Kanak-kanak lelaki dilahirkan dengan pelindung kulit iaitu kulup yang menutupi bahagian kepala (juga disebut sebagai kelenjar) zakar. Proses bersunat adalah pembedahan yang dilakukan bagi membuang kulup tersebut. Ini adalah amalan kuno yang berasal daripada upacara keagamaan. Pada zaman ini, semakin ramai ibu bapa yang melakukan proses bersunat pada anak-anak mereka kerana faktor agama atau faktor lain selain pelbagai manfaat bersunat yang boleh diperoleh.
Mengapa bersunat dilakukan?
Sunat adalah ritual keagamaan atau budaya bagi masyarakat Yahudi dan Islam, serta suku-suku asli di Afrika dan Australia. Ia juga boleh menjadi satu tradisi keluarga, kebersihan diri atau langkah pencegahan bagi masalah kesihatan tertentu.
Kadangkala, ada juga keperluan perubatan yang memerlukan individu untuk bersunat, seperti jika kulup adalah terlalu ketat untuk ditarik ke belakang di atas kelenjar. Dalam kes lain, iaitu terutama di bahagian Afrika, bersunat disyorkan bagi kanak-kanak lelaki yang sedikit dewasa atau lelaki lebih tua untuk mengurangkan risiko jangkitan seksual tertentu.
Adakah terdapat perbezaan antara zakar yang disunat dan tidak disunat?
Perbezaan utama antara zakar yang disunat (dipotong) dan yang tidak disunat (tidak dipotong) adalah adanya kulup di sekitar kepala zakar. Walaupun ia boleh menjadi pilihan peribadi sekiranya individu lelaki itu sudah dewasa, kehadiran atau ketiadaan kulup tersebut boleh memberi kesan kepada kebersihan dan kesihatan anda secara keseluruhan.
Antaranya termasuklah:
– Penampilan
Zakar yang tidak disunatkan mengekalkan kulit kulup, yang menutupi kepala zakar yang tidak tegak. Apabila zakar menjadi tegak, kulup ditarik kembali untuk menampakkan kelenjar. Namun, zakar yang telah disunat tidak memiliki kulup, yang akan menunjukkan kelenjar ketika zakar dalam keadaan tegak dan tidak tegak.
– Kesan pada hubungan seksual
Kajian ilmiah telah menghasilkan laporan yang bertentangan mengenai kesan sunat pada hubungan seksual. Satu kajian pada tahun 2016 membandingkan kepekaan zakar pada 30 individu lelaki yang disunat dengan 32 individu lelaki yang tidak bersunat dalam lingkungan umur 18 hingga 37 tahun. Kajian itu mendapati bahawa hanya terdapat sedikit perbezaan antara kepekaan zakar pada lelaki yang tidak disunat dan disunat. Malah, ia juga tidak menunjukkan kesan ketara pada hubungan seksual yang dilakukan.
– Kebersihan
Ianya adalah penting bagi individu yang tidak bersunat untuk sentiasa menjaga kebersihan kulup. Bagi lelaki remaja dan dewasa, menarik dan mencuci di bawah kulup dengan sabun dan air ringan, membilas dengan baik, dan kemudian menggulung kulup ke dalam dapat membantu menjaga kebersihan yang baik.
Kebersihan kulup yang baik dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan. Tanpa pembersihan secara berkala, bakteria, kotoran dan cairan tubuh dapat berkumpul di bawah kulup dan membentuk smegma, yang kelihatan putih-kuning.
– Jangkitan kelamin
Penyelidikan dari tiga ujian klinikal secara rawak mendapati bahawa lelaki dewasa yang bersunat mengalami penurunan risiko bagi jangkitan HIV dari masa ke masa sebanyak 50 hingga 60%. Percubaan tersebut juga mendapati bahawa lelaki yang disunat ketika sudah dewasa mempunyai risiko sebanyak 30% lebih rendah untuk dijangkiti jenis herpes tertentu dan papillomavirus manusia (HPV).
– Kesuburan
Tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa kehadiran atau ketiadaan kulup boleh mempengaruhi faktor kesuburan. Penyebab kemandulan lelaki berkaitan dengan pengeluaran sperma, yang berlaku di testis. Jangkitan berulang boleh menyebabkan penyumbatan pada saluran pembiakan lelaki. Sekiranya sperma tidak dapat keluar dari testis seperti biasa semasa proses ejakulasi, ini dapat mempengaruhi tahap kesuburan individu tersebut.
Bilakah proses bersunat dilakukan?
Bersunat biasanya dilakukan pada hari pertama atau kedua selepas kelahiran bagi masyarakat Muslim. Di kalangan masyarakat Yahudi, ia dilakukan pada hari kelapan. Ia selalunya dibuat pada usia mudia kerana prosedur bersunat menjadi lebih rumit dan berisiko pada bayi, kanak-kanak, dan lelaki yang lebih tua.
Apakah manfaat bersunat?
Sunat mungkin boleh mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, termasuk:
- Memudahkan proses pembersihan. Bersunat memudahkan individu lelaki untuk mencuci zakar. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki dengan zakar yang tidak disunat masih dapat diajari cara untuk mencuci di bahagian bawah kulup dengan kerap dan betul.
- Menurunkan risiko jangkitan saluran kencing. Risiko jangkitan saluran kencing pada lelaki adalah rendah, tetapi jangkitan ini lebih biasa memberi kesan pada individu lelaki yang tidak bersunat. Jangkitan yang teruk di awal kehidupan boleh menyebabkan masalah buah pinggang di kemudian hari.
- Menurunkan risiko jangkitan kelamin. Lelaki yang bersunat mungkin mempunyai risiko lebih rendah untuk mendapat jangkitan kelamin tertentu, termasuk HIV. Prosedur ini mungkin memberi pertahanan tambahan kepada penyakit sebegini pada lelaki heteroseksual. Namun, amalan seksual yang selamat masih menjadi aspek tetap penting.
- Mencegah masalah zakar. Kadangkala, kulup pada zakar yang tidak disunat boleh menjadi sukar atau mustahil untuk ditarik kembali (phimosis). Ini boleh menyebabkan keradangan pada kulup atau kepala zakar.
- Menurunkan risiko kanser zakar. Walaupun kanser zakar jarang berlaku, ia jarang berlaku pada lelaki yang telah disunat. Di samping itu, kanser serviks juga jarang berlaku pada pasangan seksual wanita bagi lelaki yang sudah bersunat.
SUMBER
https://www.webmd.com/sexual-conditions/guide/circumcision
https://www.healthline.com/health/mens-health/circumcised-vs-uncircumcised
https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/circumcision/about/pac-20393550