Now Reading
Mual Dan Muntah (Nausea And Vomiting)

Mual Dan Muntah (Nausea And Vomiting)

mual dan muntah

Pengenalan

Mual adalah rasa tidak selesa pada perut sebelum muntah, manakala muntah pula adalah pengosongan perut secara sukarela atau sengaja, dengan cara membuang kandungan perut melalui mulut.

Penerangan

Mual dan muntah bukanlah satu penyakit, namun ia merupakan beberapa simptom daripada banyak keadaan lain seperti:

  • Mabuk laut atau mabuk pergerakan
  • Tahap awal kehamilan (mual berlaku pada kira-kira 50% hingga 90% bagi semua kehamilan; muntah pula sebanyak 25%-55%)
  • Muntah disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan tertentu
  • Kesakitan yang teruk
  • Tekanan emosi (seperti ketakutan)
  • Penyakit pundi hempedu
  • Jangkitan (seperti “selesema perut”)
  • Makan berlebihan
  • Reaksi terhadap aroma atau bau tertentu
  • Barah otak
  • Ulser
  • Beberapa bentuk kanser
  • Bulimia atau penyakit psikologi lain
  • Gastroparesis atau pengosongan perut secara perlahan (keadaan yang boleh dilihat pada orang yang menghidap kencing manis)
  • Pengambilan toksin atau alkohol yang berlebihan
  • Obesiti usus
  • Apendiks

Penyebab muntah adalah berbeza mengikut umur. Bagi kanak-kanak, muntah merupakan perkara biasa jika wujudnya jangkitan virus, keracunan makanan, alahan susu, mabuk pergerakan, makan berlebihan, batuk, atau usus tersumbat dan kana-kanak yang mengalami demam panas.

Penyebab yang berkemungkinan

Menurut DiagnosisPro, terdapat lebih daripada 700 penyebab mual dan hampir kesemuany disebabkan oleh keracunan! Ini termasuklah:

  • Mual pada waktu pagi yang juga dikenali sebagai muse gravidarum merujuk kepada mual dan muntah semasa kehamilan.

Penyebab mual selalunya disebabkan oleh masalah dalam mana-mana tiga bahagian badan ini: otak dan cecair tulang belakang, organ perut dan pelvik serta bahagian dalam telinga.

Cecair otak dan tulang belakang

Terdapat banyak penyakit dan keadaan yang berkaitan dengan cecair otak atau tulang belakang yang melibatkan simptom mual, seperti:

  • Migrain
  • Trauma di kepala
  • Tumor otak
  • Strok
  • Meningitis.

Organ-organ pinggul dan perut

Penyakit dan keadaan pelvik/ perut yang biasa berlaku dan melibatkan mual sebagai salah satu simptomnya adalah: 

  • Hepatitis
  • Pankreatitis
  • Perut tersumbat/diregangkan
  • Usus tersumbat/diregangkan
  • GERD (refluks gastroesophageal)
  • Kerengsaan perut
  • Kerengsaan lapisan usus
  • Penyakit pundi hempedu
  • Gastroenteritis yang biasanya disebabkan oleh virus
  • Sembelit
  • Haid

Masalah bahagian dalam telinga

Pesakit yang mempunyai masalah pada bahagian dalam telinga mungkin  akan mengalami simptom mual dan juga vertigo. Keadaan  ini mengakibatkan mereka berasa persekitaran di sekeliling mereka seperti sedang bergerak atau berputar. 

Selain itu:

  • Mabuk pergerakan – seperti mabuk udara, mabuk kereta, mabuk laut, mabuk kereta api, rasa ‘terhuyung-hayang’ selepas menaiki permainan  di taman tema dan menjadi seorang angkasawan dalam graviti sifar.
  • Mabuk angkasa – Bagi seorang angkasawan, semasa penyesuaian mereka kepada berat badan sifar, kira-kira separuh daripada mereka akan mengalami mual disebabkan oleh mabuk pergerakan, halusinasi visual dan tidak stabil. Keadaan ini dikenali sebagai sindrom penyesuaian angkasa atau mabuk angkasa.

Walaupun ubat-ubatan boleh didapati, NASA akan mengesyorkan golongan angkasawan supaya menunggu selama beberapa hari sehingga keadaan tersebut pulih.

  • Labyrinthitis – jangkitan bahagian dalam telinga biasanya disebabkan oleh virus. Keadaan ini menjejaskan pendengaran dan keseimbangan pesakit.
  • Vertigo kedudukan yang jinak – pesakit akan mengalami sensasi seperti sedang berputar, biasanya apabila mereka menggerakkan kepala.

