Now Reading
MiraLAX (Sembelit) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

MiraLAX (Sembelit) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

MIRALAX

Pengenalan

MiraLAX adalah jenama ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi (OTC). Ia dikelaskan sebagai julap osmotik. Ia hadir sebagai serbuk tanpa rasa yang anda boleh campurkan dengan empat hingga lapan auns air, jus, atau cecair lain. Serbuk itu terdapat dalam botol atau pek satu hidangan.

Kegunaan MiraLAX

Ubat ini digunakan untuk merawat masalah sembelit yang sekali-sekala berlaku. Ia berfungsi untuk melembutkan najis dan meningkatkan jumlah pergerakan usus.

MiraLAX dikenali sebagai julap jenis osmotik. Ubat ini juga boleh didapati tanpa preskripsi doktor.

Sekiranya anda mengambil ubat ini untuk rawatan diri, pastikan anda membaca dahulu arahan pada bungkusan produk dengan teliti sehingga anda tahu bila harus berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Cara menggunakan Pek Serbuk Oral MiraLAX 17 Gram

Ambil pek ini sekali sehari, atau seperti yang diarahkan oleh doktor ataupun berpandukan arahan pada bungkusan produk.

Sekiranya anda dipreskripsikan dengan pek individu, campurkan serbuk seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi anda. Namun, jika anda menggunakan botol larutan, gunakan penutup yang disediakan untuk mengukur dos yang ditetapkan.

Campurkan serbuk dengan segelas (4-8 ons / 120-240 ml) cecair seperti air, jus, soda, kopi, atau teh. Sebelum meminum larutan, kacau serbuk sehingga ia larut sepenuhnya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, bertanyakan pada ahli farmasi anda.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan MiraLAX

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah kepada ‘polyethylene’ atau jika anda mempunyai alahan lain.

Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bercakaplah dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda, terutamanya mual / muntah / sakit perut, masalah perut / usus yang berterusan (seperti penyumbatan usus, sindrom iritasi usus), atau penyakit buah pinggang.

Berhati-hati jika warga emas menggunakan ubat ini  kerana mereka mungkin lebih sensitif terhadap kesan sampingannya, terutama sekali cirit-birit.

Semasa kehamilan pula, ubat ini hanya boleh digunakan sekiranya betul-betul diperlukan sahaja. Bincang tentang risiko dan faedah ubat ini dengan doktor anda dahulu.

Seterusnya, ia tidak diketahui sama ada ubat ini akan memberi kesan pada susu ibu atau tidak. Rujuk doktor anda sebelum menyusukan bayi.

Kesan Sampingan MiraLAX

MiraLAX boleh menyebabkan kesan sampingan ringan atau serius. Senarai berikut mengandungi beberapa kesan sampingan utama yang mungkin berlaku semasa mengambil ubat ini.

Ketahui bahawa senarai ini tidak merangkumi semua kesan sampingan yang boleh berlaku.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kesan sampingan MiraLAX lain, atau petua bagaimana untuk menangani kesan sampingannya, berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Kesan sampingan MiraLAX yang biasa berlaku termasuklah:

  • cirit-birit
  • gas (senak)
  • loya
  • sakit perut
  • kembung

Kesan sampingan ini boleh hilang dalam beberapa hari atau beberapa minggu. Sekiranya simptom menjadi lebih teruk atau tidak hilang, berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Kesan sampingan yang serius

Hubungi doktor anda sekiranya anda mempunyai kesan sampingan yang serius. Hubungi 911 jika gejala anda terasa seperti boleh mengancam nyawa atau jika anda mempunyai keadaan kecemasan.

Kesan sampingan yang serius dan simptomnya boleh merangkumi perkara berikut:

1. Dehidrasi. Cirit-birit disebabkan pengambilan MiraLAX boleh menyebabkan kehilangan cecair badan dan dehidrasi. Warga emas mempunyai risiko mendapat cirit-birit dan dehidrasi yang lebih tinggi. Gejala dehidrasi termasuklah:

  • dahaga
  • keletihan
  • pening
  • kekeliruan
  • mulut kering
  • mudah marah
  • tiada air mata ketika menangis (bagi kanak-kanak)
  • tiada lampin basah selama beberapa jam (pada kanak-kanak)

2. Reaksi alahan. Walaupun ini jarang berlaku, sesetengah orang boleh mengalami reaksi alergi terhadap MiraLAX. Dalam kes yang jarang berlaku, reaksi alergi boleh menjadi teruk dan merangkumi anafilaksis.

