Program Continuing Professional Development MyCPD ataupun turut digelar Pembangunan Profesional Berterusan merupakan satu tindakan untuk pemeliharaan, penambahbaikan dan pengembangan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran yang sistematik, dan pengembangan kualiti peribadi yang diperlukan untuk pelaksanaan tugas profesional sepanjang kehidupan kerja individu.
CPD boleh dilibatkan atau membabitkan sebarang aktiviti pembelajaran yang relevan, sama ada secara rasmi dan berstruktur atau secara tidak rasmi dan kendiri. Dengan kemajuan perubatan yang pesat, sangat penting bahawa profesional penjagaan kesihatan terus mengikuti perkembangan baru yang akan memberikan hasil perawatan dan rawatan yang lebih baik bagi pesakit mereka.
Program Continuing Professional Development atau CPD yang telah diwujudkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2007 merupakan salah satu kaedah bagi meningkatkan kompetensi pegawai. CPD merupakan satu program yang menyumbangkan kepada pertambahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang mana boleh meningkatkan profesionalisme pegawai di dalam bidang masing-masing.
Continuous Education [CE] ataupun Pembelajaran Berterusan Atas Talian adalah salah satu aktiviti yang dilaksanakan CPD di bawah kategori A8 yang dilaksanakan secara atas talian. Setelah tamat menjalani aktiviti yang di sediakan pada CE tersebut, user layak untuk mendapatkan 1 mata CPD bagi setiap topik .
Berikut adalah senarai portal CE atas talian yang boleh dilayari:
- Pharmacy Times ; http://www.pharmacytimes.com/continuing-education
- Power-Pak Communications ; http://www.powerpak.com/
- Medscape; https://www.medscape.org/pharmacists
- Pharmacist.com; http://www.pharmacist.com/
- US Pharmacists; https://www.uspharmacist.com/ce
- FreeCE.com; http://www.freece.com/freece/Continuing_Education_Online_Pharmacy.asp
- PRIME Education; https://primeinc.org/cme/acpe
- MIMS Malaysia; http://www.mims-cpd.com.my/Home.aspx
Cara login MyCPD.
- Layari laman web rasmi MyCPD: http://www.mycpd2.moh.gov.my/
- Pilih bahasa : Bahasa Melayu atau Inggeris
- Klik pada Tab Pengguna
- Masukkan ID pengguna iaitu Kad Pengenalan atau No Pasport anda, serta Kata Laluan
- Klik pada ikon Log In untuk memasuki sistem myCPD
Skim Perkhidmatan yang menggunakan MyCD.
1. Pegawai Perubatan
2. Pegawai Pergigian
3. Pegawai Farmasi
4. Pegawai Pengajar
5. Jurutera
6. Jururawat (P&P)
7. Juruterapi Pergigian (U29-U36)
8. Jururawat (U11-U28)
9. Penolong Pegawai Perubatan
10. Pegawai Penyelidik
11. Penolong Pegawai Penyelidik
12.Juruteknologi Pergigian
13. Pegawai Sains (Kimia Hayat)
14. Pegawai Sains (Genetik)
15. Pegawai Sains (Biomedikal)
16. Pegawai Sains (Embriologi)
17. Pegawai Sains (Fizik)
18. Pegawai Sains (Kaji Serangga)
19. Pegawai Sains (Forensik)
20. Pegawai Sains (Pemakanan)
21. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)
22. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran)
23. Pegawai Pemulihan Perubatan (Anggota)
24. Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja)
25. Pegawai Dietetik Perubatan
26. Pegawai Kerja Sosial
27. Pegawai Optometri
28. Pegawai Pendidikan Kesihatan
29. Pegawai Pengimejan (Diagnostik / Terapi)
30. Pegawai Ta dbir (Rekod Perubatan)
31. Pegawai Kesihatan Persekitaran
32. Pegawai Psikologi (Kaunselor)
33. Pegawai Psikologi (Klinikal)
34. Pegawai Penyediaan Makanan
35. Pegawai Teknologi Makanan
36. Pegawai Sains (Mikrobiologi Perubatan)
Soalan Lazim.
Pertama kali menggunakan myCPD versi 2.0 apa perlu saya buat?
Jika ini pertama kali ingin menggunakan sistem myCPD versi 2, anda boleh daftar diri sebagai pengguna baru dengan memilih pautan “Daftar” (“register”) dan memilih pendaftaran mengikut sektor awam ataupun swasta yang berkenaan
Bagaimana saya menggunakan sistem ini(sistem baru? Bahan rujukan atau manual tidak diberikan!
Bahan rujukan telah disediakan dalam format PDF yang boleh dicapai di menu online manual. Manual pengguna bagi peranan User, Supervisor, Provider, Regulatory Body, Chief CPD, Chief Scheme dan Sub Admin ada disediakan untuk rujukan anda
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh rujuk atau hubungi mereka ke :
- myCPD Helpdesk: mycpd@moh.gov.my
- KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, Ibu Pejabat KKM, Bahagian Perkembangan Perubatan, Blok E1,Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya
SUMBER:
https://www.slideshare.net/NurulFahizhaFahimi/taklimat-mycpd-version-1
https://semakanstatus.com/mycpd/
https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/pembangunan-profesional-berterusan-cpd.html