Maybelline Baby Lips , produk pelembap atau balsem bibir yang sangat popular dijadikan rutin harian dikalangan wanita di malaysia .
Produk ini berfungsi membantu bibir anda tampak lebih lembap, sihat dan segar. Bukan sekadar cantik, malahan solekan gincu ini mampu bertahan lama pada bibir anda .
Produk ini sangat sempurna kerana mampu memperbaiki warna dan kulit bibir anda . Percaya atau tidak?
Jom kenal produk ini dengan terperinci!
Faedah dan kebaikan Maybelline Baby Lips.
Maybelline New York memperkenalkan produk kecantikan baru iaitu Baby Lips . Produk yang mampu meningkatkan keterampilan warna bibir anda dengan pelbagai warna yang nampak natural.
Antara Faedah dan kebaikan produk ini:
- Rawatan klinikal untuk bibir selembut bayi. Formula eksklusif melembapkan dan melindungi bibir selama 8jam penuh. Selepas satu minggu, bibir kelihatan baru diperbaharui.
- 88% mengalami bibir lebih licin
- 83% mengalami bibir yang lebih cantik
- 82% mengalami bibir yang lembap
- 70% mengalami bibir lebih lembut
Polybutene, Octyldodecanol, Isopropyl Myristate, Ethylhexyl Methroxycinnamate, Ozokerite, Petrolatum, Diisostearyl Malate, Trimethylpropane Triisosterate, Polyethylene, Ceresin, Ethylhexyl Salicylate, Silica Dimethyl Silylate, Candellila Cera / Candellila Wax, Citric Acid, Tocopheryl Acetate, Jojoba Esters, Polyglyceryl-2 Triisostearate, Bht, Bisabolol, Ethylhexyl Palmitate, Dipalmitoyl Hydroxyproline, Carthamus Tinctorius Oil / Safflower Seed Oil, Hydrated Silica, Aluminium Hydroxide, Irvingia Garbonensis Kernel Butter, Tribehenin, Vaccinium Angustifolium (Blueberry) Fruit Extract, Methicone, Hydrogenated Coco-Glycerides, Luffa Cylindrica / Luffa Cylindrica Seed Oil, Sorbitan Isostearate, Palmotoyl Oligopeptide, Perfum / Fragrance,[+/- May Contain Ci 77891 / Titanium Dioxide, Ci 45830 / Red 21, Ci 19140 / Yellow 5 Lake](F.I.L. B46274/1)
Bagaimana Maybelline Baby Lips berfungsi
Basahkan bibir anda dengan Maybelline Baby Lips . Produk yang tidak pernah mengecewakan pengguna produk ini direka untuk memastikan bibir sentiasa dilindungi dan dilembapkan.
Selain itu, lip balm ini mampu menghidrat dan memperbaharui bibir. hasilnya, bibir anda akan lembut dan lembap sepanjang hari.
Cara penggunaan Maybelline Baby Lips
Langkah 1:
Sapukan gincu ke bahagian tengah bibir atas anda dan ikuti kontur mulut anda.
Langkah 2:
Luncurkan dan leretkan gincu ke seluruh kawasan bibir bawah.
Langkah 3:
Ia boleh pakai macam itu sahaja atau beserta gincu atau lip gloss.
Faktor menyebabkan ramai pengguna mahu membeli
Penggunaan Maybelline Baby Lips adalah produk revolusi baru pada wanita yang mempunyai masalah bibir kering . Produk yang hebat dilengkapi boleh melembutkan bibir seperti kulit bayi.
Berubah warna
Lip balm putih berubah warna apabila digunakan pada bibir. Berubah menjadi warna bibir yang unik .
Menghidrat
Menghidrat dan melembapkan bibir untuk menjadikannya lembut dan sedap
Tahan lama
Maybelline Baby Lips memberikan 8 jam penghidratan dan memperbaiki bibir selepas satu minggu.
2 warna pilihan wanita Malaysia
Terdapat dalam 2 warna lip balm yang sesuai untuk warna bibir wanita Malaysia iaitu pink dan peach.
Tip penggunaan lip balm .
Sapukan Lip Balm Pada Waktu Malam Sebelum Tidur adalah waktu yang paling tepat dan sesuai.
Pada waktu malam, kebiasaan majoriti tidur dengan mulut terbuka. Ia menyebabkan bibir mereka kering.
Kajian mendapati bahawa jika anda menggunakan lip balm sebelum tidur, anda akan bangun dengan bibir yang lebih lembut dan lembap. Anda boleh praktikkan tip ini di rumah.
Bahan-bahan Lip Balm Yang Harus Dielakkan mengikut dermatologi
1.Elakkan lip balm yang mengandungi mentol, kapur barus, fenol atau alkohol kerana bahan tersebut boleh merosakkan kulit bibir.
2.Cari bahan yang di campur seperti gliserin, minyak mineral, aloe, asid laktik atau sorbita untuk membantu meningkatkan kelembapan pada bibir tanpa iritasi.
3.Bebas wangian (kayu manis) dan paraben (Methylparaben dan Butylpharaben) kerana boleh menyebabkan iritasi pada bibir dan kesan kepada kesihatan kulit.
4. SPF 15 atau lebih tinggi amat disyorkan kerana kulit bibir juga memerlukan sedikit bantuan tambahan untuk menyekat sinar matahari yang berbahaya.
Penutup
Hanya leretkan sahaja pada bibir anda. Cukup sahaja dengan kehadiran Maybelline Baby Lips untuk membantu meningkatkan keterampilan warna dan kelembapan pada bibir anda.
Selain itu, anda juga boleh mencuba pelbagai produk Maybelline yang lain secara percuma tanpa perlu walk in , hanya klik maybelline’s virtual try-on tool . Platform ini anda boleh bebas untuk mencari produk yang sesuai dengan muka anda .