Pengenalan
Terdapat dua jenis naproxen: naproxen biasa and sodium. Ia berfungsi dengan menyekat tubuh anda daripada mengeluarkan bahan semula jadi tertentu yang menyebabkan keradangan.
Kegunaan Naproxen
Naproxen digunakan untuk menghilangkan rasa sakit daripada pelbagai keadaan seperti sakit kepala, sakit otot, tendonitis, sakit gigi, dan sengugut ketika haid.
Ia juga dapat mengurangkan rasa sakit, bengkak, dan kekejangan sendi yang disebabkan oleh serangan artritis, bursitis, dan gout. Ubat ini dikenali sebagai ubat anti-radang nonsteroid (NSAID).
Cara menggunakan Naproxen Tablet
Sekiranya anda mengambil produk yang di beli di kaunter farmasi, baca semua arahan pada bungkusan produk sebelum mengambil ubat ini.
Ambil ubat ini secara oral seperti yang diarahkan oleh doktor anda, biasanya 2 atau 3 kali sehari dengan segelas air penuh (240 ml). Jangan berbaring sekurang-kurangnya 10 minit selepas mengambil ubat ini.
Untuk mengelakkan sakit perut, minum ubat ini bersama makanan, susu, atau antasid.
Langkah Berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Naproxen
Sebelum mengambil naproxen, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah kepadanya; atau aspirin atau NSAID lain (seperti ibuprofen, celecoxib); atau jika anda mempunyai alahan lain.
Produk ini mungkin mengandungi bahan yang tidak aktif, yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bertanyalah apda ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.
Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda.
Masalah buah pinggang kadang-kadang boleh berlaku dengan penggunaan ubat NSAID, termasuklah naproxen.
Minum banyak air seperti yang diarahkan oleh doktor anda untuk mencegah dehidrasi dan beritahu doktor anda sekiranya anda mengalami perubahan jumlah air kencing.
Ubat ini boleh membuatkan anda pening atau mengantuk. Arak atau dadah (ganja) boleh membuatkan anda lebih pening atau mengantuk.
Jangan memandu, menggunakan peralatan atau mesin yang berbahaya, atau melakukan perkara yang memerlukan kewaspadaan tinggi sehingga anda dapat melakukannya dengan selamat.
Ubat ini boleh menyebabkan pendarahan perut. Penggunaan arak dan rokok setiap hari, terutamanya apabila digunakan bersama dengan ubat ini, boleh meningkatkan risiko pendarahan perut.
Hadkan pengambilan arak dan berhenti merokok. Tanya doktor atau ahli farmasi anda mengenai berapa banyak arak yang mungkin anda boleh minum dengan selamat.
Ubat ini boleh membuatkan anda lebih sensitif terhadap cahaya matahari. Hadkan masa anda di bawah sinar matahari. Beritahu doktor anda dengan segera jika anda terbakar sinar matahari atau melecet / kemerahan kulit.
Beberapa produk naproxen mengandungi garam (sodium). Beritahu doktor anda jika anda menjalani diet tanpa garam.
Sebelum menjalani pembedahan, beritahu doktor atau doktor gigi tentang semua produk yang anda gunakan.
Orang dewasa yang lebih tua mungkin berisiko lebih besar untuk pendarahan perut / usus, masalah buah pinggang, serangan jantung, dan strok semasa menggunakan ubat ini.
Beritahu doktor anda jika anda hamil atau jika anda merancang untuk hamil. Rujuk doktor anda sebelum menyusu badan.
Kesan sampingan Naproxen
Ini bukan senarai lengkap kemungkinan kesan sampingan. Sekiranya anda melihat kesan lain yang tidak disenaraikan di atas, hubungi doktor atau ahli farmasi anda.
Kesan sampingan yang sering berlaku seperti:
- sakit perut
- sembelit
- cirit birit
- pedih ulu hati
- mual dan muntah
- pening lalat
Naproxen boleh menyebabkan mengantuk jadi elakkan daripada memandu atau menggunakan peralatan dan mesin berbahaya yang memerlukan kewaspadaan yang tinggi.
