Now Reading
Mudahnya menjual di mudah.my

Mudahnya menjual di mudah.my

mudah

Mudah atau laman sesawangnya yang bernama mudah.my adalah platform jual beli barang secara online yang fokus pada pasaran Malaysia.

Sejarah Laman Sesawang Mudah

Mudah adalah sebahagian dari Carousell di mana Carousell itu adalah platform jual beli barang di semenanjung Asia. Carousell dilancarkan di Singapura pada Ogos 2012. Terdapat 8 buah platform di bawah Carousell antaranya ialah Mudah, Cho Tot dan OneKyat. Carousell dibelakangi oleh syarikat besar seperti Telenor Group, Rakuten Ventures, Sequoia India dan Nasper. 30 persen daripada saham Carousell adalah dimiliki oleh Norway Telenor Group.

Iklan yang disediakan di platform mudah

Mudah menyediakan platform untuk penjual dan pembeli untuk menyiarkan iklan. Iklan yang di paparkan di Mudah.my adalah berdasarkan 9 kategori iaitu:

  • Kenderaan ­– Kereta, motosikal, aksesori kereta dan lain-lain kenderaan
  • Hartanah – Rumah banglo, Rumah Pangsa, tanah komersial, bilik, dan lain-lain hartanah
  • Elektronik – Telefon pintar, telefon bimbit, tab, komputer riba, komputer, kamera dan lain-lain barang elektronik.
  • Barang rumah dan personal – Pakaian, beg, dompet, minyak wangi, jam tangan, pakaian dalam, kesihatan, barang perkahwinan, barang rumah seperti tilam, barang mandi, barang dapur, perabot, hiasan dan lain-lain.
  • Hobi / Sukan / Riadah – Alat-alat sukan seperti raket, bola, jersi. Hobi seperti permainan chess, permainan board game, permainan video (game), alat muzik seperti gitar, biola, piano, keyboard dan lain-lain.
  • Bisnes kepada bisnes (B2B) – Professional dan barang-barang pejabat dan bisnes untuk dijual.
  • Kerja dan servis – Pekerjaan sama ada mencari pekerja atau mencari kerja. Servis pula seperti mencari tukang baik pulih rumah, paip atau kasut seumpamanya.
  • Melancong ­ -– Biasanya berkaitan dengan tempat tinggal seperti hotel, homestay, bilik, pakej percutian dan lain-lain yang berkaitan.
  • Lain-lain – Seperti makanan, jualan garaj, pertukaran barang dan jual beli barang terpakai.

Mudah memberi peluang untuk semua untuk menjual beli barang dengan cara yang lebih senang. Mudah.my menghubungkan berjuta pembeli dan penjual di Malaysia setiap bulan. Semua rakyat Malaysia boleh mencari sesuatu di Mudah.my.

Langkah-langkah menjual barang di Mudah

Semua barang boleh dijual di Mudah.my. Lihat dan cari apa-apa barang di rumah anda, benda dan barang itu mungkin sudah tidak berguna untuk anda tetapi mungkin pada orang lain benda itu sangat berguna maka cubalah jual! Ikuti langkah-langkah yang akan di terangkan di bawah ini.

  • Langkah pertama – Pencarian barang

Mencari segala barang yang ada di rumah anda yang sudah tiada kepentingan untuk diri anda lagi. Kita mempunyai satu perasaan sayang kepada barang-barang kita. Macam ada satu perasaan sentimental kepada sesuatu barang. Tetapi kadang-kadang barang itu bukanlah sesuatu yang anda perlukan lagi dan ia telah memenuhi kebanyakan ruang rumah anda.

Itu adalah satu ciri penting untuk anda cuba jual sahaja barang itu. Cuba untuk lihat di setiap sudut kawasan rumah anda, sama ada di stor, di bilik, di ruang tamu di tempat-tempat tersembunyi mana tahu ada benda yang “rare” boleh menjadikan harga barang itu menjadi mahal untuk dijual. Cuci dan bersihkan barang tersebut supaya nampak baru.