Penyebab psikologi

Terdapat beberapa faktor psikologi yang boleh menyebabkan mual. Sesetengah individu mendapati bahawa mereka mengalami mual apabila mereka melihat orang lain muntah.

Sebagai contoh, pelajar perubatan mungkin mual, pening dan pengsan ketika menyaksikan demonstrasi autopsi buat kali pertama.

Malah, satu artikel dalam Penerbitan Kesihatan Harvard menerangkan bahawa kegelisahan (anxiety) adalah penyebab mual yang paling biasa termasuklah pening kepala, cirit-birit dan kerap kencing.

Penyakit/ keadaan mental berikut biasanya melibatkan simptom mual:

  • Bulimia nervosa
  • Gangguan kebimbangan umum
  • Gangguan kecemasan sosial (fobia sosial)

Bila perlu menghubungi doktor

Dalam kebanyakan kes, mual adalah simptom sementara yang akan hilang dengan sendiri. Jika mual disertai dengan muntah, jangan bimbang kerana ia bermakna tubuh badan anda cuba untuk menghilangkan perkara yang membuatkan anda berasa sakit.

Walau bagaimanapun, kadangkala mual dan muntah mungkin menjadi tanda penyakit lain atau sesuatu yang serius seperti penyumbatan atau batu karang.

Jadi, anda perlu berjumpa dengan doktor anda jika:

  • Sakit perut sangat teruk
  • Terdapat darah dalam muntah
  • Anda muntah secara berterusan selama lebih dari 24 jam
  • Anda mempunyai sakit kepala
  • Leher anda kaku atau kejang
  • Air kencing anda berwarna gelap, jarang membuang air dan mulut anda kering – ini merupakan tanda-tanda dehidrasi.

Kanak-kanak

Kanak-kanak yang mengalami mual dan muntah mempunyai risiko dehidrasi lebih tinggi berbanding individu dewasa kerana mereka biasanya tidak dapat mengesan atau menunjukkan simptom.

Sekiranya anak anda mengalami mual, muntah, bibir kering, mulut kering, mata tenggelam, bernafas dengan laju dan mempunyai denyutan jantung yang pantas, dia mungkin mengalami dehidrasi dan keadaannya harus diperiksa oleh doktor. Tanda-tanda tambahan lain termasuklah jarang kencing dan fontanelle yang tenggelam (kawasan lembut di atas kepala bayi).

Rawatan

Anda boleh melakukan beberapa cara untuk melegakan mual dan muntah, termasuklah petua di rumah dan ubat-ubatan farmasi atau preskripsi.

Rawatan sendiri untuk mual

Untuk merawat mual di rumah anda perlu:

  • Makan hanya makanan ringan seperti roti dan keropok.
  • Elakkan sebarang makanan yang mempunyai rasa yang kuat, sangat manis atau berminyak.
  • Minum air sejuk.
  • Elakkan melakukan sebarang aktiviti selepas makan.
  • Minum secawan teh halia.

Rawatan sendiri untuk muntah

  • Makan makanan dalam bahagian yang lebih kecil, namun lebih kerap.
  • Minum sejumlah besar cecair yang jelas untuk kekal terhidrasi, ambilnya dalam hirupan yang kecil sekaligus.
  • Elakkan sebarang jenis makanan pepejal sehingga muntah berhenti.
  • Berehat.
  • Elakkan menggunakan ubat-ubatan yang boleh mengganggu perut anda seperti ubat anti-radang tanpa steroid atau kortikosteroid.
  • Gunakan larutan rehidrasi oral untuk menggantikan elektrolit yang hilang.

Rawatan perubatan klinik

Sebelum memberikan ubat preskripsi, doktor akan bertanya kepada anda bilakah simptom mual dan muntah anda bermula dan waktu bila ia menjadi paling teruk. Beliau juga boleh bertanyakan tentang rutin pemakanan anda dan apa yang membuatkan mual dan muntah menjadi lebih baik atau lebih teruk.

Sebilangan ubat preskripsi boleh mengawal mual dan muntah, termasuklah ubat-ubatan yang boleh anda gunakan semasa kehamilan seperti promethazine (Phenergan), diphenhydramine (Benadryl), trimethobenzamide (Tigan), dan ondansetron (Zofran).

SUMBER

https://www.webmd.com/digestive-disorders/digestive-diseases-nausea-vomiting#1

https://www.healthline.com/health/nausea-and-vomiting#treatment

https://www.medicalnewstoday.com/articles/269511.php

error: Content is protected !!