Now Reading
Melanotan – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi Dan Dos

Melanotan – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi Dan Dos

melanotan

Melanotan adalah bahan kimia buatan makmal. Ia serupa dengan hormon yang terdapat di dalam badan. Ia pada mulanya dibuat sebagai ubat untuk membantu merawat keadaan kulit tertentu.

Selain itu, ubat ini disuntik untuk menghasilkan ereksi pada lelaki dengan disfungsi erektil, mengelapkan kulit dan menghalang kanser kulit yang disebabkan terdedah pada matahari. Ia juga dijual melalui internet sebagai makanan tambahan dan biasanya digunakan untuk menggelapkan kulit.

Terdapat juga keraguan bahawa ia mungkin tidak selamat ketika digunakan sebagai suntikan di bawah kulit.

Kegunaan Melanotan

Ubat ini serupa dengan zat dalam tubuh kita, yang disebut “hormon perangsang melanosit”. Hormon ini meningkatkan penghasilan pigmen yang menggelapkan kulit. Ia juga mungkin berfungsi di otak untuk merangsang ereksi zakar.

Namun begitu, tiada kajian yang cukup tentang bagaimana melanotan berfungsi. Berbincanglah dengan doktor anda untuk informasi lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Terdapat dua bentuk suntikan iaitu melanotan I (afamelanotide) dan melanotan II. Jenis I tahan lebih lama di dalam tubuh badan berbanding jenis II sebelum diurai oleh enzim.

Hormon perangsang alfa-melanosit akan direplikakan di dalam badan kemudian menyebabkan reseptor melanokortin merangsang penghasilan pigmen melanin pada sel kulit.

Apabila sel kulit menghasilkan lebih banyak melanin, kulit anda akan kelihatan lebih gelap.

Langkah Penjagaan dan Amaran Penggunaan Melanotan

Kehamilan dan penyusuan susu: Tidak ada maklumat yang cukup dipercayai untuk mengetahui adakah ia selamat diambil ketika hamil atau menyusui. Elakkan penggunaannya untuk berwaspada daripada mengalami kesan sampingannya.

Pengambilan ubat lain : Bertanyalah pada doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil ubat lain yang mungkin dibeli tanpa preskripsi.

Alergi : Jika anda alergi terhadap apa-apa bahan di dalam ubat ini, ubat lain atau produk herba, dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi anda.

Masalah / Gangguan / Keadaan Kesihatan : Maklumkan pada doktor atau ahli farmasi jika anda mempunyai sebarang masalah, gangguan atau keadaan kesihatan.

Kesan Sampingan Melanotan

Apabila diberikan sebagai suntikan, ia mungkin tidak selamat bagi sesetangah golongan tertentu. Ia boleh menyebabkan rasa mual, sakit perut, penurunan selera makan, kemerahan, keletihan, rasa mengantuk, kulit gelap, ereksi spontan pada zakar, dan kesan sampingan yang lain.

Bagi beberapa individu, terutama yang memiliki kulit cerah, perubahan bentuk tahi lalat, tahi lalat baru, dan barah kulit, berlaku pada mereka yang menggunakannya.

Jika disembur di hidung, tidak ada maklumat yang cukup dipercayai untuk mengetahui sama ada ia selamat atau apa kesan sampingannya.

Tidak semua individu mengalami kesan sampingan yang tersenarai. Jika anda mengalami sebarang kesan sampingan yang tidak tersenarai, beritahu doktor anda dengan segera.Penggunaan melanotan mungkin berkaitan dengan keadaan ini. Lebih banyak kajian diperlukan sebelum penyelidik dapat menyimpulkan bahawa melanotan menjadi punca keadaan ini.

Bagi masalah disfungsi erektil, kajian kes pada tahun 2019, seorang lelaki mengalami priapism akut selepas menyuntik diri sendiri dengan melanotan. Kemudian dikejarkan ke hospital namun keadaannya tidak memerlukan pembedahan. Selepas 4 minggu pemeriksaan susulan, lelaki tersebut masih tidak sembuh daripada disfungsi erektil.

Seterusnya, bagi kes kegagalan buah pinggang, berdasarkan kajian semula 2020, melanotan berkait dengan kemungkinan keadaan yang boleh mengancam nyawa dipanggil infarksi buah pinggang.

Kontraindikasi Melanotan

Ubat ini mungkin berinteraksi dengan apa-apa ubat yang anda ambil atau apa-apa keadaan kesihatan anda. Kami tidak mempunyai maklumat untuk kontraindikasi melanotan.

Rujuk doktor anda sebelum mengambil ubat ini bagi mengelakkan kesan sampingan serius yang tidak diingini.

Interaksi Melanotan

Kami tidak mempunyai maklumat untuk interaksi melanotan. Rujuk doktor anda untuk maklumat lebih lanjut.

Dos Melanotan

Dos berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

DENGAN SUNTIKAN DI BAWAH KULIT:

Untuk disfungsi ereksi (ED): dos melanotan biasa ialah 0.025 mg / kg.

Sumber:

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-884/melanotan#:~:text=Melanotan%20is%20a%20lab%2Dmade,commonly%20used%20for%20skin%20tanning

https://hellodoktor.com/drugs-herbals/herbals/melanotan-ii/#gref

https://www.healthline.com/health/tanning-injections#is-it-legal

error: Content is protected !!