Now Reading
Mengapa Perlunya Suntikan Vaksin Orang Dewasa?

Mengapa Perlunya Suntikan Vaksin Orang Dewasa?

suntikan vaksin orang dewasa

Suntikan vaksin orang dewasa juga perlu, bukan terhad pada kanak-kanak sahaja. Untuk elak anda sakit dan tidak dapat hadir ke tempat kerja.

Sebagai seorang dewasa, anda pasti sibuk dengan kehidupan seharian serta tanggungjawab yang banyak, namun itu bukanlah alasan untuk mengabaikan kesihatan diri sendiri. Di Malaysia, ribuan golongan dewasa menghidap penyakit serius dan dimasukkan ke hospital setiap hari kerana penyakit-penyakit yang boleh diubati lebih awal sekiranya mereka divaksin. Penyakit-penyakit ini juga boleh membawa maut kepada sesetengah individu. Justeru itu, pastikan anda divaksin sebagai perlindungan diri yang terbaik!

Kepentingan untuk suntikanvaksin masih perlu selaras dengan peningkatan usia kita. Malah, ada usia-usia tertentu yang mengharuskan anda untuk mengambil vaksin kerana vaksin yang diterima semasa kanak-kanak boleh hilang dari semasa ke semasa. Pada hari ini, lebih banyak vaksin telah wujud bagi memberi kebaikan kepada individu.

 

Berbincanglah dengan doktor anda mengenai suntikan vaksin orang dewasa mana yang sesuai.

Suntikan vaksin orang dewasa yang diperlukan mungkin berbeza berdasarkan faktor seperti usia, gaya hidup, keadaan kesihatan serta jenis vaksin yang pernah diterima sebelum ini. Sebagai seorang individu dewasa, mendapatkan vaksin sangat disyorkan sebagai perlindungan terhadap penyakit-penyakit seperti:

  • Selesema bermusim – Mereka yang berumur 6 bulan dan ke atas perlu mendapatkan suntikan vaksin jenis ini setiap tahun bagi mengurangkan risiko mendapat selesema atau menghidapi komplikasi daripada penyakit sama yang lebih serius.
  • Pertussis (batuk kokol) – Vaksin jenis Tdap (tetanus, difteria dan pertusis) adalah disyorkan kepada wanita bagi setiap kehamilan mereka dan hanya sekali sahaja buat setiap individu dewasa yang tidak pernah menerimanya sebelum ini.
  • Tetanus dan difteria – Suntikan vaksin jenis TD disyorkan diambil setiap sepuluh tahun sekali.
  • Kayap – Vaksin jenis herpes zoster disyorkan diambil oleh golongan dewasa berumur 50 tahun ke atas.
  • Penyakit pneumokokus – Dua suntikan vaksin orang dewasa pneumococcal disyorkan bagi golongan dewasa berumur 65 tahun ke atas. Bagi mereka yang berusia 65 tahun ke bawah dan mempunyai masalah kesihatan tertentu ataupun bagi yang merokok, salah satu atau kedua-dua vaksin ini juga boleh diambil.
  • Human Papilloma Virus HPV – Vaksin ini mampu mencegah kebanyakan kanser serviks jika diambil oleh golongan wanita atau kanak-kanak perempuan sebelum mereka terdedah dengan virus itu. Selain itu, vaksin ni juga berupaya untuk mencegah kanser faraj dan kanser vulva (kanser di luar kawasan kemaluan wanita) serta kanser genital dan kanser dubur pada golongan wanita dan lelaki.
  • Penyakit Meningitis – Meningitis merupakan penyakit berbahaya yang mempunyai rasa sakit atau bengkak pada lapisan otak dan saraf tunjang dan mampu mengancam nyawa individu sekiranya tidak dirawat dengan betul.
  • HepatitisSuntikan vaksin merupakan salah satu cara yang boleh dibuat bagi mencegah penyakit Hepatitis A dan Hepatitis B. Walau bagaimanapun, tiada vaksin dikenal pasti dapat merawat Hepatitis C.
  • Rubella – Vaksin jenis MMR membantu memberi perlindungan kepada individu daripada penyakit seperti demam campak (measles), beguk (mumps) dan demam campak Jerman (rubella). Namun begitu, penyakit ini secara amnya mampus menyebabkan keguguran atau kecacatan serius pada bayi yang belum lahir sekiranya ia dijangkiti oleh si ibu.

Justeru itu, mendapatkan suntikan vaksin orang dewasa adalah salah satu cara yang dapat melindungi kesihatan diri kita. Kesan sampingan daripada vaksin selalunya tidak teruk seperti rasa sakit pada tempat yang disuntik sahaja dan kesan-kesan itu akan hilang dengan sendirinya. Kesan-kesan yang teruk biasanya jarang berlaku.

Sekiranya anda ada membuat sebarang perjalanan atas urusan pekerjaan mahupun sekadar berlancong, mendapatkan vaksin boleh membantu melindungi diri anda dalam tempoh itu. Mendapatkan suntikan vaksin orang dewasa juga boleh melindungi anda daripada dijangkiti oleh penyakit yang asing di Malaysia seperti Tuberkolosis (TB) semasa anda melancong ke tempat lain.

error: Content is protected !!