Now Reading
Mee Bandung Muar Asli Anda Mesti Cuba!

Mee Bandung Muar Asli Anda Mesti Cuba!

Mee Bandung Muar

Mee Bandung Muar atau lebih dikenali dengan nama Mee Bandung adalah merupakan salah satu hidangan utama berasaskan mi yang popular di Malaysia. Resepi asalnya berasal dari Muar Johor.

Hidangan ini memang istimewa kerana memiliki rasa kuah yang pedas serta ditemani cebisan telur, daging dan beberapa sayuran hiasan lain.

‘Bandung’ di namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti ‘berganda’, ‘berkembar’ atau ‘berpasangan’ di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. ‘Sirap Bandung’ adalah minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros atau ‘Rumah Berbandung’ adalah rumah berkembar (semi-D). Manakala, daerah Johor ini merupakan asal usul dimana bermulanya Mee Bandung diketahui dan dikenali ramai .

Mee Bandung adalah masakan yang menggandingkan bahan utamanya iaitu mee kuning dengan telur -ditambah pula dengan sira kuah pekat yang dibuat daripada ramuan cili, tumisan bawang harum bersama rempah ratus, belacan serta udang kering. Memang ‘cun’ rasanya!

Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai ‘Mee Bandung Muar,’ yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia, termasuk negara jiran Singapura, namun adalah diakui dan diketahui umum Mee Bandung asli yang berasal dari Muar bukan dari Bandung Indonesia.

Jom, kita cuba resepi ini. Ini kerana resepi ini agak istimewa kerana mempunyai bahan rahsia yang boleh menyedapkan mi anda. Ini boleh meyebabkan kamu tidak berhenti makan dan mengundang nafsu makan. Daging dan udang yang segar digunakan untuk direbus boleh menghasilkan rasa manis pada kuahnya.

Bahan-Bahan:

  • Mi kuning 1 paket
  • Cili kering 8-10 tangkai
  • Bawang merah 3 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Udang kering 2 sudu besar
  • Udang 200g
  • Daging 200g
  • Stok daging 3 cawan
  • Sayur sawi 4 tangkai
  • Sayur kubus
  • Telur 2 biji
  • Garam dan gula

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Rebus udang kering dengan cawan air.
  2. Kisarkan cili kering, bawang putih, bawang merah, udang kering bersama dengan air rebusan udang kering.
  3. Tumis bahan kisar dengan minyak panas.
  4. Campurkan batang sawi, sos tiram, udang dan daging. Masukkan stok daging dan kacau semua bahan.
  5. Kemudian, masukkan sayur sawi dan kubis dengan bancuhan tepung jagung.
  6. Masak kuah sehingga mendidih dan tuangkan ke atas mee.

SUMBER

https://thecookingjar.com/shrimp-noodles-mee-bandung/

https://www.tasteatlas.com/mee-bandung

error: Content is protected !!