Now Reading
Loreal Colour Riche Matte Lipstick dan 9 Alternatif Yang Berkesan Untuk Kecantikan Harian Anda

Loreal Colour Riche Matte Lipstick dan 9 Alternatif Yang Berkesan Untuk Kecantikan Harian Anda

loreal

Berapa kali anda melihat produk yang menjanjikan hasil yang luar biasa, membelinya, menggunakannya selama beberapa minggu hanya untuk kecewa kerana produk itu tidak memberi apa-apa kesan untuk anda? Sekiranya anda seorang yang mementingkan penjagaan kulit, rambut dan muka anda, anda pasti akan menghargai produk keluaran Loreal.

Jenama ini sudah lama di dunia kecantikan dan mempunyai reputasi yang memastikan produk keluaran mereka adalah berkualiti dan mempunyai kesan yang positif terhadap penggunanya.

Produk Loreal merangkumi pelbagai jenis, antaranya adalah rangkaian produk penjagaan kulit muka, produk penjagaan rambut, dan juga produk kecantikan seperti alat solekan.

Jadi kali ini, kami kongsikan dengan anda produk-produk yang anda boleh gunakan untuk kecantikan harian anda, yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti di bawah ini.

LOREAL Revitalif Crystal Micro Essence

LOREAL Revitalif Crystal Micro Essence

RM39.90

Serum ini berfungi dengan melembapkan dan menyegarkan kulit agar kelihatan halus dan bertenaga selalu. Tekstur kulit akan nampak lebih halus, warna kulit muka akan kelihatan lebih sekata. Kedutan juga akan kelihatan berkurang dan wajah kembali tegang, menjadikan kulit kelihatan lebih muda. Dalam masa 4 minggu, wajah kembali tegang. Tompok gelap di kulit muka akan kelihatan berkurang dan kulit kelihatan lebih muda. Tekstur berkrim ultra ringan membolehkan penyerapan dengan segera menjadikan kulit anda kenyal, licin, segar tanpa rasa berminyak.

SAFI RANIA GOLD Serum

Safi Rania Gold Serum

RM32.00

Serum ini diperhebatkan bersama nutrisi Beetox & Propolis Beetox & Nano Gold 24K untuk memperbaiki dan menambahkan keanjalan kulit dengan lebih efektif. Ia berfungi untuk memelihara struktur kulit bukan sahaja di kulit luaran menembus ke bahagian dalaman kulit. Produk ini akan memperlahankan kemunculan garis halus serta kedutan. Ia juga mengandungi propolis yang merupakan satu anti-oksidan semulajadi untuk melawan radikal bebas bagi mencegah penuaan awal

loreal true match concealer

LOREAL True Match

RM41.31

Concealer ini mempunyai pigmentasi yang tinggi, mempunyai tekstur yang nipis seolah anda tidak memakai apa-apa dia atas muka. Ia dapat tahan selama 16 jam dan mampu untuk membetulkan warna kulit, menghilangkan tanda keletihan dan mencerahkan mata anda. Produk ini mengandungi Hyloxyl dan Kafein yang dapat melawan penampilan lingkaran hitam di bawah mata dari masa ke masa. Concealer ini dibuat dengan aplikasi sensori yang sangat tepat dan lembut. Ia boleh didapati dalam 6 tona warna.

peripre consealer

Peripera Double Longwear Cover

RM31.98

Concealer ini adalah satu produk yang unik, kerana ia adalah tidak setebal atau senipis seperti concealer lain. Ini adalah kerana ia dibuat dengan teknologi pengelupasan aqua di mana ia akan tetap secara semulajadi di tempatnya. Selepas aplikasi ke atas kulit muka ia akan melekat di kulit untuk mengelakan kotoran atas kulit. Ini menjadikan produk ini memberi liputan yang padat terhadap kotoran. Produk ini adalah amat sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit sensitif.

