap – Mudah
  • Pengukuran: Metrik
  • Saiz hidangan: 3 lempeng

Peralatan yang diperlukan:

  • Pembuat lempeng
  • Ketuhar gelombang mikro
  • Pemukul

Bahan-bahan:

  • 4 sudu kecil tepung kelapa
  • 2 1/2 sudu besar ‘Swerve/ Monkfruit’
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 2 oz krim keju pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 1 sudu besar mayo
  • 1 sudu kecil serbuk matcha

Cara penyediaan:

  1. Kumpulkan semua bahan. Untuk mendapatkan telur dalam suhu bilik yang cepat, rendam telur dalam air suam selama 3 hingga 5 minit. Bagi krim keju pula, ambil jumlah yang diperlukan dan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro selama 10 hingga 15 saat.
  1. Panaskan alat pembuat lempeng.
  1. Dalam mangkuk yang kecil, tambahkan tepung kelapa, ‘Swerve/ Monkfruit’, serbuk penaik dan campurkan kesemuanya sekali.
  1. Seterusnya, masukkan telur, krim keju, ekstrak vanila, mayo, serbuk matcha dan campurkan dengan pemukul hingga semuanya sebati.
  1. Tuangkan adunan ke dalam alat pembuat lempeng dan masak selama 3 hingga 4 minit sehingga ia berwarna keperangan seperti yang anda inginkan. Kemudian, nikmati lempeng anda dengan hiasan atas yang anda gemari seperti buah-buahan potong atau krim putar.

Selamat mencuba!

Stainless Steel Hand Whisk Mixer

RM33.00

Reka bentuk bulat dan keluli tahan karat sangat sesuai untuk mencampurkan telur atau sos. Kebanyakan whisks terdiri daripada pemegang panjang dan sempit dengan mempunyai gelung dawai yang disambungkan pada hujungnya. Whisks biasanya digunakan untuk mencampur putih telur sehingga menjadi buih untuk membuat meringue. Ia sangat mudah digunakan dan ianya wajib ada bagi yang sukakan memasak.

Panasonic Microwave Oven

RM319.00

Mempunyai meja putar 340mm yang luas dan 6 tahap kuasa berubah-ubah, Panasonic 20L Inverter Microwave Oven with Sensor menjadikan penyediaan hidangan sederhana dan pemanasan cepat menjadi tugas di dapur lebih mudah.

Ketuhar ini dapat menyahbeku makanan frozen anda dalam masa hanya beberapa minit sahaja. Boleh memuatkan kapasiti sehingga 20L dan dijamin selamat penggunaannya.

Ianya menjimatkan masa dan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk memanaskan makanan. Rekaannya juga sangat menarik dan tidak memerlukan ruangan yang besar untuk meletakkannya. Sesuai buat ruangan dapur yang terhad.

error: Content is protected !!