Anda semestinya ingin mengetahui cara semakan BSH seperti yang diumumkan oleh kerajaan dalam Ucapan Belanjawan 2020 (tahun lalu), Kerajaan tetap akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup untuk menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat Malaysia dengan mengfokuskan golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka.
Juga diingatkan, untuk anda sentiasa berwaspada apabila Kementerian Kewangan Malaysia dan LHDN mengesan akaun Facebook dan Twitter palsu berkaitan pendaftaran BSH.
Maklumat Semakan dan Permohonan BSH
- Tarikh pendaftaran permohonan (untuk yang belum mendaftar) dan kemas kini (telah berdaftar) adalah biasanya bermula pada bulan Februari sehingga bulan Mac.
- Talian bebas tol BSH adalah 1-800-88-2747 (BSH).
- Jika anda dan pasangan tidak mempunyai akaun bank semasa membuat permohonan ini ,anda TIDAK DIPERLUKAN UNTUK MEMBUKA AKAUN BANK untuk mengisi maklumat bank pada permohonan. Ini kerana, bagi permohonan yang berjaya/Lulus BSH dan tidak mempunyai maklumat akaun bank semasa membuat permohonan BSH atau status pengkreditan ke akaun adalah tidak berjaya, pihak BSN sendiri yang akan membuka akaun bank BSN secara automatik semasa pembayaran BSH.
- Status pengkreditan Bayaran Fasa Pertama BSH ke akaun (Berjaya Kredit atau Gagal Kredit) akan mula dipaparkan pada Jadual Bayaran melalui semakan MyBSH > Semakan Status > Maklumat Bayaran. Kerana itu, penerima bayaran Fasa Pertama sendiri perlu membuat semakan pada penyata akaun bank yang telah didaftarkan, untuk mengetahui status pengkreditan bayaran berkenaan.
- MyBSH akan dibuka bagi tujuan Semakan Status oleh pemohon yang layak menerima pada Fasa Pertama BSH . Pastikan anda telah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa membuat Permohonan BSH supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit anda bagi membolehkan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status.
- Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH) boleh dibuat oleh anda sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai januari.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup melalui beberapa kaedah:
1. Semakan Secara Online
- Aplikasi Semakan: Langkah yang pertama anda perlu klik di sini : https://bsh.hasil.gov.my/DefaultSemakan keluar.aspx?m=k
- Untuk membuat permohonan anda hanya perlu menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja.
- Anda hendaklah masukkan ‘Soalan Keselamatan‘ yang terpapar di skrin.
Penjelasan Status Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:
- Diterima: Permohonan Telah Didaftar
- Dalam Proses: Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
- Ditangguhkan: Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
- Lulus: Permohonan Telah Diluluskan Berjaya
- Tidak Lulus : Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
- Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
Untuk membuat semakan melalui e-mail anda hendaklah menghantar email anda ke alamat BRIM@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain.
- Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email
- Semakan Melalui Telefon
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Semakan Menggunakan Aplikasi Mobile Bantuan Sara Hidup
- Aplikasi boleh dimuat turun di Google Playstore dan App Store.
- Semakan Status BR1M Melalui Aplikasi Telefon.
Hadir Sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM
Apa Yang Anda Perlu Tahu.
Jika anda pemohon BSH 2020 yang berstatus berkahwin anda perlulah memenuhi
kelayakan seperti berikut:
i. Pemohon
a. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
b. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan
bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah
RM4,000 dan ke bawah
ii. Pasangan
a. Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan
b. Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
c. Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR /
d. MyKAS) DAN mempunyai anak Warganegara Malaysia
e. (MyKad / MyKid)
iii. Anak (jika mempunyai anak)
a. Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak
angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
b. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid)
sahaja;
c. 18 tahun dan ke bawah; atau
d. 19 tahun dan ke atas:
– Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta; atau
– Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM); dan
e. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan.
Jika yang memohon BSH 2020 memegang status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang
mempunyai anak perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut:
i. Pemohon
a. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
b. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang
c. tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah
d. pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
ii. Anak
a. Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak
angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
b. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid)
sahaja; dan
c. 18 tahun dan ke bawah; atau
d. 19 tahun dan ke atas:
– Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta; atau
– Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM); dan
e. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan
Manakala bagi pemohon yang merupakan Warga Emas Sebatang Kara perlulah memenuhi
kelayakan seperti berikut:
i. Lelaki atau perempuan Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
ii. Jika bekerja, pendapatan kasar bulanan adalah RM4,000 dan ke
iii. bawah.
Jumlah bayaran adalah seperti berikut:
- B40: RM1000
- B40 BUJANG: RM500
- M40: RM600
- M40 BUJANG : RM300
Anda juga boleh membuat rayuan dan pastikan ianya sahih.
Berikut perkongsian untuk rujukan anda. Semoga bermanfaat!
SUMBER:
https://www.infosemasa.online/bsh-2020/
https://caramohon.com/semakan-keputusan-dan-rayuan-bsh-2020/