Loreal Colour Riche Matte Lipstick

LOREAL Colour Riche Matte Lipstick

RM37.91

Gincu ini mempunyai tekstur lembut dan berkrim. Anda boleh manjakan diri dengan gincu formula matte yang halus dan tahan lama. Gincu ini mempunyai minyak jojoba dan canina, capai bibir matte yang anda inginkan tanpa mengeringkan bibir. Gincu ini mempunyai 14 warna untuk pilihan anda untuk apa sahaja majlis yang anda hadiri. Ia juga mempunyai wajah baru dan bungkusan yang baru.

WARDAH Instaperfect Mattitude Matte Lipstick

Wardah Instaperfect Mattitude Matte Lipstick

RM27.90

Gincu Wardah Instaperfect matte lipstick adalah gincu yang dapat memberikan kesan matte pada bibir anda hanya dengan satu aplikasi. Ia juga dapat memberikan penampilan akhir instant stain yang sangat matte, dan tidak menjadikan bibir kering, serta ia selesa digunakan. Ia kemudian memberikan warna yang gelap dengan serta-merta dan dapat bertahan hingga 10 jam untuk setiap penggunaan. Gincu ini boleh didapati dalam 5 warna yang berlainan mengikut kesesuaian anda.

loreal revitalift eye cream

LOREAL Revitalif Eye Cream

RM36.99

Krim mata ini adalah teknologi pertama oleh LOREAL Paris yang dirancang untuk merangsang 8 pengangkat semula jadi kulit, untuk membantu kulit mendapatkan semula keanjalan dan ketegangan. Digabungkan dengan Pro-Retinol A, bahan aktif yang kuat, yang diketahui untuk menebalkan lapisan kulit teratas, dan juga membantu mengurangkan kedutan di bahagian mata. Dalam masa 4 minggu, kontur mata kembali tegang, kedutan berkurang secara intensif, dan kontur mata kelihatan kembali dan bersinar.

Nutox Eye Refiner

RM55.90

Krim mata ini diperkaya dengan ekstrak sarang burung dan ekstrak botani semula jadi, shadownyl. Produk ini memberikan penghidratan yang tahan lama. Ia juga boleh mengurangkan garis halus, kedutan, lingkaran hitam, dan bengkak mata dalam 1 minggu. Krim mata ini juga tidak melekit dengan melampau, dan diformulasikan bebas minyak. Ia mengandungi 15 ml satu botol dan sesuai untuk digunakan ke atas semua jenis kulit.

loreal revitalift cleanser

LOREAL Paris Revitalift Milky Cleansing Foam

RM18.90

Pembersih muka ini diperkaya dengan ramuan yang kuat, penuh khasiat, untuk merangsangkan pertumbuhan semula kulit dan melawan kedutan dan kehilangan keanjalan. Ia melawan tanda-tanda penuaan bermula dengan kulit yang dibersihkan dengan sempurna, dikondisikan dengan baik untuk mendapat faedah ramuan aktif di dalam produk ini. Selepas pengunaan yang kerap, hanya dalam 4 minggu, tekstur kulit akan nampak lebih halus, seperti diperbaharui dan kualiti kulit akan bertambah baik dan semakin berseri.

Nutox Cleansing Foam

RM25.90

Pembersih muka ini mempunyai buih yang banyak yang juga berfungsi untuk mencerahkan dan melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan. Kulit kelihatan lebih muda, terasa terhidrat, segar dan lebih halus dengan serta-merta. Sesuai untuk semua jenis kulit dari kulit normal sehingga berminyak. Ia juga membersihkan sisa-sisa pori dan anda dapat merasakan kesegaran di atas kulit anda. Produk ini mengandungi kelebihan multi scrub hitam dan putih dengan sensasi ekstra sejuk. Scrub hitam mempunyai kemampuan dalam penyerapan minyak yang tinggi dan dapat menghilangkan kotoran dan bintik hitam, terutamanya di kawasan hidung, sementara scrub mikro putih akan memecah menjadi scrub halus yang menembusi jauh ke dalam liang dan mengelupas sel kulit kusam & mati.

Perempuan dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, gunakan produk-produk yang telah kami senaraikan di atas untuk penjagaan harian anda dan juga untuk menata rias wajah anda supaya sentiasa kelihatan cantik berseri. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

error: Content is protected !!