Kalau Kerap Hilang Barang, Lakukan 8 Tips Ini Untuk Mencarinya
  • Langkah kedua – Menangkap gambar

Ini langkah penting dan melibatkan skill yang penting untuk menjual barang di Mudah. Skill mengambil gambar cantik!. Ambil gambar pelbagai sudut dengan cantik dengan pencahayaan yang sempurna. Terdapat banyak tutorial mengambil gambar di internet, anda hanya perlu mencarinya.

10 inspiring 'Project 365' ideas: Take a photo a day to keep the creative  block away
  • Langkah ketiga – Memuat naik gambar

Langkah ketiga ialah memuat naik gambar yang anda telah ambil pada langkah kedua tadi. Letakkan deskripsi dan caption yang menarik, tepat dan lengkap. Jika ada sedikit kerosakan fizikal seperti tercalar atau kemik, terangkan dengan betul tanpa ada niat untuk menyorokkan kerosakan itu. Jangan jadikan diri anda “scammer” atau penipu kerana hal ini memang sangat hina.

Contoh untuk jual telefon pintar yang anda rasa sudah lama atau outdated pergi ke kategori > Home > elektronik , Tetapkan butiran telefon pintar tersebut dari segi jenama dan spesifikasi seperti saiz memori, saiz skrin, bateri, RAM dan berapa harga yang anda ingin jual. Juga jangan lupa untuk meletakkan harga jika perlu COD atau pos sesuai dengan keadaan dan harga penghantaran.

Reducing the risk of data loss during mobile data collection - POIMAPPER
  • Langkah keempat – Jual beli barangan

Apabila iklan telah di paparkan, tunggu sahajalah pembeli akan mesej anda. Jika barangan anda adalah barang yang “panas” dan popular, jangkakan mesej dan panggilan dari ramai pembeli yang berpotensi. Kebiasaannya, telefon pintar dan kamera adalah barang panas yang popular yang pasti menarik perhatian semua pembeli yang berminat lagi-lagi bila harganya murah.

Kadang-kadang walaupun barang tersebut sudah rosak, tetapi pembeli berminat untuk mendapatkan komponen di dalam barang tersebut. Kemudian pastikan cara pembelian sama ada COD atau pos. Bincangkan harga termasuk penghantaran supaya anda memang dapat sedikit keuntungan dari urusan jual beli ini. Bagi pendapat kami, menggunakan caj pada penghantaran lebih selamat di samping boleh melihat kondisi barang tersebut dan sebagai penjual boleh menunjuk keadaan barang sebenar kepada pembeli.

Laman: SYARAT SAH JUAL BELI DALAM TALIAN
  • Langkah terakhir – Hati-hati dengan scammer dan pembeli dari luar negara

Apabila anda telah memaparkan iklan anda, sedikit butiran personal anda akan terpapar di Mudah. Scammer dan penipu ada peluang untuk mengambil kesempatan dengan perkara ini. Pastikan bila anda berdiskusi dengan pembeli, pembeli itu adalah betul. Terdapat banyak kes penjual ditipu dan yang lebih bahaya ada yang diculik. Anda boleh mencari di internet kes-kes tersebut. Satu lagi anda perlu berhati-hati dengan pembeli luar negara yang kononnya ingin membeli barang tersebut tetapi memerlukan sedikit pembayaran penghantaran. Hati-hati itu kebiasannya adalah penipuan dan memang banyak kes itu berlaku.

How to Identify a Scammer - Experian

Penutup – kesimpulan Mudah

Kesimpulannya, Mudah adalah platform yang popular dan dipercayai untuk melakukan jual beli barang ataupun yang lain-lain. Ia memberikan peluang untuk rakyat menjual barang dan mendapatkan sedikit wang belanja. Tetapi, anda perlu berhati-hati dari penipu dan scammer yang ramai sekarang ini.

Sumber:

https://en.wikipedia.org/wiki/Mudah.my

https://www.mudah.my/about/

http://tipspeniagaan.blogspot.com/2017/04/5-langkah-bagaimana-nak-jual-barang-di.html

error: Content is protected !!