Now Reading
Makanan Yang Boleh Dimakan Dalam Diet Eat Clean

Makanan Yang Boleh Dimakan Dalam Diet Eat Clean

Makanan Dimakan Diet Eat Clean

Makanan dimakan diet ‘Eat Clean’ adalah makanan yang sihat dan bersih, selain memberikan khasiat yang tinggi pada anda.

Apabila anda mengamalkan ‘Eat clean’, pilihan utama dalam diet anda adalah makanan menyeluruh seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makanan yang kurang diproses dengan kandungan yang sedikit juga boleh dimuatkan dalam diet ‘Eat Clean’.

Pilih makanan yang mengandungi kandungan-kandungan sihat seperti bijirin penuh dan lemak sihat serta makanan yang kurang gula dan garam tambahan.

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda memilih makanan yang boleh anda makan sewaktu diet ‘Eat Clean’.

Buah-buahan

Buah-buahan adalah pilihan makanan dimakan diet ‘Eat Clean’ kerana makanan bersih yang utama. Sesetengah individu bimbang akan kandungan gula dalam buah, tetapi buah kaya dengan vitamin, mineral dan serat.

Pakar kesihatan berkata tidak perlu risau tentang gula semulajadi kerana nutrien yang berkhasiat adalah lebih penting.

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu memerhatikan label buah-buahan dalam tin bagi sebarang kandungan gula tambahan.

Jus buah boleh dikira sebagai pengambilan harian buah yang disyorkan tetapi pastikan jus tersebut diperbuat daripada 100% jus buah.

Ini kerana, jus buah 100% tidak mengandungi semua serat yang berkhasiat seperti yang dijumpai dalam buah sebenar, jadi anda mungkin ingin mengehadkan pengambilannya.

Buah-buahan ‘bersih’ yang boleh dipilih:

  • Buah segar
  • Buah dalam tin tanpa gula tambahan
  • Buah sejuk beku tanpa gula tambahan
  • Buah dikeringkan tanpa gula tambahan
  • 100% jus buah

Sayur-sayuran

Sayur-sayuran juga merupakan pilihan makanan dimakan diet ‘Eat Clean’ dan seharusnya menjadi menu utama dalam hidangan makanan bersih anda kerana ia dipenuhi dengan vitamin, mineral dan serat.

Sayur-sayuran beku dan sayuran dalam tin adalah sihat, tetapi pilihlah sayur-sayuran yang tidak disediakan bersama sos dan pastikan anda membaca label dengan teliti kerana setiap makanan yang kelihatan biasa mungkin mengandungi garam tambahan.

Terdapat pelbagai cara yang mudah untuk memakan sayur, terutamanya apabila anda kesuntukan masa untuk menyediakannya. Malah, pihak pasaraya juga menawarkan pelbagai sayur yang telah siap dipotong.

Jadi, cara ini memudahkan anda untuk menyediakan makanan sihat dengan memasukkan sayur-sayuran ke dalam diet anda.

Sayur-sayuran bersih yang boleh dipilih:

  • Sayur segar
  • Sayur sejuk beku tanpa sos dan garam tambahan
  • Sayur dalam tin tanpa sos dan garam tambahan

Bijirin penuh

Bijirin penuh adalah karbohidrat yang sihat dan bagus untuk kesihatan anda yang boleh mengandungi sumber serat dan nutrien tinggi.

Ia juga merupakan salah satu pilihan makanan dimakan diet ‘Eat Clean’. Bijirin penuh seperti beras perang, quinoa, barli, oar, farro atau millet secara relatif tidak diproses dan hanya mengandungi satu jenis bahan.

Apabila berbicara mengenai produk bijirin penuh lain, carilah pasta, doh piza sejuk beku, roti, dan muffin yang berasaskan bijirin penuh.

Pastikan tepung gandum penuh berada pada tempat pertama dan tiada gula dalam senarai kandungannya.

Bertih jagung juga sejenis bijirin penuh, cara untuk menyediakannya adalah dengan membeli bertih sahaja, dan letupkan dalam periuk untuk snek ‘bersih’ yang tidak mengandungi perasa dan kalori tambahan.

Bijirin penuh bersih yang boleh dipilih:

  • Pasta gandum penuh
  • Bertih jagung
  • Roti dan muffin gandum penuh tanpa gula tambahan
  • Doh piza gandum penuh

Tenusu

Yogurt asli (sama ada yang biasa atau yogurt Greek) adalah pilihan makanan dimakan diet ‘Eat Clean’ berbanding yogurt berperisa vanila atau buat-buahan yang tinggi dengan gula tambahan kerana ia membantu membersihkan diet anda.

Produk tenusu seperti keju dan susu boleh dimakan secara tunggal atau gunakannya dalam masakan rumah yang bersih seperti piza dan makaroni dan keju.

Jika anda memilih produk alternatif bukan tenusu seperti susu soya, susu kelapa dan susu badam, cari variasi tapa pemanis tambahan untuk mengelakkan gula tambahan.

Selain itu, periksa produk tenusu rendah lemak supaya ia tidak dipenuhi dengan bahan-bahan yang pelik.

Produk tenusu bersih yang boleh dipilih:

  • Yogurt biasa
  • Susu
  • Keju
  • Susu bukan tenusu tanpa pemanis

Protein

Daging yang menawarkan sumber protein, zat besi dan vitamin B12 adalah pilihan makanan dimakan diet ‘Eat Clean’. Elakkan makanan yang diproses, jadi jauhi salami, pepperoni dan sosej.

Terdapat banyak lagi produk daging yang diproses mengandungi garam yang tinggi dan mungkin mengandungi pewarna tiruan juga sebagai perasa. Oleh itu, ianya adalah penting untuk anda membaca label sebelum membeli sesuatu produk di pasaraya.

Ikan dan cengkerang pula boleh menjadi sumper protein sihat dan kebanyakan ikan mengandungi lemak omega-3 yang baik untuk jantung.

Telur adalah pilihan terbaik, pastikan anda tidak mengasingkan telur kuning kerana itulah sumber kebanyakan protein telur.

Kekacang dan bijian adalah pilihan terbaik untuk protein berdasarkan tumbuhan. Pastikan anda memilih kekacang dan bijian yang mengandungi kadar gula yang rendah.

Protein bersih:

  • Ayam
  • Daging lembu
  • Daging kambing
  • Telur
  • Kekacang tanpa perisa tambahan
  • Mentega kacang tanpaula tambahan
  • Kekacang yang dikeringkan
  • Kekacang dalam tin

Minuman

Minuman boleh menjadi sumber terbesar gula tambahan. Jauhi soda, teh bergula dan minuman kopi yang berperisa. Teh dan kopi tanpa gula dan ait kosong adalah pilihan yang bijak.

Selain itu, jauhi alkohol jika anda mengamalkan ‘Eat Clean’ kerana ini antara pilihan makanan yang tidak sesuai diambil.

Baiklah, sekarang anda sudah bersedia untuk memenuhkan dapur dengan barang-barang penting dalam diet ‘Eat Clean’. Selamat maju jaya!

Sumber:

error: Content is protected !!