Now Reading
Resipi Nasi Goreng Tomyam Yang Enak & Sedap

Resipi Nasi Goreng Tomyam Yang Enak & Sedap

Nasi Goreng Tomyam

Nasi goreng tomyam merupakan salah satu jenis nasi goreng yang digemari oleh orang ramai. Kebiasaannya, nasi goreng tomyam ini boleh dijumpai di kebanyakan kedai masakan Thai.

Memang sedap resipi nasi goreng tomyam yang perencah atau perasa utamanya sama ada anda boleh ginakan kiub pati tomyam atau perencah tomyam yang di dalam botol/ Bersama sambal belacan dan juga hirisan timun memang sangat sesuai.

  • Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:
    • 2-3 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 5-6 tangkai cili padi
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • minyak masak
    • 2 sudu besar pes tomyam
    • 1/2 batang lobak merah
    • 1 batang serai
    • 2 keping kek ikan
    • sedikit air
    • 1 ikat kecil sawi (asing batang dan daun)
    • 5-6 ekor udang
    • 1 biji telur
    • 3 ekor sotong
    • 4-5 cawan nasi
    • 2 sudu besar sis ikan Thai
    • sedikit lada sulah
    • 2 sudu besar kicap cair
    • 2-3 helai daun limau purut
    • 1 sudu besar kicap manis
    • timun
    • keropok keping

Cara Penyediaan:

  1. Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  2. Masukkan dalam lesung batu dan tumbuk halus.
  3. Asingkan batang dan daun sayur sawi dan potong.
  4. Potong dadu carrot.
  5. Hiris nipis serai, fish cake dan timun.
  6. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
  7. Masukkan carrot, paste tomyam, batang sawi, fish cake dan air sikit (supaya paste tomyam larut).
  8. Masukkan serai.
  9. Masukkan udang dan telur.
  10. Masukkan sotong.
  11. Tambah minyak jika perlu (nasi kalau kurang minyak jadi x berapa garing).
  12. Sekarang masukkan nasi (lagi elok kalau guna nasi sejuk atau dimasak semalam sebab tak melekat).
  13. Masukkan nasi sikit-sikit supaya senang nak kacau sekata.
  14. Masukkan sos ikan Thai.
  15. Tambah sedikit lada sulah.
  16. Tambahkan kicap cair (optional).
  17. Masukkan daun sawi.
  18. Masukkan daun limau purut yang telah dicarik.
  19. Tambah minyak jika perlu.
  20. Kacau sehingga ada kesan garing dari kuali sikit.
  21. Tambah sikit kicap manis.
  22. Hidang dengan hirisan timun dan keropok goreng.
  23. Boleh tambah cili potong dan sambal belacan.

Mortar And Pestle Set

RM48.00

Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama,

Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan dan satu lagi memegang alat penumbuk. Dengan menekan alat penumbuk ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain. Ini adalah alat yang sesuai untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun.

TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER

RM57.90

Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.

Gambar kredit:

https://asianinspirations.com.au/recipes/tom-yum-fried-rice-with-prawns-kao-pad-tom-yum-goong/

error: Content is protected !!