Gejala tindak balas alahan boleh merangkumi:

Kontraindikasi MiraLAX

MiraLAX dikontraindikasikan pada pesakit dengan:

  • penyumbatan gastrousus yang diketahui atau disyaki
  • hipersensitiviti yang diketahui terhadap ‘polyethylene glycol’

Interaksi MiraLAX

MiraLAX boleh berinteraksi dengan beberapa ubatan lain. Anda juga mungkin tertanya-tanya bagaimana ia boleh berinteraksi dengan serat dan makanan tertentu.

Senarai ini tidak mengandungi semua ubat yang boleh berinteraksi dengan MiraLAX. Interaksi ubat yang berbeza boleh menyebabkan kesan yang berbeza.

Contohnya, ada yang boleh mengganggu seberapa baik ubat berfungsi, sementara yang lain pula boleh menyebabkan peningkatan kesan sampingan.

Sebelum mengambil MiraLAX, pastikan anda memberitahu doktor dan ahli farmasi anda mengenai semua preskripsi, ubat yang dibeli di kaunter farmasi, dan ubatan lain yang anda ambil. Juga beritahu mereka mengenai vitamin, herba, dan makanan tambahan yang anda gunakan. Berkongsi maklumat ini dapat membantu anda mengelakkan sebarang interaksi yang berpotensi.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai interaksi ubat yang mungkin boleh mempengaruhi anda, bertanyakan kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Diuretik

MiraLAX dan julap lain kadangkala boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit. Diuretik tertentu juga boleh menyebabkan masalah ini.

Mengambil julap dengan diuretik boleh meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius disebabkan oleh ketidakseimbangan elektrolit, seperti kelemahan otot dan masalah degupan jantung.

Ubat oral

Anda tidak boleh mengambil ubat oral (ubat yang ditelan) selama satu jam sebelum anda menggunakan MiraLAX untuk persediaan usus sebelum kolonoskopi atau prosedur lain.

Prosedur persiapan usus MiraLAX dapat mengurangkan jumlah ubat yang diserap oleh badan anda.

Serat

Ramai orang mengambil produk serat setiap hari untuk mengelakkan sembelit atau masalah pencernaan umum. Produk serat biasanya menjadi pilihan pertama untuk mencegah dan merawat sembelit. Memandangkan serat sahaja tidak cukup untuk mencegah atau merawat sembelit, MiraLAX boleh diambil bersama sehinggalah masalah sembelit hilang.

Makanan

Serbuk MiraLAX harus ditambahkan ke dalam empat hingga lapan auns air atau cecair lain. Cecair lain ini boleh merangkumi susu atau kopi.

Susu

MiraLAX boleh dicampurkan dan diminum bersama susu. Pastikan anda mencampurkannya dengan sekurang-kurangnya empat hingga lapan auns susu.

Dalam kopi

MiraLAX boleh dicampurkan dan diminum bersama kopi. Pastikan anda mencampurkannya dengan sekurang-kurangnya empat hingga lapan auns kopi.

Dos MiraLAX

Dos MiraLAX bergantung kepada beberapa faktor. Ini termasuk:

  • faktor mengapa MiraLAX digunakan
  • umur individu yang menggunakan MiraLAX

Biasanya, anda perlu mengambil dos paling kecil untuk memberikan kesan yang diinginkan.

Maklumat berikut menerangkan dos yang biasa digunakan atau disyorkan kepada pesakit. Sekiranya anda tidak pasti mengenai dos apa yang harus digunakan, bertanyakan pada doktor atau ahli farmasi anda.

Dos untuk kanak-kanak dan bayi

Sebelum memberi MiraLAX kepada anak anda, berbincanglah dengan doktor anak anda. Mereka boleh mengesyorkan dos yang paling sesuai untuk anak anda.

Ianya adalah penting untuk berbincang dengan doktor anak anda kerana mereka mungkin ingin mengenal pasti punca yang menyebabkan sembelit anak anda.

Dos untuk orang dewasa

Dos MiraLAX untuk orang dewasa ialah 17 gram. Produk akan disertakan dengan penutup atau alat pengukur untuk membantu anda menentukan dos yang betul.

Serbuk tersebut boleh dicampurkan dan dilarutkan dalam empat hingga lapan auns air atau minuman lain dan diminum sekali sehari.

Bagaimana jika saya terlupa mengambil dos?

Sekiranya anda terlepas waktu dos, ambilnya secepat mungkin sebaik sahaja anda anda ingat. Jika sudah hampir masa untuk dos seterusnya, ambil satu dos sahaja.

Jangan ambil dua dos sekaligus meskipun anda terlupa.

Sumber:

error: Content is protected !!