Mee kari merupakan salah satu makanan bersup yang sangat digemari oleh orang ramai lagi lagi kalau ianya ialah mee kari segera. Juadah ini sedap dimakan terutamanya pada hari hujan kerana perasaannya yang sedikit hangat yang boleh membuatkan anda rasa selesa.
Kami di Ceria Sihat akan mengajar anda cara-cara untuk memasak mee kari yang bukan sahaja senang tetapi juga sedap. Mee kari ini lebih sihat berbanding yang biasannya dimakan kerana kami menggunakan mee konjac.
Bahan-Bahan:
- 1 kg mee kuning
- 500 gram ayam, potong kecil
- 1 kg kerang, rebus dan ambil isi
- 300 gram udang, buang kulit
- 2 cawan air rebusan dari kulit udang yg dibuang
- 10-15 biji bebola ikan (fish ball)
- 3 keping kek ikan (fish cake)
- 4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
- 2 keping asam gelugor
- 1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus
- 2 cawan santan pekat
- 2 cawan santan cair
- (boleh digantikan dengan santan kotak)
- Bahan untuk rempah tumis:
- 1 batang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 2 tangkai daun kari
- Bahan untuk kisar halus:
- 6 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai, hiris nipis
- 10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
- 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.
- Bahan untuk hiasan:
- 4 biji telur rebus, potong dua
- 2 tangkai sawi, potong dan rebus
- bawang goreng
- limau kasturi, potong dua
- taugeh
- daun bawang
- cili merah
- tauhu kering goreng
- *saya rebus udang dan letak sebagai hiasan istimewa
Cara Penyediaan:
- Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
- Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
- Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Tips:
- 1.Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam.
- 2.Boleh juga gunakan santan kotak (1 kotak) dan campurkan sedikit air untuk kuah.
Toshiba Blender
RM135.00
2 kelajuan dengan fungsi nadi (pulse). Bilah yang boleh ditanggal untuk pembersihan yang mudah. Kaki anti slip yang boleh ditanggalkan untuk kawalan yang stabil. Kuasa motor luar biasanya memberikan hasil selembut sutera namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.
Mortar And Pestle Set
RM48.00
Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama,
Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan dan satu lagi memegang alat penumbuk. Dengan menekan alat penumbuk ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain. Ini adalah alat yang sesuai untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun.