Now Reading
Minyak Evening Primrose (Evening Primrose Oil)

Minyak Evening Primrose (Evening Primrose Oil)

minyak evening primrose

Pengenalan

Minyak Evening Primrose (EPO) dihasilkan daripada benih bunga tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara, dan biasa diambil sebagai suplemen. Tumbuhan ini secara tradisinya digunakan untuk merawat:

• Lebam

• Buasir

• Masalah pencernaan

• Sakit tekak

Kelebihan penyembuhannya mungkin disebabkan oleh asid gamma-linolenik (GLA) yang terkandung di dalamnya. GLA adalah asid lemak omega-6 yang terdapat dalam minyak tumbuhan.

Biasanya ia diambil sebagai makanan tambahan atau digunakan secara topikal. Baca selanjutnya untuk mengetahui bagaimana EPO boleh membantu merawat pelbagai keadaan kesihatan umum.

Kegunaan Minyak Evening Primrose 

• Kerosakan saraf yang disebabkan oleh kencing manis. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan minyak Evening Primrose setiap hari selama 6-12 bulan boleh memperbaiki simptom kerosakan saraf yang disebabkan oleh kencing manis.

Osteoporosis. Mengambil minyak Evening Primrose bersama minyak ikan dan kalsium seolah-olah mengurangkan kehilangan tulang dan meningkatkan ketumpatan tulang pada orang tua yang mengalami osteoporosis.

• Asma. Beberapa kajian kecil menunjukkan bahawa mengambil sebanyak 15-20 mL atau 4-6 gram Evening Primrose setiap malam selama 16 minggu tidak memperbaiki simptom asma.

• Gangguan Perhatian defisit-hiperaktif (ADHD). Mengambil Evening Primrose, sebanyak 4 gram setiap hari selama 4-6 minggu, dilihat tidak memperbaiki simptom ADHD pada kanak-kanak. Manakala, pengambilan suplemen tertentu yang mengandungi minyak ikan dan Evening Primrose (Q eye, Equazen/Novasel) setiap hari selama 12 minggu memperbaiki beberapa simptom ADHD pada kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Tetapi adalah tidak jelas jika manfaat tersebut disebabkan oleh Evening Primrose atau minyak ikan.

• Sakit payudara (mastalgia). Penyelidikan yang berkualiti tinggi menunjukkan bahawa Evening Primrose  kurang berkesan berbanding plasebo (pil gula) untuk mengurangkan kesakitan payudara.

• Tekanan darah tinggi semasa kehamilan (pra-eklampsia). Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan Evening Primrose sewaktu hamil tidak mengurangkan tekanan darah di kalangan wanita yang menghidap tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan atau keadaan yang dipanggil pra-eklampsia. Maakala, pengambilan kombinasi antara minyak Evening Primrose dan minyak ikan semasa hamil boleh mengurangkan risiko bengkak tisu (edema). Bagaimanapun, gabungan itu tidak mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Atopic dermatitis (ekzema). Sesetengah kajian menunjukkan bahawa pengambilan Evening Primrose sebanyak 6 gram sehari secara oral selama 3-5 bulan dapat mengurangkan keparahan dan simptom ekzema pada individu dewasa dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kajian lain menunjukkan bahawa pengambilan Evening Primrose sebanyak 6-8 gram sehari bagi individu dewasa atau 2-4 gram sehari bagi kanak-kanak selama 12-16 minggu, tidak memberi manfaat terhadap ekzema. Kajian awal lain pula menunjukkan bahawa penggunaan krim yang mengandungi Evening Primrose selama 2 minggu boleh memperbaiki simptom ekzema.

• Gangguan yang menjejaskan aliran hempedu dalam hati. Kajian awal mencadangkan bahawa mengambil sebanyak 2 gram Evening Primrose dua kali sehari selama 12 minggu boleh memperbaiki simptom kulit gatal pada segelintir individu yang mempunyai gangguan yang mempengaruhi aliran hempedu dalam hati. Penambahbaikan seolah-olah berlaku dalam tempoh 1-2 minggu selepas memulakan rawatan.

• Sindrom kelesuan kronik (CFS – Chronic Fatigue Syndrome). Satu kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan kombinasi spesifik antara Evening Primrose dan minyak ikan mungkin mengurangkan simptom seperti CFS yang berlaku selepas jangkitan virus. Walau bagaimanapun, dalam kajian lain pada individu yang telah disahkan mengidap CFS, produk yang sama tidak menunjukkan kesan yang lebih baik berbanding plasebo (pil gula).

