JPN ataupun Jabatan Pendaftaran merupakan salah sebuah Jabatan di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri. JPN merupakan badan yang bertanggungjawab merekodkan setiap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku bagi setiap warganegara atau bukan warganegara yang menetap di Malaysia.
Antara maklumat yang direkodkan adalah maklumat berkaitan kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Di samping itu, jabatan ini juga bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk menentukan taraf kewarganegaraan dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan dokumen penting mengenai identiti atau status individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.
Untuk menambahkan maklumat anda di sini kami akan kongsikan kepada anda sedikit latar belakang Jabatan Pendaftaran Negara. Ia telah ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Dharurat (Kawasan – kawasan Pendaftaran) 1948 yang dikuatkuasakan bagi tindakan untuk menentang ancaman keselamatan.
Hal ini menyebabkan wujudnya peraturan yang memerlukan semua penduduk untuk mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas untuk direkodkan. Seterusnya JPN telah diberi fungsi tambahan iaitu bertanggungjawab mendaftarkan dan merekodkan semua peristiwa penting dalam fasa kehidupan individu yang merangkumi pendaftaran kelahiran, kematian, anak angkat, perkahwinan, perceraian dan kewarganegaraan.
Sepanjang tempoh ini Jabatan Pendaftaran Negara telah berpindah ke beberapa buah bangunan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara mula-mulanya terletak di Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Kemudian, Ibu Pejabat JPN telah berpindah ke Bangunan Persekutuan Petaling Jaya pada 1958. Hal ini kerana, pertambahan rekod-rekod, dokumen dan kakitangan yang kian meningkat.
Kemudian, Ibu Pejabat JPN telah berpindah ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor selepas beberapa tahun di Petaling Jaya, dan masih kekal di sini sehingga sekarang. Kini bermula pada Disember 2004, Ibu Pejabat ini telah beroperasi di Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
Maka, bagi setiap peristiwa penting yang berlaku kita wajib merekodkan dan mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara. Sepanjang tahun sudah pastinya beberapa kali juga kita ke Jabatan Pendaftaran kan? Untuk urusan kad pengenalan, kelahiran dan adakalanya kematian. Peristiwa-peristiwa seperti ini sudah pastinya berlaku setiap hari dan waktu. Oleh itu, jabatan ini tidak pernah lekang dengan kehadiran pelbagai masyarakat.
Tambahan Lagi dengan suasana pandemik yang sedang dialami beberapa peraturan standard operasi (SOP) yang perlu di ambil kira. Sudahlah beratur panjang, kita juga sudah pastinya memerlukan masa yang sangat lama untuk menunggu. Mulalah kesabaran kita menipis betul tak? Ataupun mulalah kita bertangguh-tangguh dalam menyiapkan segala urusan.
Sebagai satu cara mengatasi masalah ini pihak JPN telah mengusahakan MyJanjiTemu JPN.
Anda baru dengar tentang MyJanjiTemu JPN?
Seperti yang telah dinyatakan di atas sepanjang tempoh PKPB & PKPP dan sekarang ini kita berada didalam PKP berfasa atau lockdown sepenuhnya, pihak jabatan perlu mematuhi SOP yang ketat. Bagi mengelakkan kehadiran orang ramai dalam satu-satu masa dengan hanya menerima pelanggan yang telah membuat janji temu sahaja.
Oleh itu, kesemua perkhidmatan urusniaga melalui Jabatan Pendaftaran perlulah dilakukan dengan membuat temujanji terlebih dahulu. Pejabat yang telah disenaraikan dalam pilihan boleh dipilih mengikut lokasi yang berhampiran dengan anda.
Perkhidmatan kaunter yang ditawarkan JPN antaranya termasuklah:
- Daftar kelahiran anak
- Mohon kad pengenalan
- Mohon anak angkat
- Mohon kahwin bukan Islam
- Mohon cerai bukan Islam
- Daftar kematian ahli keluarga
- Mohon warganegara Malaysia
Cara Permohonan Temujanji JPN Online
Untuk membuat temujanji secara online layari laman web https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/ atau scan kod QR di atas
- Kemudian klik pada butang MULA TEMPAHAN
- Isikan butiran pada semua tempat kosong yang tersedia.
- Pilih tarikh dan cawangan JPN untuk menetapkan tarikh dan masa janji temu.
- Sila lakukan screenshot dan simpan Slip Temujanji untuk ditunjukkan kepada pegawai JPN di kaunter yang telah dipilih mengikut tarikh yang ditetapkan.
Cara Membuat Perubahan Tarikh & Masa Temujanji JPN
Untuk makluman, tarikh dan masa janjitemu tidak boleh diubah. Jika anda ingin membuat perubahan tarikh anda perlu memohon janji temu baru semula. Anda hendaklah memilih tarikh mengikut waktu sebenar operasi Pejabat JPN.
Waktu Operasi JPN
ISNIN- JUMAAT: Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak)
AHAD- KHAMIS: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
Senarai Kaunter Pejabat JPN Yang Tidak Beroperasi
Berikut adalah maklumat berkenaan dengan sistem MyJanjiTemu. Namun sekiranya anda terdapat banyak pertanyaan boleh la rujuk ke laman web rasmi JPN. Selepas ini sekiranya anda ada urusan bersama JPN bolehlah guna sistem online sahaja. Semoga bermanfaat!
SUMBER:
https://www.jpn.gov.my/my/maklumat-korporat/pengenalan