MYDATA SSM adalah salah satu sistem yang dibangunkan sebagai usaha Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membolehkan kita sebagai pengguna untuk mencari, mengekstrak dan membeli sebarang maklumat syarikat yang berdaftar dengan SSM secara dalam talian dengan mudah dan cepat.
Sejak tahun 2016, MYDATA telah dilantik oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai Pembekal kepada Teknologi dan Perkhidmatan untuk perkhidmatan mencari, mengekstrak dan membeli sebarang maklumat syarikat yang berdaftar dengan SSM secara dalam talian.
SSM menubuhkan sistem ini adalah untuk memudahkan pengguna dengan akses elektronik langsung ke pejabat pendaftaran syarikat rasmi di Malaysia. Melalui portal ini, kita bolehlah mendapat sebarang sumber maklumat yang sah mengenai syarikat dan perniagaan yang diperbadankan dan didaftarkan di Malaysia.
Perkhidmatan yang ditawarkan melalui MYDATA adalah:
- Profil Syarikat dan Perniagaan-Menerusi MYDATA anda mampu melihat senarai syarikat secara percuma
- Maklumat Perbandingan Tahun Kewangan Syarikat yang lepas – Perbandingan untuk mana-mana tahun kewangan tersedia ada. (Financial historical comparison)
- Salinan Diperakukan Sah Secara Digital bagi Sijil Perniagaan – Borang D
Jangan risau untuk makluman anda segala maklumat yang diterima adalah datang terus secara langsung dari SSM dan tidak disimpan oleh mana-mana pihak yang lain. Antara maklumat yang anda atau pengguna boleh dapati melalui MYDATA termasuklah juga:
- Company and Business Profile
- Idaman (Forms & Images)
- Financial History
- New RUU Product (New Act 2016)
- Certificate of Incorporation/Registration
- Particular of Directors/Officers
- Particular of Share Holders
- Particular of Registered Address
- Particular Change of Name
- Particular of Conversion
- Particular of Company Secretary
- Audit Firm Profile
- Company Listing (Bulk Purchase)
- Data Services
- Harga Dokumen
Ada bayaran yang dikenakan namun harga perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan dan sekiranya anda merupakan pengguna yang berminat dengan maklumat tersebut, anda bolehlah memilih mana-mana keadah pembayaran yang sesuai melalui online banking, menerusi Kad Kredit ataupun akaun prabayar MYDATA.
Bayaran tambahan sehingga RM5.00 bayaran semasa SSM bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat melalui kaunter. Bayaran sebanyak RM10.00 untuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan RM5.00 adalah caj perkhidmatan untuk Pembekal Teknologi dan Perkhidmatan. Bayaran perkhidmatan yang dikenakan adalah sebagai tambahan kepada bayaran berkanun seperti yang telah ditetapkan di bawah Jadual Kedua Akta Syarikat 1965.
Daftar MYDATA SSM
Untuk membeli sebarang dokumen pengguna perlu mendaftarkan diri diri MYDATA SSM. Jangan risau tiada bayaran diperlukan untuk pendaftaran pengguna ianya adalah PERCUMA. Cara-cara register MYDATA secara online adalah seperti dibawah:
- Dengan menggunakan peranti yang berinternet, sila layari laman web https://www.mydata-ssm.com.my.
- Tekan pada butang LOGIN dan klik SIGN UP.
- Isikan maklumat yang diperlukan seperti Username, Fullname, Email address, dan Password. Tip: sila gunakan password yang tidak terlalu complicated untuk memudahkan anda hafal. Supaya urusan anda seterusnya lebih mudah.
- Isikan juga nombor telefon dan alamat penuh dalam ruangan yang disediakan.
- Pilih kategori yang berkenaan (Individual).
- Kemudian, tandakan tick pada kotak reCAPTCHA di bawahnya.
- Tandakan tick juga pada kenyataan di bawah kotak reCAPTCHA tersebut.
- Kemudian, tekan butang SIGN UP dan pendaftaran akaun anda berjaya.
Dokumen juga kini boleh dibeli melalui perkhidmatan Whatsapp. Sekarangkan dunia semakin laju. Semua perkara perlu diselesaikan dengan cepat. Jadi perkhidmatan Whatsapp ini sangat menjimatkan masa.
Login SSM MYDATA Online
Setelah selesai proses pendaftaran, sila login dengan mengikut langkah ini:
- Layari laman web https://www.mydata-ssm.com.my.
- Klik pada pilihan LOGIN ACCOUNT.
- Masukkan Username dan Password yang telah didaftarkan.
- Kemudian, tekan butang SIGN IN. Setelah berjaya dashboard MYDATA SSM akan terpapar.
Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut anda boleh menghubungu pihak MYDATA di talian 03-27759339 atau emelkan ke support@mydata-ssm.com.my.
Telah banyak maklumat yang dikongsikan. Seperti dalam artikel maklumat sebelum ini, alat peranti seperti smartphone sememangnya telah menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Selain itu juga talian internet yang baik sangat penting dalam melancarkan urusan.
Akhir kata, semoga semuanya membawa manfaat dan info yang berguna buat anda!
SUMBER: