Now Reading
Makanan Sesuai Bagi Diet Keto

Makanan Sesuai Bagi Diet Keto

Makanan Sesuai Diet Keto

Makanan sesuai diet keto menjadi persoalan anda, keliru dan tak tahu? Jangan bimbang kerana kami ada penyelesaiannya. Baiklah, mulakan mencatat nota-nota penting ini kerana inilah beberapa petua berkaitan makanan apa yang anda perlu ambil dalam diet keto.

Hanya kerana anda tidak boleh makan makanan berkarbohidrat kegemaran anda seperti nasi, roti, makanan ringan dan sebagainya, ia tidak bermakna bahawa anda perlu menahan lapar serta-merta.

Sebaliknya, anda harus bersyukur kerana anda sebenarnya akan mengambil makanan yang mengandungi kandungan lemak berkhasiat dan menyihatkan seperti minyak zaitun dan juga buah avokado. Selain itu, makanan yang berprotein dan baik untuk badan seperti daging daripada lembu dan ayam yang diberi makan rumput berserta sayur-sayuran yang berdaun adalah pilihan yang lebih baik buat anda. Pemakanan dalam diet ini sebenarnya hampir sama dengan makanan biasa yang anda makan, cuma kini apa yang diambil itu adalah lebih berkhasiat.

Bagi penggemar makanan ringan, anda juga tidak perlu risau kerana terdapat juga makanan ringan yang boleh diambil sambil mengamalkan makanan sesuai diet keto. Terdapat banyak pilihan makanan ringan di luar sana yang dicipta khas bagi penggemar keto, jadi anda cuma perlu melakukan pilihan yang betul dengan melihat bahan-bahannya dahulu.

Seterusnya, berita baik buat penggemar kopi kerana anda juga boleh menggantikan kopi biasa dengan kopi ‘bulletproof’ yang semakin terkenal sekarang. Pasti ramai yang tidak pernah mendengar nama kopi ini bukan? Ia bukanlah satu jenama kopi yang terbaru tetapi lebih kepada resepi kopi sihat yang boleh dibuat di rumah.

Anda hanya memerlukan serbuk kopi biasa bersama 1 sudu mentega yang diperbuat daripada susu lembu pemakan rumput serta 1 sudu minyak ‘medium-chain triglycerides (MCT). Kedua-dua bahan mentega dan minyak MCT boleh membantu meningkatkan produktiviti anda sepert kopi biasa di pagi hari.

Bagi penggemar makanan ala-ala mi pula, anda boleh menggantikan pasta biasa dengan mee konjac dan masih mendapatkan rasa yang sama. Jadi, anda bolehlah masak resipi mi kegemaran anda seperti biasa. Kebanyakan bahan-bahan organik ini sudah mula dijual di pasaraya besar di seluruh dunia.

Kesemua ini dilihat sebagai maklumat yang menarik terutamanya bagi penggemar-penggemar makanan berkarbohidrat, makanan ringan dan pasta, namun anda juga perlu  ingat bahawa semua jenis makanan ini perlu dikurangkan. Jadi, ikutilah senarai di bawah yang memberikan gambaran keseluruhan tentang makanan sesuai diet keto.

  • Daging – daging merah, stik, ham, sosej, ayam dan ayam turki Pastikan daging-daging ini didapati daripada haiwan yang diternak secara organik.

  • Ikan berlemak – ikan salmon, ikan trout, tuna dan makarel adalah makanan sesuai diet keto. Ikan-ikan ini kebanyakannya mengandungi omega-3 yang baik untuk badan dan otak.

  • Telur – telur yang dipasteur atau telur omega-3 mempunyai kadar kolesterol yang lebih rendah berbanding telur biasa. Makanan sesuai diet keto.

  • Mentega dan krim – jenis mentega dan krim diperbuat daripada susu lembu yang diternak secara organik dan diberi makanan seperti rumput dan serangga. Adalah makanan sesuai diet keto.

  • Keju – keju yang tidak diproses seperti ‘cheddar’, ‘goat’, ‘cream’, ‘blue’ atau ‘mozarella’ kerana kurangnya pertumbuhan bakteria pada keju-keju ini.

  • Kacang atau bijian – kacang almond, ‘walnut’, biji rami (flax seeds), biji labu, biji chia mempunyai khasiat yang lebih banyak berbanding kacang atau biji lain.

  • Minyak yang sihat – seperti minyak zaitun, minyak kelapa dan minyak avokado. Walaupun minyak-minyak ini adalah sedikit mahal, namun apa salahnya anda melabur untuk kesihatan anda?

  • Avokado – keseluruhan buah avokado atau ‘guacamole’ yang baru disediakan boleh diambil. Anda pasti tidak tahu bahawa avokado sebenarnya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung serta membantu dalam pengurangan berat badan.

  • Sayur-sayuran yang rendah dalam kandungan karbohidrat – hampir kesemua sayuran hijau, tomato, bawang, lada dan sebagainya. Sayur-sayuran ini boleh dimakan mentah, direbus atau ditumis mengikut resipi sihat.

  • Perencah/ perasa – garam, lada atau herba dan rempah ratus yang berkhasiat. Elakkan menggunakan perasa seperti ‘ajinomoto’ kerana ia tidak baik untuk kesihatan.

Sekiranya anda mengamalkan pemakanan berdasarkan maklumat di atas dengan betul, kesihatan anda pasti tidak akan terganggu walaupun anda mengamalkan makanan sesuai diet keto. Kebanyakan makanan organik adalah lebih mahal berbanding makanan biasa, jadi pastikan anda memilih makanan sihat yang mengikuti peruntukan anda.

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/ketogenic-diet-foods

https://www.dietdoctor.com/low-carb/keto/foods

https://www.womansday.com/health-fitness/nutrition/a25602934/keto-diet-foods/

error: Content is protected !!