Makanan diet Paleo kebanyakannya berasaskan tumbuhan, sumber protein haiwan yang memakan rumput, sayur-sayuran dan buahan-buahan. Selain itu, diet ini juga menumpukan pada produk tempatan, organik dan amalan pertanian yang baik. Jadi, berikut adalah makanan yang anda boleh ambil selama anda mengamalkan diet Paleo.
1. Protein Paleo
Protein merupakan makanan ruji bagi manusia zaman batu khususnya yang bersumberkan haiwan yang memakan rumput, diburu liar atau organik. Makanan sebegini menjadi pilihan bagi masyarakat terdahulu kerana haiwan ini dibesarkan dalam persekitaran yang menggalakkan tingkah laku semula jadi. Nenek moyang kita tidak hanya mengambil makanan seperti ayam dan daging, malah mereka juga memburu variasi jenis daging lain untuk mendapatkan sumber protein yang lebih baik.
Sumber protein terbaik bagi makanan diet Paleo termasuklah:
– Sumber haiwan yang diberi makan rumput
- Lembu
- Kambing
– Sumber haiwan liar
- Rusa
- Kijang
- Arnab
– Sumber haiwan ternakan
- Ayam
- Ayam turki
- Burung puyuh
- Angsa
- Burung unta
- Itik
– Makanan laut yang ditangkap
- Ikan salmon
- Ikan kembung
- Ikan tuna
- Ikan kod
- Ikan tilapia
- Ikan sardin
- Ikan bilis
- Ikan kerapu
- Ikan keli
- Ikan air tawar
- Ikan siakap
– Makanan laut bercangkerang/ berkulit
- Udang
- Ketam
- Kepah
- Udang kara
- Tiram
- Kerang
- Kupang
- Udang laut
– Protein lain
- Apa-apa jenis telur
2. Karbohidrat Paleo
Walaupun diet ini menetapkan kadar karbohidrat lebih rendah berbanding diet lain, ia bukanlah matlamat utama diet Paleo. Cara pemakanan pada zaman moden dianggap tidak sihat kerana melibatkan pengambilan karbohidrat yang berlebihan terutamanya berasaskan sumber gula. Perkara ini sebenarnya boleh mendorong kepada pelbagai masalah kesihatan termasuklah rintanganan insulin, masalah pencernaan dan keradangan. Masalah ini juga boleh berlaku kepada mana-mana individu tanpa mengira usia mereka.
Memandangkan makanan diet Paleo menghalang pengambilan bijirin, diet ini lebih cenderung rendah dalam karbohidrat secara semula jadi. Namun, jika anda masih mahu menambah kadar karbohidrat dalam pelan pemakanan anda, berikut merupakan antara makanan berkanji yang baik buat diet Paleo:
– Sayuran berkanji
- Keledek
- Keladi
- Labu
- Ubi Bit
– Buahan bergula
- Mangga
- Epal
- Pisang
- Anggur
- Buah Pic
- Pir
- Limau
- Limau mandarin
- Buah ara
- Kurma
- Jambu batu
- Nenas
- Betik
- Laici
3. Lemak Paleo
Lemak adalah makronutrien asas dalam diet anda dan ia tidak seharusnya dipandang rendah. Terdapat sesetengah lemak yang menawarkan lebih banyak manfaat kesihatan berbanding yang lain. Walau bagaimanapun, lemak (lemak yang terdapat dalam makanan) pada umumnya memainkan peranan besar pada kesihatan anda secara keseluruhan. Ia diperlukan bagi memenuhi selera makan dan pengekalan berat badan anda.
Di samping itu, banyak lemak yang berasaskan tumbuhan seperti kacang dan bijian serta minyak yang kurang diproses adalah bagus sebagai makanan diet Paleo. Namun, perlu diingati bahawa lemak juga merupakan sumber kalori yang mudah didapati. Jadi, jika anda ingin menurunkan berat badan, pastikan anda mengehadkan saiz makanan seperti:
– Kacang dan bijian
- Kacang badam
- Mentega badam (tanpa gula tambahan)
- Kacang gajus
- Mentega kacang (tanpa gula tambahan)
- Kacang hazel
- Kacang pekan (pecans)
- Kacang walnat
- Kacang makadamia
- Biji chia
- Biji rami
- Biji bunga matahari
- Kacang pain
- Kacang bijan
- Biji labu
– Minyak dan mentega
- Minyak kelapa
- Mentega kelapa
- Minyak zaitun
- Minyak avokado
– Lemak lain
- Zaitun
- Avokado
- Tahini
- Kelapa parut
- Koko
4. Buah-buahan Paleo
Hampir kesemua buah atau buah-buahan kering (tanpa gula) boleh diambil dalam makanan diet Paleo. Ia adalah satu pilihan makanan yang digemari kerana terdapat pelbagai variasi dan boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja terutamanya bagi mereka yang sibuk bekerja. Ia boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan sebagai jus buah (tanpa menggunakan bahan tambahan).
Anda boleh memilih buah-buahan rendah karbohidrat seperti:
- Lemon
- Limau nipis
- Strawberi
- Tembikai
- Raspberi
- Tembikai susu
- Kiwi
- Beri hitam
- Plum
- Beri biru
- Sengkuang
5. Sayur-sayuran Paleo
Sama seperti buah-buahan, hampir kesemua jenis sayuran boleh diambil dalam makanan diet Paleo. Biasanya, sayur-sayuran kurang digemari berbanding buah-buahan kerana rasanya yang pahit dan tidak sesuai dengan tekak. Cari cara sesuai yang membolehkan anda menggabungkannya dalam menu harian anda sedikit demi sedikit.
Sayur-sayuran tidak berkanji adalah rendah kalori dan mengandungi banyak nutrien, jadi anda harus cuba mengamalkannya dalam pemakanan anda. Sayur-sayuran tersebut termasuklah:
- Kubis
- Brokoli
- Arugula
- Bayam
- Saderi
- Asparagus
- Jalapeno
- Selada air (watercress)
- Sawi putih
- Variasi lobak
- Cendawan putih
- Tomato
- Cendawan portobello
- Bawang
- Pucuk buluh
- Terung
- Timun
- Kucai
- Kubis bunga
- Lada Benggala
- Zukini
- Cendawan shiitake
- Bendi
- Kacang buncis (dimasak sahaja)
- Taugeh
- Lobak merah
- Adas
- Cendawan tiram
- Articok
- Labu
6. Pemanis Paleo
Walaupun kebanyakan gula tambahan adalah tidak bagus, namun ada beberapa pemanis semula jadi yang boleh diambil secara sederhana sebagai makanan diet paleo ini termasuklah:
- Madu
- Sirap mapel
- Gula kelapa
- Pes kurma
7. Minuman paleo
Minum minuman yang tidak mengandungi pemanis buatan atau gula yang terlalu banyak seperti:
- Air kosong
- Kopi (tanpa krim dan gula)
- Teh yang tawar
- Air kelapa
- Air rebusan tulang
- Air ‘sparkling’ (tanpa gula atau pemanis buatan)
SUMBER
https://www.healthline.com/nutrition/paleo-diet-meal-plan-and-menu