Pengenalan
Metamucil adalah suplemen serat pembentuk pukal dengan sifat laksatif. Ia digunakan untuk mengatasi masalah sembelit sekali sekala atau ketidakteraturan usus. Ini juga dapat membantu menurunkan kolesterol ketika digunakan bersama dengan diet rendah kolesterol dan lemak tepu.
Kegunaan Metamucil
Ubat ini digunakan untuk merawat masalah sembelit. Ini meningkatkan jumlah besar najis anda, kesan yang membantu menyebabkan pergerakan usus. Ia juga berfungsi dengan meningkatkan jumlah air di dalam najus, menjadikan najis lebih lembut dan lebih mudah dilalui.
Psyllium, salah satu jenis laksatif pembentuk pukal, juga telah digunakan bersama dengan diet yang tepat untuk merawat kadar kolesterol tinggi.
Kesan sampingan Metamucil
Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda reaksi alergi seperti gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda.
Berhenti menggunakan Metamucil dan hubungi doktor sekaligus jika anda mempunyai:
- sembelit yang berlangsung lebih lama daripada 7 hari
- pendarahan rektum
- sakit perut yang teruk
Kesan sampingan yang biasa termasuk:
- kembung
- perubahan kecil dalam tabiat usus
Ini bukanlah senarai lengkap bagi kesan sampingan Metamucil mungkin berlaku. Hubungi doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan mengenai kesan sampingan.
Interaksi Metamucil
Metamucil dapat menyukarkan badan untuk menyerap ubatan lain secara oral dan mungkin menjadikannya kurang berkesan. Sekiranya anda mengambil ubatan oral, ambilnya 2 jam sebelum atau 2 jam selepas anda mengambil ubat ini.
Ubat-ubatan lain juga boleh mempengaruhi Metamucil, termasuk ubat-ubatan, vitamin dan produk herba yang preskripsikan atau sebaliknya. Beritahu doktor tentang semua ubat semasa anda dan sebarang ubat yang anda mulakan atau hentikan penggunaannya.
Kontraindikasi Metamucil
Anda tidak boleh mengambil Metamucil jika anda pernah mengalami reaksi alergi terhadapnya. Tanya doktor atau ahli farmasi jika Metamucil selamat digunakan sekiranya anda pernah mengalami:
- sakit perut, loya atau muntah
- masalah menelan
- perubahan mendadak dalam tabiat usus yang berlangsung lebih lama dari 2 minggu
Ubat ini mungkin mengandungi gula, sodium atau ‘phenylalanine’. Periksa label ubat jika anda menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, ‘phenylketonuria’ (PKU), atau jika anda menjalani diet rendah garam.
Metamucil dan kehamilan
Bertanyakan pada doktor sebelum menggunakan ubat ini jika anda hamil atau menyusu. Keperluan dos anda mungkin berbeza semasa mengandung atau semasa anda menyusukan bayi.
Dos Metamucil
Ambil ubat secara oral seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Sekiranya anda merawat diri sendiri, ikuti semua arahan pada pakej produk. Malah, jika anda tidak pasti mengenai maklumat tersebut, bertanyakan kepada doktor atau ahli farmasi anda. Untuk mengelakkan anda tersedak dari ubat ini, minum segelas air penuh atau cecair lain (8 ons / 240 mililiter). Sekiranya anda mengambil ‘wafer’, kunyahnya dengan teliti sebelum menelan.
Untuk bentuk serbuk pula, ukur setiap dos mengikut arahan pada label produk. Campurkan dalam segelas penuh air atau cecair lain (8 ons / 240 mililiter), kacau sepenuhnya dan minum dengan segera. Anda boleh menambahkan lebih banyak cecair ke dalam campuran jika ianya terlalu pekat. Semasa menyediakan ubat, berhati-hati untuk tidak menghirup serbuk kerana ia mungkin boleh menyebabkan reaksi alergi yang jarang berlaku.
Dos yang ditetapkan bergantung pada usia, keadaan perubatan dan tindak balas anda terhadap rawatan. Jangan tingkatkan dos anda atau ambil ubat ini lebih kerap daripada yang diarahkan.
Produk ini dapat mengurangkan penyerapan ubat lain yang mungkin anda ambil. Jadi, ambil produk ini sekurang-kurangnya 2 jam dari ubat anda yang lain. Bertanyakan pada doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.
1 hingga 3 hari mungkin diperlukan sebelum ubat ini mula berfungsi. Gunakan ubat ini secara berkala untuk mendapatkan manfaat yang maksimum. Untuk membantu anda mengingati jadual ubat, ambil pada masa yang sama setiap hari. Jangan minum ubat ini selama lebih dari 7 hari kecuali jika diarahkan oleh doktor.
Beritahu doktor jika keadaan anda berterusan atau bertambah buruk, atau sekiranya berlaku pendarahan dari rektum. Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya anda fikir bahawa anda menghadapi masalah perubatan yang serius,.
SUMBER
https://www.webmd.com/drugs/2/drug-13722/metamucil-oral/details