Portal LPPSA login untuk semakan kelayakan dan semak baki Pinjaman Perumahan Kerajaan. Mohon sekarang boleh semak baki loan serta gunakan kemudahan kalkulator online.
Dahulu ia dikenali dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).
Dengan beberapa penambaikan dan penjenamaan semula, ia dinamakan sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Apa tujuan agensi ini?
Untuk memudahkan pemahaman, jikalau penjawat awam dan kakitangan kerajaan yang mahu mendapatkan tawaran pinjaman kerajaan yang terbaik, pinjaman boleh mohon dilakukan melalui portal online ini.
3 Kelebihan Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA)
1) Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam boleh tawarkan pinjaman perumahan kerajaan sehingga 100 peratus pembiayaan rumah anda.
Ini bermakna anda tidak perlu fikir lagi untuk menyediakan bantuan deposit pertama anda contohya iaitu sebanyak 10 peratus
2) Tidak perlu fikir jikalau kadar OPR naik, kadar faedah untuk pinjaman yang anda mohon dengan bank komersil juga akan naik sama.
Tetapi tidak dengaan pinjaman yang ditawarkan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.
Menariknya kadar faedah yang ditawarkan adalah tetapi iaitu SEENDAH 4 peratus sahaja sepanjang tempoh pinjaman anda. Tidak naik tidak juga turun.
3) Tahukah anda jikalau anda memohon dengan bank komersil, anda hanya dibenarkan buat loan rumah sehingga umur 75 tahun sahaja. Tetapi tidak dengan pinjaman kerajaan ini.
Ini kerana ia membenarkan penjawat awam yang memohon dibenarkan buat loan sehingga umur 90 tahun.
Proses Permohonan di Portal LPPSA Login
Proses untuk buat pinjaman rumah juga lebih mudah di mana kelulusan cukup cepat dan senang.
Semakan Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan
- Jikalau anda merupakan penjawat awam, secara automatik anda diberikan keistimewaan untuk dapat pinjaman rumah kerajaan.
- Cuma, semakan kelayakan lppsa akan menunjukkan kepada anda, berapa jumlah pinjaman dan loan yang anda layak pinjam.
Senarai Semak
Pastikan anda sebelum anda mohon anda sudah pun mengenalpasti 4 perkara di bawah ini:
1) Anda sudah ada unit rumah yang ingin anda beli samada anda mahu
- bina rumah sendiri atau
- anda pilih unit rumah PPA1M
- Semakan permohonan rumah prima
- Rumah mampu milik Selangor
- RUMAWIP KL ataupun
- rumah Subsale
- Rumah Lelong.
Pilih yang mana yang berkenan di hati anda
2) Anda sudah pun kira berapa kelayakan pinjaman? Berapa banyak yang anda boleh dapat
3) Pastikan juga unit rumah yang anda mahu beli itu boleh menggunakan pinjaman atau tidak
4) Insurans mana yang akan anda pilih? Anda sudah ada pilihan-pilihan ini, baru anda boleh mohon dan isi borang.
Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan
Pastinya anda sudah berjaya mendapat pinjaman perumahaan kerajaan bukan?
Sudah beberapa lama, anda mahu lakukan semak baki pinjaman perumahan kerajaan anda, berapa banyak lagi yang perlu anda bayar.
Yang menariknya anda boleh buat semakan lppsa secara online ataupun secara sms.
1) Login Semakan lppsa Secara Online
Sudah pastinya anda sudah ada akaun sendiri yang dibuat melalui Portal sistem pinjaman perumahan bersepadu SPPB. Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan password yang telah anda tetapkan sebelum ini.
Dalam sistem online tersebut anda boleh pilih STATUS BAKI PINJAMAN lppsa untuk anda semak berapa banyak lagi hutang anda.
2) Semakan Secara SMS
Caranya cukup mudah boleh semak melalui gambar di bawah ini langkah demi langkahnya.
Program LPPSA i-Prihatin Diperkenalkan
Menurut LPPSA, program kerjasama antara LPPSA dan panel Insurans / Takaful Am LPPSA berkenaan memberi pilihan kepada pelanggan untuk memiliki perlindungan tambahan selain perlindungan Insurans / Takaful Mortgage Reducing Term Assurance / Takaful yang telah diluluskan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam sebelum ini.
Melalui Program LPPSA i-Prihatin, pelanggan layak untuk memohon Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok (GPA) dengan bayaran premium sebanyak RM100 setahun dan menikmati perlindungan kewangan tambahan untuk kematian dan kecacatan anggota badan (kekal penuh atau separa kekal) disebabkan kemalangan bernilai RM100,000.
Manfaat dan perlindungan lain adalah perbelanjaan pengebumian akibat kemalangan, perbelanjaan penghantaran pulang jenazah akibat kemalangan, Badal Haji, perbelanjaan pemulihan akibat kemalangan, perbelanjaan perubatan akibat kemalangan serta bayaran ambulans.
Manfaat atau perlindungan yang ditawarkan juga termasuk elaun kecederaan akibat diragut, elaun penyembuhan denggi, perlindungan akibat rompakan ATM dan pendapatan harian hospital akibat kemalangan (maksimum 100 hari setahun).
Permohonan perlindungan GPA boleh dibuat melalui pautan www.lppsa.gov.my/gpa dan sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui Portal Pertanyaan/ Aduan Rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my/.
Soalan Lazim:
1. Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan untuk membeli apartment termasuk lot parkir?
Permohonan pembiayaan untuk membeli apartment termasuk lot parkir dibenarkan dengan syarat pemohon menyertakan 2 perjanjian yang berasingan bagi pembelian apartment yang mempunyai lot parkir secara berasingan. Sekiranya pembelian apartment yang mempunyai lot parkir di bangunan yang sama, maka 2 perjanjian tersebut tidak diperlukan.
2. Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan bagi membeli rumah kos rendah dalam pembinaan serta memohon untuk membuat kerja-kerja tambahan?
Permohonan pembiayaan bagi membeli rumah kos rendah dibenarkan kepada pemohon daripada Kumpulan Sokongan II dengan syarat Perjanjian Jual Beli rumah kos rendah dan Perjanjian Kontrak untuk kerja tambahan dikemukakan serentak bersama dengan Borang Permohonan Pembiayaan. Permohonan kerja tambahan perlu dibuat serentak dengan pembinaan rumah dan amaun pembiayaan untuk kerja tambahan yang dibenarkan tidak melebihi RM20,000
3. Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan perumahan untuk membeli petak rumah kediaman yang telah siap tetapi Hakmilik Strata masih belum dikeluarkan?
Boleh, permohonan pembiayaan boleh dibuat di bawah syarat pembelian harta sekunder assigment. Namun, pembeli tidak dibenarkan menjual petak rumah tersebut kepada pihak ketiga sehingga Hakmilik Strata dikeluarkan
Sumber:
1) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/program-lppsa-iprihatin-diperkenal-hari-ini-307505