Now Reading
Maybank2u Business : SME – Business Maybank Malaysia

Maybank2u Business : SME – Business Maybank Malaysia

maybank2u business

Maybank2u Business atau dikenali sebagai Maybank2u Biz merupakan kemudahan perbankan atas talian untuk memudahkan transaksi harian anda di hujung jari.

Apakah SME First Account?

Cara Buka Akaun Maybank Secara Online Guna (SME First Account-i) - Portal  Malaysia

Merupakan akaun semasa perniagaan/akaun Pelaburan Mudarabah yang disertakan dengan penyelesaian lain untuk memenuhi keperluan perniagaan. SME First Account menawarkan pilihan akaun konvensional atau patuh Syariah,dan hab atas talian untuk membantu mengurus kewangan pada bila-bila masa dan di mana jua.

Akaun Semasa/Akaun Pelaburan Mudarabah
Merupakan pilihan antara akaun konvensional atau akaun patuh Syariah yang mempunyai kemudahan penyerahan atas talian atau di kaunter, buku cek, dan ePenyata.

SME First Account: Akaun semasa konvensional yang menawarkan fleksibiliti terunggul

SME First Account-i: Akaun patuh Syariah yang berasaskan prinsip “Wadiah Yad Dhamanah” (simpanan yang terjamin selamat)

SME First Investment Account-i: Akaun Pelaburan patuh Syariah yang berasaskan prinsip “Mudarabah” (perkongsian keuntungan) dan dividen dikira setiap hari dan dikreditkan secara bulanan

Ciri-ciri penting di dalam SME First Account untuk membantu menubuhkan perniagaan adalah:

Maybank AutoCredit
Sistem automatik sepenuhnya yang membolehkan pemprosesan bayaran secara pukal pada bila-bila masa.

Kad Kredit Komersial SME
Nikmati ganjaran & penjimatan eksklusif dengan Kad Perniagaan MAS AMEX dan Kad Korporat VISA Maybank.

Merchant Point-of-Sales
pengesahan urusan perniagaan serta-merta dengan menawarkan pelanggan membayar dengan menggunakan Kad-kad Bayaran.

Pindahan Dana Ke Luar Negara
Cara mudah untuk memindahkan dana ke luar negara di mana-mana jua dengan diskaun 20% atas yuran perkhidmatan melalui Pemindahan Asing Bertelegraf atas talian.

Pinjaman & Pembiayaan
menawarkan penyelesaian kewangan untuk membantu memperoleh aset-aset yang diperlukan dngan mendapatkan maklumat mengenai SME Clean Loan/Financing-i, pinjaman/pembiayaan tanpa cagaran untuk meningkatkan modal kerja syarikat.

Insurans untuk Pihak Utama dan pekerja untuk melindungi perniagaan juga disedikan.

Maybank2U Biz / Maybank2U Business

Maybank2u Business merupakan platform perbankan atas talian setempat untuk menjalankan urusan perbankan pada bila-bila masa dan juga untuk kawalan kewangan yang lebih baik. Tiada yuran langganan dekenakan

Ciri-Ciri Utama

  • Lihat baki akaun dan sejarah transaksi
  • Jalankan pemindahan dana dalam rangkaian Maybank dan GIRO Antara Bank
  • Semak status cek, hentikan cek dan permintaan untuk buku cek
  • Pembayaran bil
  • Lihat dan cetak penyata akaun anda
  • Muat naik fail bayaran Maybank AutoCredit secara pukal
  • Keselamatan dwi-kawalan – pemisahan tugas dengan adanya akses Pemeriksa dan Pembuat
  • Pemindahan dana ke luar negara

Maybank Autocredit


Sistem automatik sepenuhnya yang membolehkan pemprosesan bayaran secara pukal pada bila-bila masa, sama ada kepada syarikat ataupun individu. Tiada yuran langganan dan yuran transaksi dikenakan. Tawaran Istimewa Bagi Pemegang Sme First Account adalah pengecualian yuran transaksi selama 3 bulan dengan setiap langganan.

Ciri-Ciri Utama

  • Pelbagai bayaran kepada saluran-saluran berlainan secara serentak
  • Penghantaran fail yang mudah untuk bayaran melalui Maybank2u Biz
  • Berupaya mengendalikan jumlah transaksi yang tinggi dan semua jenis bayaran
  • Ketersediaan Jejak Audit dan laporan ringkasan
  • Menjalankan bayaran pukal secara berkala dari satu akaun Maybank kepada pelbagai akaun dalam rangkaian Maybank atau bank-bank lain

Pemindahan Dana Ke Luar Negara (Pemindahan Asing Bertelegaf)


Pemindahan dana kepada lebih 100 negara di seluruh dunia melalui pengkreditan akaun kepada benefisiari dengan yuran yang rendah melalui Maybank2u/Maybank2u Biz.
Tawaran istimewa bagi pemegang Sme First Account, diskaun 20% atas yuran perkhidmatan sebanyak RM10 (selepas diskaun 20% = RM8; 6% GST dikenakan) jika pemindahan dibuat atas talian.

