
Love Earth Chia Seed, Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja!~ Chia seed atau nama saintifiknya disebut sebagai Salvia Hispanica adalah merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina. Ianya dikatakan berasal dari Mexico dan Guatemala.
Pernahkan anda mencuba untuk mengamalkan pengambilan chia seed dalam diet harian anda?
Menurut pelbagai sumber, chia seed mempunyai banyak kebaikan dan khasiat untuk kesihatan tubuh badan sejak dahulu lagi. Ia juga biasanya digunakan sebagai bahan tambahan dalam masakan dan makanan.
Mari teruskan membaca.
Chia Seed Vs Biji Selasih

Ramai yang keliru antara chia seed dengan biji selasih. Sama ke tak sebenarnya?
Jawapannya ialah, tak sama!
Cara penggunaan chia seed dan biji selasih berbeza sedikit. Biji selasih perlu direndam agak lama di dalam air manakala chia seed tidak perlu, hanya memerlukan beberapa minit sahaja. Chia seed juga boleh ditabur terus dalam apa-apa makanan seperti yogurt, jus, puding, salad dan sebagainya malah, juga boleh ditabur dalam nasi putih dan terus dimakan!
Haa, kalau macam tu, chia seed mana yang terbaik untuk dijadikan sebahagian diet harian kita?
Jawapannya, sudah pasti Chia Seed Organic Pocket (4 in 1) keluaran Love Earth!
Apa itu Love Earth Chia Seed Pocket (4 in 1)?
Love Earth Chia Seed merupakan salah satu produk keluaran Love Earth yang popular dan berkualiti. Anda boleh dapatkan 4 botol kecil chia seed yang boleh dibawa ke mana sahaja dalam 1 pakej dengan harga yang memang mampu milik.
Mengandungi 99.9% pure chia seed, produk ini benar-benar memberikan anda apa yang anda mahukan. Sudah pasti amat berbaloi untuk anda dapatkan dan rasai manfaatnya.
Secara ringkasnya, berikut ialah fakta mengenai Chia Seed Organic Pocket (4 in 1) yang perlu anda ketahui:
- 99. 9% pure & 100% organik dari Bolivia
- Tinggi omega 3 & protein, magnesium, kalsium
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Meningkatkan kesihatan tulang
- Diet sihat untuk setiap hari
- Diiktiraf oleh KKM, Jakim Halal Certified, Australia NASAA Organic Certified
Khasiat Dan Kebaikan Love Earth Chia Seed
Chia seed keluaran Love Earth mampu memberikan sumber nutrisi penting iaitu omega-3 dan omega-6.
Kedua-dua nutrisi ini amat penting dan tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri melainkan dengan pengambilan makanan yang mengandungi sumber tersebut. Pengambilan omega-3, akan membantu mengurangkan keradangan dan dapat meningkatkan “blood level”.
Tahukah anda, chia seed (4 in1) keluaran Love Earth ini mengandungi berganda-ganda khasiat kalsium daripada susu, lebih banyak khasiat kalium daripada pisang, mengandungi lebih banyak zat besi daripada bayam, dan sudah pasti lebih kaya antioksidan daripada blueberry!
Pengambilan kalsium dan magnesium amat penting untuk kesihatan tulang. Manakala, zat besi akan membantu membuat sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Antioksidan pula akan membantu melawan pengeluaran radikal bebas yang dapat merosakkan molekul dalam sel dan menyumbang kepada penuaan dan penyakit seperti barah.
Selain itu, sumber protein yang terdapat dalam produk ini merupakan antara makronutrien yang paling sesuai untuk membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan selera makan dan keinginan (craving) sesuatu yang tidak sihat seperti makanan ringan.
Kandungan serat larut yang tinggi juga membantu memastikan kita berasa kenyang sepanjang masa sekaligus membantu dalam proses penurunan berat badan yang kita inginkan. Jadi, sekiranya anda ingin diet secara sihat, chia seed (4in1) keluaran Love Earth adalah salah satu pilihan yang bijak!
Cara Dan Tips Penggunaan

Cara penggunaannya sangatlah mudah seperti memetik jari!
Anda hanya perlu campurkan ke dalam air dan kacau, kemudian tunggu beberapa minit sebelum minum.
Sekiranya anda ingin letakkan di masakan atau makanan, anda hanya perlu taburkan mengikut kesesuaian dan citarasa anda. Sebagai contoh, taburkan di atas cereal, salad, yogurt, bubur, puding atau, campurkan ke dalam adunan kuih kegemaran anda!
Tips: Untuk mengekalkan kualiti chia seed anda, pastikan anda menyimpannya di dalam bekas tertutup dan kering.
Akhir Kata
Anda kini boleh amalkan diet sihat dengan begitu mudah hanya dengan pengambilan chia seed. Walaupun sibuk, anda boleh bawa Love Earth Chia Seed ini ke mana sahaja. Mudah, cepat dan berkhasiat!
Jangan lupa dapatkan sekarang!