Nasi bajet sudah tidak menjadi asing lagi bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Terutamanya untuk pelajar universiti dimana menu ini telah menjadi salah satu makanan rutin setiap hari mereka.
Harga yang lebih murah berbanding makanan yang lain tetapi lengkap dari segi lauk dan sayur adalah antara sebab utama kebanyakan rakyat Malaysia dan pelajar untuk memilih nasi bajet terutama untuk makan tengah hari yang kebiasaannya berada di tepi jalan atau kaki lima.
Ekonomi negara Malaysia yang tidak stabil atas sebab pandemik covid-19 ini juga punca kepada nasi bajet ini menjadi satu trend atau popular sekarang ini. Hal ini kerana, santapan ini jauh lebih murah dan biasanya tidak mengecewakan kerana kita sudah memberi satu persepsi bahawa tidak boleh untuk mengharapkan yang terlalu istimewa dengan harga yang diberi.
Terdapat juga sedikit peniaga yang menaikan nasi bajet atas kerana harga bahan mentah telah meningkat maka mengakibatkan peniaga nasi bajet menaikkan sedikit harga makanan
Lokasi Nasi Bajet
Nasi bajet kebiasaannya mudah untuk didapati kerana hampir setiap tepi jalan atau kawasan kedai, akan terdapat meja kotak atau empat segi atau dalam kenderaan yang akan menyediakan makanan itu. Walaupun begitu, ia menjadi satu tumpuan dan ramai akan datang ke situ untuk membelinya.
Menu Nasi Bajet
Secara asas, nasi bajet boleh di klasifikasi sebagai makanan sempurna dengan harga yang murah. Selalunya menu yang disediakan mencangkumi nasi, ayam goreng dan kuah kari ayam atau ikan. Sambal belacan juga turut disediakan mengikut sama ada mahu atau tidak sambal tersebut.
Selain itu, menu yang disediakan akan diubah atau divariasikan dengan menyediakan lauk dan sayur yang berbagai-bagai seperti paru, sayur kobis dan ulam-ulaman supaya pembeli nasi bajet tidak jemu untuk membelinya. Air minuman yang disediakan juga kebiasaannya diberi secara percuma dan biasanya air anggur, air sirap atau air sarsi.
Harga
Kebiasaan harga yang ditawarkan adalah sekitar RM 3 sehingga RM 5 dan ianya sangat berbaloi dan puas hati. Kuantiti yang disediakan pun bukan sedikit, tetapi selalunya boleh tahan dan kadang-kadang rasa macam mana peniaga boleh dapat untung dari kuantiti yang diberi. Ada sesetengah orang yang mampu menyimpan makanan tengah hari nasi bajet ini sehingga makan petang atau makan malam atas sebab kuantiti yang diberi sangat banyak.
Maka dengan itu, tidak hairan kenapa hidangan ini menjadi antara pilihan popular sekarang di samping menjimatkan perbelanjaan tetapi dapat makanan yang serba serbi sangat berpuas hati. Perbelanjaan kos harian juga memang sangat tinggi sekarang ,makan memang amat sesuai dengan keadaan sekarang ini.
Hidangan yang serba lengkap
Tidak pelik untuk terdapat banyak kedai yang menyediakan nasi bajet di kota raya kerana hidangan yang disediakan adalah paling boleh diterima pakai untuk mereka yang sedang merancang atau mengawal perbelanjaan meraka.
Sesetengah peniaga berkata, pembeli yang membeli juadah mereka adalah dari kalangan mereka yang menggunakan perkhidmatan awam seperti LRT dan bas tidak kira pelajar atau pekerja. Jika peniagaan pada hari tersebut lancar, lebih kurang dalam 200 bungkus nasi bajet akan berjaya dijual dalam masa lebih kurang 4 jam dan kadang-kadang lebih awal dari itu.
Kenapa memilih untuk menjual nasi bajet
Kebiasaannya menu yang disediakan sangat mudah untuk disediakan. Kuantiti nasi yang banyak dengan lauk yang banyak bersama ulam sangat mudah untuk disediakan. Menu yang biasa disediakan adalah gulai ayam, ayam goreng dan sambal belacan dimana resepi ini biasanya dari turun temurun maka memang mudah untuk disediakan.
Penghantaran makanan
Terdapat juga peniaga yang menyediakan khidmat penghantaran makanan, menggunakan sistem seperti Food Panda atau grab dimana ini akan memudahkan pembeli yang susah atau mempunyai kekangan untuk membeli makanan ini.
Caj penghantaran biasanya hanya rm 0.50 sen setiap bungkus jika dihantar sendiri oleh peniaga dan tiada nilai minimum berapa bungkus perlu beli untuk boleh membuat tempahan makanan dan penghantaran makanan. Kebiasannya untuk khidmat ini, pembeli haruslah memesan terlebih dahulu dengan lebih awal supaya mudah untuk menyediakan makanan yang lebih untuk pelanggan yang tidak menggunakan sistem penghantaran makanan.
Kesimpulannya, dengan keadaan pandemik covid-19 ini, ramai rakyat yang terpaksa mengurangkan perbelanjaan mereka untuk meneruskan kehidupan. Nasi bajet ini mungkin adalah salah satu jalan mudah untuk rakyat yang terkesan atas sebab ini.
Semoga semua urusan anda dipermudahkan, dan terima kasih kerana membaca artikel ini.
Sekian
Sumber:
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/04/141243/nasi-bajet-menu-berjimat
https://www.astroawani.com/video-malaysia/nasi-bajet-lauk-seringgit-sesenduk-1738258