Ciri-Ciri Utama

  • Dana akan dipindahkan dalam tempoh 2 hari bekerja
  • Had pemindahan harian:
  1. M2U: Minima RM250; Maksima RM30,000
  2. M2U Biz: Minima RM250; Maksima RM49,999

Yuran Dan Caj ditanggung oleh pengirim dan yuran perkhidmatan sebanyak RM10(6% GST dikenakan)
Nota: Penerima mungkin dikenakan yuran oleh bank/ejen benefisiari. Biasanya ditolak daripada jumlah yang perlu dibayar kepada benefisiari.

Merchant Point-Of-Sales


Kemudahan-kemudahan yang boleh ditawarkan oleh perniagaan anda kepada pelanggan sebagai pilihan bayaran, disokong oleh American Express, VISA, MasterCard, MyDebit, JCB, UPI.

Ciri-Ciri Utama

  • Saluran bayaran lengkap melalui terminal POS, peranti mPOS, M2U, get laluan bayaran eDagang Maybank
  • Pembayaran semula yang cepat bagi semua transaksi Kad Bayaran

Yuran Dan Caj

  • Yuran Pedagang: dicaj oleh bank berdasarkan jumlah urus niaga
  • Yuran Sewa Terminal: sewa bulanan tetap dari RM80 hingga RM150 sebulan bagi setiap terminal

Tawaran istimewa bagi pemegang Sme First Account ,Pengecualian yuran sewa terminal selama 3 bulan.

Kad Kredit Komersial SME


Tawaran istimewa bagi pemegang Sme First Account, ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang baru ditubuhkan berdasarkan Deposit Tetap 1:1 dengan amaun minimum RM10,000.

Kad Korporat VISA Maybank
Teman ideal yang membantu untuk membayar kos perjalanan, hiburan dan perbelanjaan perniagaan dan nikmati rebat tunai 0.5% tanpa had atas transaksi runcit syarikat.

Ciri-Ciri Utama

  • Keistimewaan Perjalanan & Perniagaan: Insurans Kemalangan Peribadi
  • Percuma sehingga RM700,000
  • 0% pelan ansuran tanpa faedah dan sehingga 60 hari tanpa faedah atas
  • pembelian

Kad Perniagaan MAS AMEX
MAS Enrich Mile dengan lebih cepat dan penjimatan atas penerbangan antarabangsa Malaysia Airlines.

Ciri-Ciri Utama

  • 10,000 Bonus Enrich Miles
  • 5% penjimatan atas penerbangan antarabangsa
  • Sehingga 50 hari tanpa faedah atas pembelian
  • 2 Enrich Miles bagi setiap RM5 yang dibelanjakan di luar negara dan 1 Enrich Mile bagi setiap RM5 bagi perbelanjaan di dalam negara

Insurans Bagi Pihak Utama

Pihak utama terdiri daripada

1. Jurujual
Sekiranya tanpa mereka, keuntungan perniagaan akan terjejas, jadi lebih sukar untuk menarik pelanggan baru

2. Pakar Teknikal
Tanpa pihak ini produk mungkin kurang sempurna, tidak dapat memenuhi keperluan pelanggan dan pembangunan produk baru terhalang

3.Pengarah/Pengurus(Mungkin juga pemilik perniagaan)
Tanpa pihak ini, terdapat implikasi yang teruk bagi perniagaan kerana pihak inilah yang mencipta wawasan, misi dan hala tuju perniagaan.

Dapatkan pelan perlindungan


Hubungi Penasihat Kewangan Peribadi kami yang akan membantu anda dalam membuat keputusan untuk melindungi perniagaan anda.

Pinjaman & Pembiayaan

SME Clean Loan/Financing-i
Direka bentuk untuk meningkatkan modal kerja syarikat anda dengan menyediakan tunai segera tanpa cagaran, jadi anda tidak terlepas mana-mana peluang perniagaan.

Ciri-Ciri Utama

  • Tanpa cagaran
  • Kelulusan segera
  • Tiada yuran penyelesaian awal

Semoga info berkenaan Maybank2u Business ini dapat memberi mafaat kepada anda. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai SME First Account, anda boleh Layari www.maybank.com.my dan untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri akaun semasa, sila rujuk ke www.bankinginfo.com.my

sumber:

https://www.maybank2u.com.my/WebBank/SME-First_brochure.pdf

error: Content is protected !!