Sistem permohonan kerja kerajaan SPA9 adalah hasil naik taraf sistem SPA8i yang sebelumnya. Melalui sistem ini lebih 40,000 pekerjaan di tawarkan semasa. Sistem ini merupakan antara medium utama untuk memohon perkerjaan di sektor kerajaan.
Umum mengetahui, ramai yang berebut untuk mendapatkan tempat pekerjaan di sektor kerajaan disebabkan beberapa faktor seperti jaminan gaji, kenaikan pangkat dan lain-lain kelebihan. Sesiapa yang ingin bekerja di sektor kerajaan termasuklah latihan separa perubatan, anda perlu memohon pendaftaran pekerjaan secara online melalui sistem SPA9 ini.
Tempoh sah laku pendaftaran sah untuk setahun sahaja. Hal ini bermaksud, anda perlu menegsahkan pendaftaran baru selepas tamat tempoh tersebut untuk melakukan permohonan lain lagi. Permohonan melalui sistem ini boleh dilakukan pada bila-bila masa berdasarkan tarikh keluar iklan jawatan kosong kerajaan di sistem ini.
Cara Daftar & Login SPA9 Secara Online
Berikut ialah cara-cara untuk daftar dan login ke sistem SPA9. Sila baca dengan teliti agar anda tidak tersilap langkah.
- Anda perlu melayari laman web rasmi portal SPA9 di pautan ini: https://spa9.spa.gov.my/login
- Untuk pendaftaran kali pertama, klik “Pendaftaran Pengguna” di bahagian bawah kiri halaman.
- Kemudian, anda akan dibawa ke halaman berikutnya untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Masukkan kod keselamatan dan tick pada kotak di bahagian persetujuan.
- Klik “Daftar” untuk proses selanjutnya.
- Ikuti arahan seterusnya. Anda akan diminta untuk mengisi maklumat peribadi, akademik, latar belakang dan lain-lain maklumat yang berkaitan untuk rujukan majikan.
- Pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan lengkap sebelum melakukan pengesahan.
- Klik “Simpan” unutk setiap bahagian setelah anda mengisi maklumat.
- Setelah selesai semua proses, anda kini boleh memohon mana-mana pekerjaan yang ditawarkan di dalam sistem ini.
- Sebelum memohon sesuatu pekerjaan, pastikan anda membaca dengan teliti syarat kelayakan dan tarikh tutup permohonan agar permohonan anda berpeluang untuk diterima.
Untuk pengguna yang telah mendaftar, anda hanya perlu memasukkan no kad pengenalan anda dan katalaluan untuk login ke dalam sistem SPA9 ini.
Terlupa Kata Laluan
Sekiranya anda terlupa kata laluan, ikuti langkah di bawah ini.
- Klik “Lupa Kata Laluan” untuk reset kembali kata laluan anda di halaman utama portal permohonan SPA9.
- Anda akan di bawa ke halaman seterusnya untuk mengisi beberapa maklumat seperti maklumat asas, kata laluan yang baharu dan kod keselamatan.
- Selain itu, bagi tujuan set semula kata laluan, anda dikehendaki memastikan jawapan bagi soalan keselamatan adalah tepat, atau maklumat alamat adalah seperti pada kad pengenalan.
- Setelah semua selesai, klik “Hantar Borang Lupa Kata Laluan”.
Semakan SPA9 Online
- Untuk membuat semakan, anda perlu melayari portal rasmi SPA9 dan log masuk. Ikuti langkah yang disenarikan diatas.
- Kemudian, klik “Semakan Permohonan” di pilihan bahagian atas halaman.
- Kemudian, klik “Status Permohonan”.
- Terdapat tiga fasa status permohonan yang anda boleh pilih iaitu:
- Permohonan Yang Telah Di Daftarkan. Klik untuk lihat jawatan yang anda pernah pohon.
- Status Permohonan Semasa. Klik untuk lihat status permohonan anda yang masih aktif.
- Status Permohonan Jawatan Yang Pernah Di Mohon. Klik untuk lihat status permohonan anda yang sudah tidak aktif.
- Permohonan anda tidak berjaya, sekiranya anda mendapat status seperti ini; TIDAK MELEPASI TAPISAN SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN/JABATAN.
Panduan Berkaitan SPA9
Anda boleh klik mana-mana pilihan berikut di halaman utama portal SPA 9:
- ePertanyaan SPA
- Soalan Lazim (FAQ)
- Panduan Pengguna (PDF)
- Panduan Sijil Matrikulasi
- Glosari Urusan Pengambilan
TIPS MEMOHON SPA9
- Pastikan anda menyemak syarat kelayakn jawatan kosong sebelum membuat permohonan. Anda perlu memastikan jawatan yang anda pohon menepati syarat kelayakan agar permohonan anda tidak terus di tolak.
- Lengkapkan SEMUA maklumat yag diperlukan dengan selengkapnya.
- Semak selalu kekosongan jawatan yang ada dan pohon jawatan yang anda minati.
- Pastikan nombor telefon anda aktif (boleh menerima panggilan dan sms).
- Periksa emel anda sentiasa termasuk bahagian SPAM agar anda cakna dengan segala info terkini berkaitan jawatan yang dipohon.
- Kemaskini data dan maklumat anda sekurang-kurang 6 bulan sekali.
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang masalah teknikal berhubung Sistem SPA9, sila e-mel ke spa9@spa.gov.my atau melalui sistem e-pertanyaan SPA (https://aduan.spa.gov.my/aduanv2/).
Jangan mudah berputuas asa sekiranya permohonn anda sering ditolak. Pastikan anda sentiasa cakna dengan iklan jawatan yang baru di iklankan menerusi platform ini.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pencari kerja.
Sekian.
Sumber: