Pengenalan
Loya biasanya menunjukkan keperluan untuk muntah, tetapi keadaan ini biasanya hilang dengan sendirinya.
Individu dengan keadaan loya mempunyai perasaan mual yang bermula dengan rasa sedikit tidak selesa hingga rasa menyakitkan, dan sering disertai dengan keadaan kulit berlengas dan perut yang berbunyi. Loya biasanya selalu berlaku sebelum rasa mual atau muntah, walaupun anda boleh mengalami rasa loya berkepanjangan tanpa perlu muntah.
Loya biasanya terjadi pada mereka yang mengalami jangkitan dari influenza hinggalah gastroenteritis. Secara umum, muntah adalah lebih membimbangkan berbanding rasa loya sahaja, walaupun muntah sering membawa kelegaan pada perut yang terganggu dengan sementara atau kekal.
Penerangan
Loya adalah sesuatu yang tidak menyenangkan walaupun ia biasanya tidak menyakitkan.
Simptom yang paling biasa berlaku dengan keadaan loya ialah muntah. Gejala lain yang juga dikaitkan dengan loya termasuklah pening, pengsan, mulut kering, cirit-birit, demam, sakit perut dan pengurangan air kencing.
Gejala serius yang mungkin menimbulkan rasa loya termasuklah sakit dada, kekeliruan, kelesuan, denyutan nadi yang laju, kesukaran bernafas, berpeluh secara berlebihan, dan pengsan.
Penyebab yang berkemungkinan
Loya boleh berlaku kerana pelbagai sebab. Sesetengah orang adalah sangat sensitif terhadap pergerakan atau makanan tertentu, ubat-ubatan, atau kesan-kesan tertentu bagi keadaan perubatan. Kesakitan yang kuat, seperti sakit kepala atau migrain, juga boleh menyebabkan loya. Biasanya, individu yang mengalami kecederaan kepala sering berasa loya dan pening selepas itu.
Selain itu, loya juga boleh terjadi disebabkan:
- Penyakit gastroesofagus (GERD) atau pedih ulu hati
- Jangkitan atau virus
- Ubat-ubatan
- Mabuk perjalanan atau mabuk laut
- Pemakanan
- Kesakitan
- Ulser
Seterusnya, loya juga merupakan simptom bagi beberapa keadaan perubatan yang serius seperti:
- Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV)
- Jangkitan telinga
- Serangan jantung
- Penyumbatan usus
- Kegagalan hati atau kanser hati
- Meningitis
- Migrain
Bila perlu menghubungi doktor
Sekiranya gejala-gejala itu bertahan selama lebih dari 24 jam, atau jika diagnosisnya tidak menentu, atau jika ada kebimbangan mengenai dehidrasi, atau jika pesakit mempunyai keadaan perubatan yang menyebabkannya menjadi lebih rapuh, rawatan perubatan harus dilakukan dengan segera.
Bayi dan kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada masalah dehidrasi dan mungkin tidak mempunyai simpanan air sebanyak orang dewasa. Sekiranya terdapat kebimbangan mengenai masalah dehidrasi atau ketidakupayaan untuk mengimbangi cecair, berjumpa dengan pakar penjagaan kesihatan berdekatan anda.
Jika keadaan loya dan muntah dikaitkan dengan rasa sakit, demam, muntah darah, atau mempunyai najis berdarah atau hitam, jangan biarkan sahaja dan segera dapatkan bantuan perubatan.
Muntah adalah gejala bagi sesuatu penyakit, jadi jika gejala berterusan selama lebih dari 24 hingga 48 jam, ianya adalah terbaik untuk menghubungi pakar penjagaan kesihatan anda.
Apa yang boleh diharapkan di klinik
Diagnosis biasanya boleh dibuat apabila pakar penjagaan kesihatan mengambil sejarah perubatan yang teliti dan melakukan pemeriksaan fizikal. Sebarang ujian yang dilakukan adalah berdasarkan maklumat daripada sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal. Kadangkala, tiada ujian lanjut diperlukan untuk membantu diagnosis.
Ujian makmal dan sinar-X boleh dilakukan untuk menilai kestabilan pesakit tetapi keputusannya tidak semestinya digunakan untuk membuat diagnosis. Sebagai contoh, pesakit yang mempunyai masalah keracunan makanan mungkin perlu melakukan ujian darah seperti yang diarahkan untuk mengukur elektrolit (mineral) dan bahan kimia lain, kerana pesakit mungkin kehilangan sejumlah besar natrium, kalium, dan klorida dari tubuh kerana muntah berterusan dan cirit-birit.
Selain itu, ujian air kencing mungkin boleh membantu dalam menilai status penghidratan. Air kencing yang pekat dan berwarna gelap boleh dikaitkan dengan masalah dehidrasi kerana buah pinggang cuba memelihara air sebanyak yang mungkin dalam tubuh. Keton dalam air kencing juga merupakan tanda bagi keadaan dehidrasi.
Rawatan
Rawatan untuk keadaan loya bergantung pada penyebabnya. Dalam kebanyakan kes, ia boleh reda dengan sendirinya, terutamanya jika ia dapat dilegakan melalui muntah.
Di samping itu, rawatan yang mungkin dilakukan termasuklah mengamalkan pemakanan berasaskan cecair yang banyak dan diet cecair yang jelas. Masalah loya yang teruk mungkin memerlukan rawatan dengan penggunaan ubat-ubatan.
Sekiranya anda berasa lelah, anda mungkin tidak berminat dengan makanan atau minuman, walaupun kadangkala makanan ringan seperti roti dan keropok boleh membuatkan anda berasa lebih baik. Elakkan apa-apa makanan dengan rasa yang kuat, sangat manis, berminyak atau bergoreng kerana ini boleh menyebabkan rasa loya menjadi lebih buruk atau juga menyebabkan muntah-muntah.
Cara penyembuhan semulajadi untuk keadaan loya termasuklah halia dan teh peppermint, serta makanan tawar yang boleh membantu melegakan perut anda. Sesetengah orang mendapatkan kelegaan dengan menekan secara lembut menggunakan ibu jari ke bahagian dalam pergelangan tangan.
Sekiranya anda terdedah kepada keadaan loya tetapi dalam keadaan sihat, elakkan aktiviti selepas makan dan cuba makan dengan jumlah yang lebih kecil dan lebih kerap. Elakkan duduk dalam kereta di bahagian belakang jika anda tahu bahawa anda mempunyai masalah mabuk perjalanan. Jika anda merasakan gelombang loya yang berlaku, cuba bernafas dengan mendalam, hembuskan nafas dan jangan fikir untuk muntah memandangkan ini boleh menyebabkan rasa loya lebih teruk.
Sumber:
https://www.webmd.com/digestive-disorders/digestive-diseases-nausea-vomiting
https://www.healthline.com/health/nausea