 Kencing manis. Kajian awal mencadangkan bahawa pengambilan produk yang mengandungi minyak evening primrose dan vitamin D boleh mengurangkan kadar gula darah dan insulin darah pada wanita hamil dengan kencing manis dan masalah kekurangan vitamin D. Namun, adalah tidak jelas jika perubahan ini berpunca dari minyak Evening Primrose , vitamin D, atau kedua-dua kombinasi bahan ini.

• Kerosakan saraf yang disebabkan oleh kencing manis. Satu kajian menunjukkan bahawa pengambilan sehingga 6 gram dos Evening Primrose setiap hari selama 12 bulan boleh memperbaiki fungsi saraf pada individu yang mengalami kerosakan saraf yang disebabkan oleh kencing manis. Kajian lain pula menunjukkan bahawa pengmabilan  Evening Primrose dalam jumlah yang sama tidak memperbaiki fungsi saraf bagi individu dengan keadaan tersebut.

• Mata kering. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan produk Evening Primrose sebanyak  3 gram setiap hari selama 6 bulan memperbaiki simptom mata kering pada wanita yang memakai kanta sentuh lembut.

Disleksia. Satu kajian awal menunjukkan bahawa kombinasi Evening Primrose, minyak tuna, dan vitamin E selama 5 bulan dapat meningkatkan kemahiran membaca dan pembelajaran pada kanak-kanak dengan disleksia.

• Penyelarasan dan pergerakan masalah (dyspraxia). Satu kajian awal menunjukkan bahawa mengambil kombinasi Evening Primrose , minyak ikan, minyak thyme dan vitamin E selama 4 bulan dapat meningkatkan kemahiran motor pada kanak-kanak dengan dyspraxia.

Hepatitis B. Kajian awal menunjukkan bahawa mengambil Evening Primrose sebanyak 4 gram sehari selama 12 bulan tidak memperbaiki kerosakan hati pada individu dengan hepatitis B.

• Kolesterol tinggi. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa pengambilan Evening Primrose boleh mengurangkan jumlah kolesterol dan lemak dalam darah yang dipanggil trigliserida sambil meningkatkan tahap kolesterol baik (HDL). Walau bagaimanapun, dalam kajian lain ia tidak menunjukkan kesan tersebut.

• Gangguan kulit yang dicirikan oleh kulit kering, bersisik, atau menebal (ichthyosis). Kajian awal mencadangkan bahawa pengambilan evening primrose sebanyak 3 gram sehari bagi individu dewasa atau 2 gram sehari bagi kanak-kanak, tidak memperbaiki simptom ichthyosis.

Perkembangan bayi. Sesetengah kajian awal menunjukkan bahawa dengan menambah Evening Primrose dan minyak ikan ke dalam susu formula bayi mungkin boleh menyediakan jenis lemak yang lebih hampir dengan susu ibu. Dalam satu kajian, bayi yang diberi susu formula ini memiliki penglihatan yang lebih baik berbanding bayi yang diberi susu formula biasa. Tetapi kesan tersebut kurang berkesan berbanding susu ibu. Namun, adalah tidak jelas jika manfaat tersebut diperoleh daripada Evening Primrose atau minyak ikan.

Kanser hati. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan sebanyak 18 gram Evening Primrose setiap hari tidak menjejaskan saiz hati atau kelangsungan hidup dalam kalangan individu yang menghidap kanser hati.

Ruam Panas dan berpeluh malam kerana menopaus. Dalam kebanyakan kajian, pengambilan Evening Primrose  sehingga 4 gram setiap hari selama 6 bulan tidak mengurangkan ruam panas atau berpeluh malam berbanding plasebo (pil gula). Walau bagaimanapun, dalam satu kajian, kombinasi Everning Primrose, damiana, ginseng, dan Royal Jelly dilihat boleh memperbaiki penilaian simptom menopaus.

Sklerosis Berbilang (MS). Beberapa kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan Evening Primrose selama 6 bulan boleh meningkatkan skor kecacatan di sesetengah individu dengan Sklerosis Berbilang. Walau bagaimanapun, kajian lain menunjukkan bahawa menggunakan produk Evening Primrose selama 2 tahun boleh meningkatkan kemungkinan simptom yang lebih buruk berbanding penggunaan plasebo (pil gula).

• Obesiti. Kajian awal menunjukkan bahawa mengambil sebanyak 4.8 gram Evening Primrose setiap hari selama 12 minggu tidak menurunkan berat badan seperti yang boleh dicapai dengan diet pengurangan kalori dalam kalangan wanita gemuk.

Ketumpatan mineral tulang yang rendah (osteopenia). Kajian menunjukkan bahawa pengambilan produk tertentu yang mengandungi Evening Primrose, kalsium, dan minyak ikan tidak meningkatkan ketumpatan mineral tulang berbanding penggunaan kalsium sahaja dalam kalangan wanita yang sihat.

