Now Reading
Levoscoliosis – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis dan Rawatan

Levoscoliosis – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis dan Rawatan

Levoscoliosis

Levoscoliosis adalah jenis scoliosis di mana tulang belakang anda berpusing dan melengkung ke arah sisi kiri badan anda dalam bentuk C.

Lengkungan ini selalu berlaku di bahagian belakang lumbar (bawah) anda, tetapi boleh juga terjadi di dalam bahagian belakang toraks (tengah).

Simptom Levoscoliosis

Sebilangan besar simptom Scoliosis sederhana mempunyai perkaitan dengan penampilan anda. Ia biasanya tidak menyakitkan kecuali jika sudah teruk. Orang dewasa dengan masalah ini cenderung mengalami lebih banyak kesakitan.

Tanda-tanda Scoliosis sederhana hingga pertengahan termasuklah:

  • bahu tidak rata
  • pinggul tidak rata
  • kepala tidak selari dengan badan
  • sebelah lengan lebih rendah daripada sebelah yang lain
  • tulang rusuk yang terkeluar di sebelah sisi
  • pakaian yang dipakai kelihatan seperti tergantung
  • lengkungan yang kelihatan di belakang

Simptom yang lebih teruk termasuklah:

  • sakit belakang
  • kesukaran untuk bernafas
  • sakit dada
  • sakit kaki
  • masalah fungsi usus atau pundi kencing

Punca Levoscoliosis

Jarang sekali berlaku, Levoscoliosis mungkin terjadi disebabkan:

  • Kecacatan semasa kelahiran: Apabila tulang belakang tidak terbentuk dengan baik di dalam rahim, ia dinamakan sebagai ‘congenital scoliosis’.
  • Keadaan neuromuskular: Penyakit tertentu seperti ‘cerebral palsy’ atau distrofi otot boleh menyebabkan scoliosis.
  • Faktor keturunan: Artritis, osteoporosis, keretakan mampatan dan kerosakan cakera, terutama di kalangan warga emas.
  • Kecederaan: Kerosakan pada tulang belakang boleh menyebabkan keadaan ini.

Faktor Risiko Levoscoliosis

Sesiapa sahaja boleh menghidap Levoscoliosis. Beberapa faktor risiko yang perlu diperhatikan termasuklah sejarah keluarga, usia dan jantina.

Kira-kira 30 peratus individu muda yang menghidap masalah ini mempunyai sejarah keluarga dengan keadaan sama. Ini menunjukkan bahawa genetik boleh memainkan peranan.

Tanda dan simptom keadaan ini juga biasanya bermula ketika individu mula membesar sebelum fasa akil baligh iaitu pada usia 10 hingga 12 tahun.

Seterusnya, kanak-kanak lelaki dan perempuan juga cenderung menghidap scoliosis sederhana. Budak perempuan adalah lapan kali lebih cenderung untuk mempunyai lengkungan yang teruk berbanding budak lelaki sehingga memerlukan rawatan tertentu.

Diagnosis Levoscoliosis

Untuk membantu mendiagnosis Levoscoliosis, doktor akan bertanyakan soalan seperti:

  • sejarah perubatan peribadi
  • sejarah perubatan keluarga
  • gejala yang dialami
  • apa yang mungkin menyebabkan lengkungan itu, seperti kecederaan

Doktor kemudiannya akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk menilai keselarasan tulang belakang, bahu, dan pinggul. Malah, doktor akan memeriksa jika keadaan tertentu boleh menyebabkan rasa sakit, kebas, bersemut, dan lemah otot.

Mereka juga akan meminta anda membongkokkan pinggang ke depan dan membiarkan tangan anda tergantung di sisi.

Sebilangan besar doktor mendiagnosis Levoscoliosis dengan menggunakan ujian pengimejan untuk menentukan sudut antara dua vertebra yang paling tidak selari. Ini dikenali sebagai sudut Cobb. Doktor menganggap sudut Cobb adalah lebih besar daripada 10 darjah sebagai tanda scoliosis yang memerlukan pemantauan.

Sekiranya doktor mengesyaki Levoscoliosis, anda perlu menjalani ujian X-ray untuk mengesahkan keadaan anda dan menentukan sejauh mana lengkungan itu.

Alat diagnostik lain yang mungkin digunakan untuk memastikan dan menilai scoliosis adalah:

  • imbasan CT
  • imbasan MRI
  • radiograf tulang belakang

Rawatan Levoscoliosis

Rawatan untuk Levoscoliosis idiopatik mungkin berbeza-beza bergantung pada usia anda, keparahan lengkungan tulang belakang dan kemungkinan untuk scoliosis bertambah buruk hari demi hari.

Tunggu dan perhati

Kanak-kanak yang sedang membesar dan menghidap scoliosis sederhana akan diperiksa setiap enam bulan sekali untuk melihat jika lengkungan bertambah teruk.

Bagi, kebanyakan kanak-kanak, rawatan tidak diperlukan.

Pendakap belakang

Memakai pendakap tidak akan memperbaiki lekuk yang ada, tetapi dapat mengelakkan lekuk menjadi semakin teruk.

Pendakap plastik sesuai dipakai siang dan malam, tetapi boleh dibuka untuk sukan dan aktiviti lain. Namun, pendakap tidak lagi berguna setelah tulang anda berhenti tumbuh.

Pembedahan

Pakar bedah anda boleh menggunakan prosedur yang disebut sebagai spinal fusion untuk meluruskan lengkungan di tulang belakang anda. Doktor akan menggantikan tulang melengkung, kemudian menyembuhkannya menjadi tulang tunggal.

Batang logam mungkin dilekatkan pada tulang belakang untuk memastikan tulang belakang anda lurus sementara bahagian kecil tulang belakang bersatu.

Sekiranya anda sedang membesar, pakar bedah anda mungkin menggunakan batang yang boleh disesuaikan sepanjang proses pembesaran anda.

Senaman

Senaman tidak dapat memperbaiki lengkungan tulang anda, tetapi ia penting untuk kesihatan anda. Jangan mengelakkan diri daripada bersenam disebabkan scoliosis kecuali jika diberitahu oleh doktor.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/levoscoliosis

https://www.webmd.com/back-pain/causes-scoliosis#1

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/scoliosis/symptoms-causes/syc-20350716

https://www.medicalnewstoday.com/articles/320207

error: Content is protected !!