Secara umumnya, Coronavirus berisiko bahaya pesakit kencing manis kerana individu ini mudah terdedah pada penyebaran COVID-19.
Kencing manis adalah penyakit yang agak rumit. Ia terdiri daripada beberapa jenis yang berbeza dan banyak kaedah rawatan khas. Pada tahun 2017, seramai 463 million orang direkodkan menghidap kencing manis di serata dunia. Bagi pesakit kencing manis, keupayaan badan mereka untuk menghasilkan insulin terganggu atau badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin langsung.
Seramai 10% orang di dunia menghidap kencing manis jenis 1. Jenis ini tidak menghasilkan insulin langsung dan pesakit perlu menyuntik insulin tambahan setiap hari. Manakala, kencing manis jenis 2 pula adalah lebih umum. Ia berlaku apabila badan tidak boleh menggunakan insulin dengan betul atau menghasilkan insulin yang mencukupi. Setiap jenis kencing manis melibatkan tahap gula darah yang tinggi, justeru mengakibatkan pesakit kencing manis lebih terjejas terhadap penyakit lain termasuklah Coronavirus.
Kencing manis mempunyai pelbagai benuk rawatan khas termasuklah ubat-ubatan, senaman dan suntikan insulin. Walau bagaimanapun, mengurus masalah kencing manis tidaklah terlalu mudah seperti mengambil insulin. Pelbagai faktor memainkan peranan. Oleh sebab itulah Coronavirus bertindak dengan cara berbeza pada individu yang mempunyai kencing manis.
Keadaan ini disebabkan oleh tahap gula darah yang tinggi menahan sistem imun dalam badan. Itulah yang membuatkan keadaan pesakit kencing manis lebih terjejas (atau parah) oleh sesuatu penyakit. Sebagai contoh, dari segi penyembuhan luka, luka pada pesakit kencing manis memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh atau tidak pulih bahkan, berisiko menjadi lebih teruk.
Jadi, masalah utama yang perlu dibimbangkan oleh pesakit kencing manis adalah kesan Coronavirus ke atas keadaan diri mereka.
Penyakit kencing manis adalah punca utama kenaikan gula darah. Jika anda mempunyai kenaikan tahap gula darah yang tinggi, misalnya sebanyak 200 mg/ dL selama berbulan-bulan, sistem imun anda tidak akan bekerja dengan baik. Oleh itu, tindak balas imun badan terhadap jangkitan mungkin tertangguh atau lebih lambat.
Selain itu, Coronavirus juga berkemungkinan untuk menjejaskan sebanyak $23 billion pasaran insulin. Hal ini perlu diambil serius kerana, bekalan ubat-ubatan sangat penting bagi pesakit kencing manis untuk terus hidup.
Bagi pesakit kencing manis, apa yang anda perlu lakukan dalam keadaan pandemik sebegini adalah memastikan bekalan ubat-ubatan anda mencukupi dan lakukan yang terbaik untuk tidak jatuh sakit kerana pesakit kencing manis mungkin sukar sembuh daripada sebarang jangkitan.
Sedikit nasihat lagi bagi pesakit kencing manis di luar sana, sentiasalah dapatkan maklumat yang sahih, kekalkan tahap kesihatan anda, asingkan diri serta basuh tangan dengan kerap.
SUMBER
https://www.diabetes.org/coronavirus-covid-19/how-coronavirus-impacts-people-with-diabetes