Now Reading
Semua Tentang Bacaan Tekanan Darah Anda Perlu Tahu.

Semua Tentang Bacaan Tekanan Darah Anda Perlu Tahu.

Memahami Bacaan Tekanan Darah

Kaedah yang perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada anda mempunyai tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah dengan memeriksa tekanan darah anda. Memahami hasil pemeriksaan bacaan tekanan darah merupakan kunci bagi mengawal tekanan darah tinggi.

Berikut adalah julat tekanan darah sihat dan tidak sihat.

 Sistolik mm HG (atas) Diastolik mm Hg (bawah)
NormalKurang dari 120danKurang dari 80
Tekanan Darah Tinggi Normal120 – 129danKurang dari 80
Tekanan Darah Tinggi Tahap 1130 – 139atau80 – 89
Tekanan Darah Tinggi Tahap 2140 atau lebihatau90 atau lebih
Berjumpalah dengan doktor segera sekiranya:Lebih daripada 180dan/atauLebih daripada 120

Kategori tekanan darah

1. Normal

Tekanan darah yang kurang daripada 120/80 mmHg dianggap berada dalam julat normal. Sekiranya hasil anda termasuk dalam kategori ini, kekalkan gaya hidup sihat seperti mengikuti diet seimbang dan bersenam secara berkala.

2. Tekanan darah tinggi normal

Tekanan darah tinggi normal mempunyai julat bacaan antara 120 – 129 sistolik dan kurang daripada 80 mmHg diastolik. Individu yang mempunyai tekanan darah tinggi normal cenderung mendapat risiko tekanan darah tinggi melainkan mereka mengambil langkah sepatutnya untuk mengawal tekanan darah mereka.

3. Tekanan darah tinggi tahap 1

Tekanan darah tinggi tahap 1 berada di julat 130 – 139 sistolij atau 80 – 89 mmHg diastoli. Pada tahap ini, doktor akan mengesyorkan perubahan gaya hidup dan mempertimbangkan untuk menambah ubat-ubatan tekanan darah tinggi berdasarkan risiko penyakit kardiovaskular artherosclerotic seperti sakit jantung atau strok.

4. Tekanan darah tinggi tahap 2

Tekanan darah tinggi tahap 2 adalah apabila tekanan darah mempunyai julat 140/90 mmHg atau lebih tinggi. Pada tahap ini, doktor akan mengesyorkan gabungan ubat-ubatan tekanan darah dan perubahan gaya hidup.

5. Tekanan darah tinggi tahap 2 atau krisis hipertensi

Tahap tekanan darah tinggi ini memerlukan perhatian perubatan. Sekiranya bacaan tekanan darah anda melebihi 180/12 mmHg secara tiba-tiba, tunggu selama 5 minit dan uji tekanan darah anda semula. Jika tekanan darah anda masih tinggi, jumpalah doktor segera. Anda mungkin mengalama krisis hipertensi.

Sekiranya tekanan darah anda melebihi 180/120 mmHg dan anda mengalami tanda-tanda kerosakan organ dalaman seperti sakit dada, sesak nafas, sakit belakang, kebas, penglihatan berubah atau kesukaran bercakao, jangan tunggu dan telefon ambulans segera.

Tekanan darah dan maksudnya

Secara umum, tekanan darah direkodkan dengan dua nombor:

  • Sistolik (nombor atas) – menentukan berapa banyak tekanan darah pada dinding arteri semasa jantung berdenyut.

  • Diastolik (nombor bawah) – menentukan berapa banyak tekanan darah pada dinding arteri semasa jantung sedang berehat di antara denyutan.

Kebiasannya, keutamaan diberikan pada nombor sistolik kerana faktor risiko penyakit kardiovaskular bagi individu berumur lebih 50 tahun. Dalam kebanyakan individu, sistolik meningkat secara stabil seiring umur oleh kerana pengerasan arteri, pengumpulan plak jangka panjang, dan peningkatan insiden penyakit kardiovaskular.

Walau bagaimanapun, peningkatan sistolik atau diastolik kedua-duanya digunakan bagi mengesan penyakit darah tinggi. Berdasarkan kajian baru-baru ini, risiko kematian daripada penyakit jantung iskemik dan strok berganda dengan setiap peningkatan sebanyak 20 mmHg sistolik atau 10 mmHg diastolik dalam kalangan individu berusia 40 – 89 tahun.

Singkatan mmHg bermaksud millimeter merkuri. Merkuri telah digunakan sewaktu pengiraan pertama tekanan dan masih digunakan dalam perubatan sehingga hari ini sebagai unit piawai pengiraan tekanan.

Sumber

https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/understanding-blood-pressure-readings

https://www.healthline.com/health/high-blood-pressure-hypertension/blood-pressure-reading-explained

https://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/guide/diastolic-and-systolic-blood-pressure-know-your-numbers#1

https://www.healthhub.sg/a-z/diseases-and-conditions/735/Understanding-Blood-Pressure-Readings

error: Content is protected !!