– Kesan Sampingan Serius
Hubungi doktor anda jika berlakunya kesan sampingan yang serius dan dapatkan bantuan kecemasan dengan menghubungi 999. Kesan sampingan serius adalah seperti yang berikut:
- sakit dada
- sesak nafas atau kesukaran bernafas
- rasa lemah pada badan atau separuh daripada badan
- muka atau tekak menjadi bengkak
- tekanan darah tinggi
- pendarahan serta ulser pada perut dan usus dengan simptom seperti (muntah darah, sakit perut, najis berdarah, serangan asma, pitam, kulit dan mata menjadi warna kuning, bengkak atau berat naik mendadak, kulit ruam atau melecur serta demam )
Kontraindikasi Naproxen
- Hipersensitif terhadap naproxen sodium atau pada mana-mana eksipien tablet naproxen
- Pesakit yang menunjukkan hipersensitif terhadap naproxen seperti (polip hidung, asma, rhinitis, angiodema dan gegata)
- Hepatik serius, kegagalan buah pinggang dan jantung
- Kehamilan trimester terakhir
- Ulser peptik yang aktif atau telah sembuh
Interaksi Naproxen
Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Artikle ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat.
Simpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda.
Jangan mulakan, berhenti, atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.
Beberapa produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini adalah: aliskiren, inhibitor ACE (seperti captopril, lisinopril), penyekat reseptor angiotensin II (seperti losartan, valsartan), cidofovir, kortikosteroid (seperti prednisone), lithium, diuretik.
Ubat ini dapat meningkatkan risiko pendarahan ketika diminum bersama ubat lain yang juga dapat menyebabkan pendarahan.
Periksa semua label ubat preskripsi dan bukan preskripsi dengan teliti kerana banyak ubat mengandungi ubat yang melegakan rasa sakit atau demam.
Bercakaplah dengan doktor anda mengenai risiko dan kelebih ubat ini. Bertanyalah mengenai ubat lain yang boleh digunakan untuk mengubati sakit / demam.
Ubat ini boleh mengganggu ujian makmal tertentu, yang mungkin menyebabkan keputusan ujian salah. Pastikan kakitangan makmal dan semua doktor anda mengetahui bahawa anda menggunakan ubat ini.
Dos Naproxen
Dos adalah berdasarkan keadaan perubatan anda dan tindak balas terhadap rawatan.
Untuk mengurangkan risiko pendarahan perut dan kesan sampingan lain, minum ubat ini pada dos efektif paling rendah untuk masa sesingkat mungkin.
Jangan tingkatkan dos anda atau mengambil ubat ini lebih kerap daripada yang diarahkan oleh doktor atau label bungkusan ubat anda.
Untuk keadaan penyakit yang berterusan seperti artritis, teruskan pengambilan ubat ini seperti yang diarahkan oleh doktor anda.
Untuk keadaan tertentu (seperti artritis), mungkin mengambil masa sehingga dua minggu sehingga anda mendapat manfaat sepenuhnya.
Jika anda mengambil ubat ini “seperti yang diperlukan” (tidak mengikut jadual biasa), ingat bahawa ubat ini berfungsi dengan baik jika ia digunakan sebaik sahaja mendapat tanda-tanda sakit.
Ubat ini mungkin tidak berfungsi sekiranya anda menunggu sehingga rasa sakit semakin teruk.
Andai keadaan anda berlanjutan atau bertambah buruk, atau jika anda fikir anda mungkin menghadapi masalah perubatan yang serius, segera dapatkan bantuan kecemasan.
– Terlepas Dos
Sekiranya anda mengambil ubat ini mengikut jadual biasa (bukan hanya “mengikut keperluan”) dan anda terlepas dos, ambil segera setelah anda ingat.
Sekiranya sudah hampir dengan masa dos seterusnya, abaikan dos yang tidak diambil. Ambil dos seterusnya pada waktu biasa. Jangan gandakan dos untuk mengejar dos yang ketinggalan.
Sumber:
https://www.healthline.com/health/naproxen-oral-tablet#about
https://www.webmd.com/drugs/2/drug-5173-1289/naproxen-oral/naproxen-oral/details