Minyak lintah sangat terkenal penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita, dan juga di negara-negara jiran seperti Indonesia contohnya.
Setiap pasangan suami isteri pasti mengidamkan hubungan intim yang hangat. Bagi mencapai hasrat ini, kedua-dua pasangan perlu mengekalkan prestasi di ranjang yang terbaik. Walau bagaimanapun, kebanyakan lelaki pada zaman kini cepat tewas di ranjang.
Disebabkan itu, mereka mula menggunakan alternatif ini yang sangat popular dalam membantu menghangatkan kembali hubungan suami isteri. Ada juga yang mengatakan ia mampu membesarkan zakar.
Sejak kebelakangan ini, minyak lintah telah menjadi salah satu produk permintaan ramai tidak kira di stor jamu ataupun di stor atas talian.
Popularitinya tidak lagi dapat disangkal dan telah menjadi satu norma dalam kehidupan masyarakat Melayu di negara ini terutamanya bagi menyemarakkan lagi hubungan suami isteri. Persoalannya, apakah itu minyak lintah dan apa pula fungsinya?
Jom kita baca di bawah ini mengenai produk ini.
APA ITU MINYAK LINTAH?
Minyak lintah adalah sejenis produk untuk prestasi seks yang diperbuat daripada ekstrak lemak lintah, sejenis cacing penghisap darah yang berhabitat di kawasan perairan.
Lintah ini kemudian diproses untuk mengeluarkan minyaknya.
Ia dikatakan mengandungi Hirudo Medicalis, yang dikenali sebagai lintah perubatan yang sangat popular dalam terapi lintah untuk tujuan perubatan.
Produk ini sangat mudah digunakan, iaitu dengan hanya menyapunya pada zakar dan anda perlu urut untuk beberapa minit sebelum beraksi di ranjang.
Ekstrak lintah yang telah diproses ini kemudian dimasukkan kedalam botol-botol kecil yang mudah untuk dibawa kemana-mana dan kemudiannya di jual di pasaran atas permintaannya yang tinggi.
Kalau anda nak tahu, terdapat pelbagai jenama minyak lintah yang boleh didapati di pasaran negara kita ini.
.
KHASIAT MINYAK LINTAH
Lintah yang banyak digunakan di dalam terapi perubatan adalah daripada spesies Hiruda medicinalis, Hirudinaria granulosa, dan Macrobdella decora.
Air liur lintah-lintah ini mengandungi lebih dari 20 zat bioaktif yang berfungsi sebagai analgesik, iaitu untuk meredakan kesakitan, amempunyai sifat anti-radang, antikoagulan, iaitu mengelakkan pembekuan darah, antitumor, serta memiliki sifat antimikroba, iaitu untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.
Zat aktif pada lintah tersebut kemudian diolah dan menjadi tambahan terapi untuk:
- Penyakit darah tinggi (hipertensi)
- Varises
- Wasir (hemoroid)
- Penyakit kulit
- Radang sendi atau osteoarthritis
- Gangguan gigi
- Diabetes melitus dan komplikasinya
- Gangguan sistem kardiovasular
Satu penyelidikan menyimpulkan bahawa lintah dapat digunakan untuk mengubati penyakit priapismus, iaitu keadaan ereksi berpanjangan tanpa adanya rangsangan seksual.
Kadar keberkesanan produk ini untuk memperbesarkan dan memanjangkan zakar atau penis masih menjadi tanda tanya. Sehingga kini, masih belum ada kajian yang mampu membuktikan khasiat tersebut.
Disebabkan khasiat minyak lintah untuk membesarkan zakar masih belum terbukti secara ilmiah, ditambah pula dengan risiko dan kesan sampingan yang mungkin berlaku, maka penggunaannya untuk tujuan memperbesar penis perlu dipertimbangkan lagi.
RISIKO PENGGUNAAN MINYAK LINTAH PADA ZAKAR
Mungkin ramai yang masih menggunakan produk ini untuk menambah kepuasan seksual. Namun, ada beberapa risiko yang perlu anda tahu mengenai penggunaannya yang boleh membahayakan anda dan pasangan anda.
Berikut adalah beberapa risiko penggunaan minyak lintah pada zakar.
1. Iritasi dan alergi
Kulit anda mungkin alergi terhadap minyak lintah dan bahan-bahan kimia yang dicampurkan untuk mengawet serta menjaga kestabilan minyak. Kulit organ intim anda bersifat lebih sensitif daripada kulit bahagian tubuh yang lain.
Beberapa gejala alergi yang mungkin akan anda alami setelah menggunakan minyak ini pada zakar, antaranya adalah:
- iritasi pada kulit
- gatal-gatal,
- sensasi panas
- penis kemerahan
Apabila gejala ini berlaku dan anda teruskan penggunaan minyak lintah ini, anda mungkin mengalami infeksi atau penyakit kulit yang lebih serius
2. Jangkitan bakteria atau virus pada penis
Kebanyakan produk minyak lintah yang terdapat di pasaran tidak mendapat kelulusan KKM dan sebagainya. Akibatnya, tak ada jaminan bahawa produk yang anda beli selamat untuk kulit anda.
Jika proses dan kandungan produk tidak terjamin, maka ada risiko yang harus anda tanggung. Sebab dalam minyak tersebut terdapat kandungan berbagai jenis bakteria atau virus yang mungkin akan berpindah ke zakar anda.
Hal ini bisa meningkatkan risiko jangkitan bakteria atau virus pada alat sulit anda.
3. Jangkitan bakteria dan yis pada vagina
Selain berisiko bagi kaum lelaki, ternyata minyak ini juga berbahaya bagi wanita. Jika Anda menyapu minyak lintah pada zakar sebelum berhubungan intim, vagina pasangan anda mungkin akan ikut terdedah kepada jangkitan bakteria kesan daripada minyak tersebut.
Minyak ini memiliki struktur dan sifat yang sangat berbzaa dengan cairan ysng dihasilkan secara semula jadi oleh vagina.
Akibatnya, minyak lintah boleh mengganggu keseimbangan kadar pH pada vagina. Jika kadar pH pada vagina tidak stabil, bakteria jahat dan jangkitan yis jadi lebih mudah berkembang biak dan menyebabkan jangkitan pada vagina pasangan anda.
Kesimpulannya, setiap produk minyak lintah yang ada di pasaran sekarang menjanjikan kesan seperti dapat memanjangkan saiz zakar, dapat menambah lebar ukuran zakar dan memberi kesan tahan lama ketika berhubungan intim.
Namun begitu, produk yang tidak mempunyai apa-apa kesan yang ketara terhadap anggota kelamin anda, melainkan kesan yang buruk. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai banyak kesan sampingan yang boleh memudaratkan alat sulit anda dan pasangan anda.
Sekiranya andamempunyai masalah berkenaan alat kelamin anda, anda sewajarnya berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan pakar. Gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang juga merupakan salah satu perkara penting yang perlu diambil berat.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua yang membaca.
Sumber:
https://hellodoktor.com/kesihatan-lelaki/penjagaan-zakar/minyak-lintah/
https://www.mens-formula.com/minyak-lintah-belacak-dhab/
https://hellosehat.com/pria/penis/minyak-lintah-untuk-membesarkan-penis/
https://www.alodokter.com/minyak-lintah-untuk-pria-belum-didukung-bukti-ilmiah