Melahirkan anak. Penyelidikan yang menilai manfaat Evening Primrose dalam mempermudahkan kelahiran telah menunjukkan hasil yang bercanggah. Satu kajian menunjukkan bahawa pengambilan Evening Primrose selama satu minggu sebelum melahirkan anak meningkatkan kemungkinan melahirkan bayi secara normal. Walau bagaimanapun, satu lagi kajian tidak menunjukkan kesan tersebut. Malah, kajian awal lain menunjukkan bahawa pengambilan Evening Primrose sejak minggu ke-37 kehamilan sehinggalah kelahiran tidak mempermudahkan kelahiran. Malah, ia mungkin memanjangkan tempoh kelahiran dan meningkatkan keperluan untuk mengambil ubat penguncupan (oxytocin).

Psoriasis Plak. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan kombinasi Evening Primrose dan minyak ikan selama 7 bulan tidak memperbaiki keadaan psoriasis plak buat jangka panjang.

Sindrom Pramenstruasi (PMS). Penyelidikan yang menilai Evening Primrose akan kesannya terhadap PMS menunjukkan hasil yang bercanggah. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa mengambil sebanyak 4 gram Evening Primrose setiap hari selama 3 bulan, atau 3 gram setiap hari dari hari ke 15 hingga hari akhir kitaran haid (selama 4 kitaran), boleh memperbaiki simptom PMS. Walau bagaimanapun, kajian lain yang menggunakan sehingga 6 gram Evening Primrose setiap hari sehingga 4 kitaran haid, tidak menunjukkan sebarang faedah.

Gangguan ovari yang dikenali sebagai sindrom ovarium polikistik (PCOS). Kajian awal mencadangkan bahawa pengambilan produk yang mengandungi minyak Evening Primrose dan vitamin D boleh meningkatkan tahap darah kolesterol dalam kalangan wanita dengan PCOS dan kekurangan vitamin D. Namun, adalah tidak jelas jika perubahan ini berkaku akibat minyak Evening Primrose, vitamin D, atau kedua-dua ramuan ini sekaligus.

• Arthritis dalam kalangan individu dengan psoriasis (artritis psoriatik). Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan produk yang mengandungi Evening Primrose dan minyak ikan tidak memperbaiki keadaan kulit atau simptom sendi pada individu dengan arthritis psoriatik.

Sindrom Raynaud. Sindrom Raynaud adalah keadaan di mana seseorang mengalami penyekatan aliran darah sebagai tindak balas terhadap keadaan sejuk atau tekanan. Kajian awal mencadangkan bahawa mengambil sebanyak 6 gram Evening Primrose setiap hari selama 10 minggu boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya ulser. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat memperbaiki suhu pada jari-jemari atau memulihkan kekejangan saluran darah yang disebabkan oleh kesejukan.

Reumatoid arthritis (RA). Satu kajian awal mencadangkan bahawa pengambilan sebanyak 6 gram Evening Primrose sehari selama 12 bulan boleh memperbaiki simptom RA. Walau bagaimanapun, kajian lain telah menemui Evening Primrose kurang berkesan berbanding plasebo (pil gula).

Skizofrenia. Penyelidikan yang menilai Evening Primrose dalam kes skizofrenia menunjukkan hasil yang bercanggah. Satu kajian awal menunjukkan bahawa mengambil 6 gram Evening Primrose setiap hari selama 16 minggu boleh meningkatkan skor pada skala penarafan psikologi. Walau bagaimanapun, kajian lain menunjukkan bahawa mengambil 4 gram Evening Primrose sehari selama 2-4 bulan tidak memberi manfaat kepada individu yang menghidap skizofrenia jangka panjang dan teruk.

• Sindrom Sjogren. Kajian awal mencadangkan bahawa mengambil Evening Primrose selama 8-10 minggu tidak memperbaiki simptom kekeringan mata dan mulut dalam kalangan individu dengan sindrom Sjogren.

Dyskinesia tardive. Penyelidikan awal mencadangkan bahawa pengambilan sebanyak 6 gram Evening Primrose sehari selama 6-16 minggu tidak memperbaiki masalah dyskinesia tardive yang berpunca dari penggunaan ubat psikiatrik dalam kalangan individu yang menghidap skizofrenia.

Kolitis Ulseratif. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan Evening Primrose dengan minyak borage memperbaiki konsistensi najis, tetapi ia tidak memberi kesan kepada simptom-simptom lain dalam penyakit tersebut.

Ketuat air. Penyelidikan awal pada kanak-kanak menunjukkan bahawa meletakkan minyak Evening Primrose bagi merawat ketuat air pada kulit selama 3 bulan mungkin boleh menghilangkan lecet dengan lebih cepat berbanding tidak meletakkan sebarang ubat.

Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai Evening Primrose untuk kegunaan ini:

Penyakit Alzheimer.

Penyakit jantung.

• Sebab-sebab lain.

Kesan Sampingan Minyak Evening Primrose 

Evening Primrose adalah SELAMAT bagi kebanyakan individu apabila digunakan dalam dos sehingga 6 gram setiap hari selama satu tahun. Sekiranya diambil secara oral, kadangkala ia boleh menyebabkan kesan sampingan ringan seperti sakit perut, mual, cirit-birit, dan sakit kepala.

Kehamilan dan penyusuan bayi: Pengambilan Evening Primrose secara oral adalah SELAMAT semasa mengandung. Mengambil sehingga 4 gram setiap hari selama 10 minggu semasa kehamilan didapati SELAMAT. Tetapi sehingga kajian tersebut disahkan oleh kajian tambahan, cara yang terbaik adalah untuk anda berada di sisi yang selamat dan mengelakkan penggunaannya. Ini kerana, Evening Primrose semasa kehamilan mungkin menjejaskan keadaan anda, tambahan lagi pada saat akhir kehamilan.

Pengambilan minyak Evening Primrose SANGAT SELAMAT semasa menyusu bayi, tetapi anda disyorkan untuk memeriksa dengan penyedia penjagaan kesihatan anda terlebih dahulu.

  • Gangguan pendarahan: Terdapat kebimbangan bahawa Evening Primrose mungkin meningkatkan risiko lebam dan pendarahan. Jadi, jangan gunakan jika anda mengalami masalah pendarahan.
  • Epilepsi atau gangguan sawan lain: Terdapat kebimbangan bahawa pengambilan Evening Primrose mungkin membuatkan epilepsi atau sawan menjadi lebih kerap dalam kalangan sesetengah individu.
  • Skizofrenia: Simptom kekejangan telah dilaporkan dialami oleh pesakit skizofrenia yang dirawat dengan ubat phenothiazine, GLA (bahan kimia yang terkandung dalam minyak Evening Primrose), dan vitamin E. Sebaiknya, dapatkan nasihat pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil Evening Primrose.
  • Pembedahan: Evening Primrose mungkin meningkatkan risiko pendarahan semasa atau selepas pembedahan. Berhenti menggunakan produk terbabit sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Interaksi Minyak Evening Primrose

Ubat-ubatan yang memperlahankan pembekuan darah (ubat Antikoagulan/Antiplatelet) berinteraksi dengan MINYAK EVENING PRIMROSE 

Minyak Evening Primrose mungkin melambatkan pembekuan darah. Justeru itu, mengambil minyak Evening Primrose bersama ubat-ubatan yang turut memperlahakan pembekuan darah mungkin meningkatkan risiko lebam dan pendarahan. Segelintir ubat yang melambatkan pembekuan darah termasuk aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin , lain-lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, yang lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

Ubat-ubatan yang digunakan semasa pembedahan (Anesthesia) berinteraksi dengan MINYAK EVENING PRIMROSE 

Minyak Evening Primrose mungkin berinteraksi dengan ubat-ubatan yang digunakan semasa pembedahan. Tetapi tiada maklumat yang cukup untuk mengetahui sama ada minyak Evening Primrose atau ubat-ubatan lain menyebabkan gangguan seperti sawan. Pastikan anda memberitahu doktor tentang semua ubat atau suplemen yang anda ambil sebelum menjalani pembedahan. Seeloknya, anda harus berhenti mengambil minyak Evening Primrose sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan.

Phenothiazines berinteraksi dengan MINYAK EVENING PRIMROSE 

Beberapa phenothiazines termasuk chlorpromazine (Thorazine), fluphenazine (Prolixin), trifluoperazine (Stelazine), thioridazine (Mellaril), dan lain-lain.

Dos Minyak Evening Primrose

Sebagai makanan tambahan, tiada garis panduan sejagat yang tetap bagi penggunaan minyak Evening Primrose. Secara amnya, dos harian sebanyak 500 miligram dianggap selamat pada individu dewasa. Namun begiti, ramai individu boleh mengambil sehingga 1,300 miligram setiap hari tanpa mengalami sebarang kesan sampingan. Oleh kerana kekurangan penyelidikan terhadap Evening Primrose, ia seeloknya tidak digunakan bagi kanak-kanak.

Minyak Evening Primrose tersedia di kebanyakan kedai makanan kesihatan atau farmasi. Ia biasa dijual dalam bentuk gel. Minyak primrose dalam botol juga turut disediakan tetapi adalah lebih sukar untuk menentukan dos yang tepat baginya.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/evening-primrose-oil

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1006/evening-primrose-oil

https://www.verywellhealth.com/the-benefits-of-evening-primrose-oil-89561

error: Content is protected !!