Now Reading
Mari Kenali Apa Itu Buasir

Mari Kenali Apa Itu Buasir

Mari Kenali Apa Itu Buasir

Hampir 3 daripada 4 individu dewasa menghidap buasir dari masa ke masa. Ia boleh berlaku melalui beberapa punca, namun punca sebenarnya masih tidak dapat diketahui.

Sekiranya berada di bawah tekanan, pembuluh darah di sekeliling dubur cenderung meregang, membesar serta menjadi bengkak. Masalah ini boleh terjadi apabila tekanan dalam rektum meningkat lebih-lebih lagi apabila anda meneran dengan kuat sewaktu membuang air besar atau duduk dalam jangka masa yang lama di tandas.

Apakah itu buasir?

Buasir, juga dikenali sebagai ‘Hemorrhoids’ (Piles) adalah pembengkakan pada dubur dan rektum seperti urat varikos. Ia boleh berlaku di dalam rektum (Buasir Dalaman) atau di bawah kulit di sekitar dubur (Buasir Luaran).

Terdapat tiga jenis Buasir:

  • Buasir Dalaman
  • Buasir Luaran
  • Buasir Trombosis

Siapa yang berisiko mendapat masalah ini?

Sesiapa sahaja boleh mendapatnya. Ini termasuklah anak-anak anda. Baca lebih lanjut untuk mengetahui masalah ini dalam kalangan bayi baru lahir, di sini.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda hamil, anda juga mempunyai risiko untuk menghidap buasir! Mari dapatkan maklumat lanjut bagaimana buasir dikaitkan dengan kehamilan, di sini.

Apakah hubungan antara buasir dan makanan?

Simptom seperti kesakitan, pembengkakan, pendarahan dan kegatalan teruk yang mengiringinya sudah cukup untuk membuatkan anda menjadi tidak keruan. Urat-urat yang bengkak di dubur dan bahagian bawah rektum anda juga boleh membeku atau menonjol jika tidak dirawat. Anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuangnya.

Nasib baik terdapat beberapa makanan yang boleh membantu mengelakkan buasir ini. Namun begitu, terdapat juga makanan yang tidak baik untuk buasir yang perlu dielakkan.

Bagaimana saya boleh mencegahnya?

Terdapat beberapa strategi mudah untuk mencegah buasir daripada mengganggu kehidupan harian anda. Seperti:

  • Mengamalkan diet serat tinggi.
  • Minum air yang mencukupi.
  • Lakukan banyak senaman.
  • Berhati-hati apabila menggunakan kaksatif.
  • Tidak menahan keinginan membuang air besar.
  • Elakkan meneran.

Selain itu, anda juga boleh mengurangkan simptom di rumah dengan mencuba petua-petua ini:

  • Mandi dengan air suam
  • ‘Witch Hazel’
  • Minyak Kelapa
  • Lidah Buaya
  • Pek atau mampatan ais

Salah satu punca utama yang menyebabkan keadaan ini adalah meneran. Jadi, anda harus belajar untuk mencegahnya dengan mengenali cara untuk membuang air besar dengan betul dan berkesan.

Apakah senaman yang baik bagi mengurangkan masalah ini?

Sebenarnya, jika anda mempunyai sejarah menghidapinya, anda sebaiknya harus mengelakkan dari mengangkat berat atau sebarang senaman yang boleh menyebabkan tekanan tambahan pada rektum anda. Sebaliknya, cuba senaman yang ringan atau senaman sederhana seperti berenang atau berjalan kaki. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai senaman ketika mengalami buasir di sini.

Apakah perkara-perkara yang boleh saya lakukan dan perlu elakkan jika saya mempunyai buasir?

Sekiranya anda ingin menguruskan penyakit anda dengan baik, anda harus sedar tentang beberapa perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan seperti:

Lakukan:

  • Minum banyak cecair, makan sayuran berdaun hijau dan tambahkan serat dalam diet anda.
  • Menurunkan berat badan jika anda mempunyai berat badan berlebihan.
  • Melakukan senaman dengan kerap.
  • Mengunyah makanan dengan cara yang betul.
  • Sentiasa dapatkan nasihat doktor.

Elakkan:

  • Duduk terlalu lama di dalam tandas dan jangan meneran ketika membuang air besar.
  • Makanan pedas dan panas.
  • Penggunaan ubat laksatif secara kerap.
  • Mengambil terlalu banyak kopi dan alkohol.
  • Mengabaikan keinginan untuk membuang air besar.
  • Menahan nafas apabila mengangkat berat.

Bagaimana untuk merawat keadaan ini?

Buasir yang kecil boleh sembuh sendiri tanpa sebarang rawatan dalam masa beberapa hari. Namun, “Buasir Luaran” yang besar mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh dan boleh menyebabkan kesakitan serta ketidakselesaan yang ketara. Sekiranya ia tidak sembuh dalam masa beberapa hari, ianya adalah lebih baik untuk berjumpa doktor bagi menjalani rawatan. Salah satu rawatan terbaik adalah melalui pembedahan. Terdapat beberapa jenis pembedahan yang boleh dilakukan untuk merawatnya seperti:

  • Ligasi pita getah (Rubber band ligation)
  • ‘Sclerotherapy’
  • Terapi Pembekuan (Coagulation)
  • ‘Hemorrhoidectomy’
  • ‘Hemorrhoid Stapling’

Tambahan lagi, ianya boleh menyebabkan kanser. Namun, adakah ianya benar? Semak dahulu fakta dan mitos mengenai buasir untuk mengetahui jawapannya. Jangan percaya apa yang anda dengar dengan mudah! Lakukan beberapa penyelidikan dahulu sebelum anda memberitahu orang lain mengenai sesuatu maklumat, okay?

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan ini, dapatkannya daripada soalan lazim mengenai buasir.

Sumber:

https://www.medicalnewstoday.com/articles/73938

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hemorrhoids/symptoms-causes/syc-20360268

https://www.healthline.com/health/hemorrhoids

https://www.onhealth.com/content/1/hemorrhoid_treatment

error: Content is protected !!