Now Reading
Nasi Goreng Belacan: 3 Resepi Simple Dan Sedap

Nasi Goreng Belacan: 3 Resepi Simple Dan Sedap

nasi goreng belacan

Nasi goreng belacan merupakan antara ratusan menu nasi goreng yang ada di Malaysia. Pedas tapi enak merupakan antara penerangan ringkas bagi nasi goreng belacan. Dengar sahaja sudah kecur air liur dibuatnya.

Bahan utama nasi goreng belacan sudah semestinya perlu ada belacan yang akan menaikkan rasa enak hidangan nasi goreng ini. Tidak lengkaplah nasi goreng belacan tanpa belacan kan?

Nasi goreng belacan menjadi kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum. Ini kerana rasanya yang sangat sedap telah memikat hati orang-orang yang pernah merasainya.

Jom belajar 3 resepi nasi goreng belacan dibawah. Anda boleh cuba sendiri di rumah, senang tak perlu pergi ke restoran kan? Jom kita lihat resepi-resepinya.

NASI GORENG BELACAN SEGERA

Bahan-bahan:

  • 3 cawan nasi
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 6-7 tangkai cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 inci belacan keping 
  • 1 biji telur
  • Kacang panjang
  • Garam (jika perlu)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Serbuk belacan

Kaedah penyediaan:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan belacan keping. 
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan garing.
  3. Pecahkan telur dan kacau.
  4. Masukkan kicap cair dan garam. Kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan juga kacang panjang. Kacau rata dan tambahkan serbuk belacan secukup rasa. Goreng sehingga nasi sedikit garing.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

NASI GORENG BELACAN IKAN BILIS PETAI

Bahan-bahan:

  • Nasi yang sudah disejukkan semalaman
  • Ikan bilis (digoreng dahulu)
  • Isi petai
  • 6 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 2 biji telur (digoreng dahulu)
  • Garam secukup rasa

Kaedah penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis, dan telur secara berasingan dan letak tepi.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili dan belacan yang telah dikisar, kalau nak sedap lagi, tumbuk bahan-bahan ini.
  3. Masukkan ikan bilis, dan telur. Gaulkan. Tambah garam secukup rasa.
  4. Masukkan petai dalam 3-4 minit, gaul, dan biarkan.
  5. Kemudian masukkan nasi yang sudah disejukkan semalaman. Siap untuk dinikmati!

NASI GORENG BELACAN SEAFOOD

Bahan-bahan:

  • 4 biji cili hijau
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit daging ayam (dipotong kecil)
  • 5 ekor udang
  • 3 ekor sotong (dipotong kecil)
  • 1 mangkuk besar nasi putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit belacan
  • garam secukup rasa
  • satu sudu kecil serbuk sup
  • 2 sudu kecil gula
  • sepotong kobis bunga
  • sedikit minyak masak

Kaedah penyediaan:

  1. Tumbuk cabai,bawang merah dan bawang putih serta belacan.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam kuali.
  3. Masukkan daging ayam,udang dan sotong. Biarkan ia dimasak sebentar.
  4. Campurkan sos,garam,serbuk sup dan gula. Tunggu sehingga 3 minit.
  5. Masukkan nasi serta sayur dan gaul rata. Siap untuk dihidang.

Antara 3 resepi ini yang mana satu anda rasa paling menarik dan ingin anda cuba? Resepi tanpa gagal ini sesuai untuk dicuba oleh sesiapa yang baru berjinak-jinak di dapur. Hidangkan sebagai sarapan pagi, pastinya akan membuka selera sesiapa saja yang menikmatinya. Selamat mencuba!

Sumber:

https://listikel.com/resepi-nasi-goreng-terlajak-sedap-macam-di-kedai/

https://cookpad.com/my/recipes/14501007-4-langkah-nasi-goreng-belacan-ikan-bilis-petai-pedas?ref=search&search_term=nasi%20goreng%20belaca

https://tumis.my/resepi/menu/1501-cat-nasi_goreng_belacan_seafood.html

error: Content is protected !!