Marjerin adalah makanan diproses yang dicipta untuk mempunyai rasa dan kelihatan serupa dengan mentega. Ia sering disyorkan sebagai pengganti yang menyihatkan jantung.
Jenis marjerin moden dibuat daripada minyak sayuran, yang mengandungi lemak ‘polyunsaturated’ yang dapat menurunkan kadar kolesterol LDL “buruk” apabila digunakan bukannya lemak tepu.
Memandangkan minyak sayuran cair pada suhu bilik, pakar saintis makanan mengubah struktur kimianya agar menjadi padat seperti mentega.
Walaupun marjerin mungkin mengandungi beberapa nutrien baik untuk jantung, ia seringkali mengandung lemak trans yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan masalah kesihatan kronik yang lain.
Sekarang, mari kita lihat beberapa sebab mengapa ia tidak baik untuk kesihatan anda.
1. Kekurangan vitamin dan mineral
Tidak seperti mentega, marjerin kekurangan nutrien penting seperti vitamin A dan K. Mentega sebenarnya kaya dengan vitamin lemak larut. Sebilangan nutrien ini sebenarnya melindungi kita daripada penyakit jantung.
Memandangkan marjerin berasal daripada minyak sayuran yang banyak diproses, produk akhirnya tidak mengandungi nutrien tersebut.
Beberapa pengeluar marjerin kini menguatkan produk mereka dengan bentuk vitamin sintetik seperti vitamin A dan D. Namun, penambahan ini boleh menyebabkan masalah.
Antaranya adalah seperti vitamin A jenis sintetik boleh memberi kesan buruk kepada tubuh.
2. Tinggi kandungan lemak trans
Tahap tinggi lemak ‘polyunsaturated’ bukanlah satu-satunya masalah dengan profil asid lemak marjerin. Produk marjerin juga boleh mengandungi sejumlah besar lemak trans yang sangat berbahaya.
Mengambil lemak trans boleh merosotkan kesihatan anda dan pengurusan berat badan juga menjadi lebih sukar.
Tubuh anda akan membakar lemak tepu dan lemak tak tepu, tetapi lemak trans disimpan di dalam badan sebagai tisu lemak.
Walaupun anda berhati-hati agar membeli marjerin dengan label “bebas lemak trans”, syarikat marjerin masih dibenarkan untuk memasukkannya ke dalam produk marjerin dengan jumlah tertentu.
3. Tinggi kandungan Omega-6
Kandungan ini sering dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan struktur kimianya. Dua jenis yang paling biasa adalah lemak omega-3 dan omega-6.
Lemak omega-3 dianggap anti-radang, yang bermaksud ia bertindak melawan keradangan. Sebaliknya, pengambilan lemak omega-6 yang terlalu banyak boleh menyebabkan keradangan kronik.
Berdasarkan diet masyarakat terdahulu, nisbah optimum omega-6 dengan omega-3 adalah sekitar 1: 1.
Sekiranya nisbah ini mempunyai kaitan dengan kesihatan, masyarakat sekarang mengambil terlalu banyak lemak omega-6 berbanding zaman dahulu.
Ini boleh menyebabkan peningkatan risiko bagi masalah obesiti dan penyakit kronik, seperti penyakit jantung dan penyakit keradangan usus.
4. Rendah kandungan lemak ‘baik’
Salah satu sebab utama mengapa masyarakat masih menggunakan marjerin adalah kerana kepercayaan bahawa lemak tepu itu adalah buruk.
Ini tanggapan salah yang telah dibuktikan berkali-kali oleh pakar kesihatan dan kajian penyelidikan.
Berbanding mengandungi lemak tepu bermanfaat seperti yang terdapat dalam mentega alternatif unggul marjerin, produk marjerin mengandungi kadar lemak ‘polyunsaturated’ serta lemak trans yang sangat tinggi.
5. Proses hidrogenasi mengubah molekul minyak
Hidrogenasi adalah proses kimia yang dilakukan untuk meningkatkan titik lebur produk. Ia secara berkesan dapat memekatkan marjerin pada suhu yang lebih tinggi, jika tidak, ia akan mencair beberapa minit setelah dikeluarkan dari peti sejuk.
Minyak sayuran yang mengalami proses ini disebarkan dengan hidrogen bersama kehadiran agen pemangkin logam. Proses hidrogenasi ini mengubah molekul dalam minyak dan dapat menghasilkan lemak trans.
Tubuh tidak dapat memproses molekul-molekul baru yang terbentuk dengan mudah dan ini adalah sebab besar mengapa lemak trans buatan manusia boleh merosakkan tubuh dengan dahsyat.
SUMBER
https://www.alexfergus.com/blog/11-reasons-to-avoid-margarine
https://www.healthline.com/nutrition/butter-vs-margarine
https://www.trimdownclub.com/why-should-you-never-eat-margarine/