Now Reading
Nasi Lemak Royale: 5 Tempat Terbaik di Sekitar KL

Nasi Lemak Royale: 5 Tempat Terbaik di Sekitar KL

Nasi Lemak Royale

Nasi Lemak Royale sebenarnya adalah seakan-akan nasi kandar atau nasi minyak dan lebih tepat lagi, ia bukannya nasi lemak yang betul.

Nasinya berwarna kuning, dipenuhi dengan limpahan kuah banjir dan ayam, kambing atau sotong. Terpulang ikut selera anda.

Kenapa diberikan jolokan ‘Royale’? Ini kerana, dikatakan ini adalah makanan kegemaran Sultan Kedah yang dahulunya hanya boleh didapati di Alor Setar, Kedah sahaja. Namun begitu, sekarang ini anda boleh dapatkan Nasi Lemak Royale dimana-mana sahaja, terutamanya mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Cara memasak Nasi Lemak Royale

Berbeza sedikit dengan nasi lemak biasa, ini adalah resepi nasi lemak terbaik dan paling sedap!

Nasi lemak adalah hidangan masakan Melayu yang terdiri daripada beras wangi yang dimasak dalam santan dan daun pandan. Anda boleh mendapatkan Nasi Lemak Royale menggunakan 17 bahan dan hanya dengan 2 langkah iaitu:

Bahan-bahan Untuk Menumis

  • 5 biji Bunga Cengkih.
  • 3 biji Buah Pelaga.
  • 1 kuntum Bunga Lawang.
  • 1 kulit Kayu Manis
  • 1 helai Daun Pandan.
  • 1 inci Halia (dihiris).
  • 1 batang Serai (diketuk).
  • 2 labu Bawang Merah (dihiris).
  • 2 sudu makan Minyak Masak.
  • 1 sudu makan Mentega.

Bahan-bahan Utama

  • 3 cawan Beras Basmati direndam 3 jam
  • 4 cawan Air.
  • 1/2 cawan Pekat Santan.
  • 1 sudu dari Serbuk Kunyit.
  • 1/4 sudu teh Garam.

Cara Penyediaan

1. Panaskan periuk nasi, tuangkan sedikit minyak masak dan mentega. Tumiskan semua bahan tumis sehingga naik bau.

2. Selepas itu, masukkan beras, air, santan pekat, serbuk kunyit dan garam. Masak nasi dan biarkan.

3. Kemudian, nasi  boleh hidang dan dimakan dengan lauk utama dan bahan sampingan seperti sambal, telur rebus, ikan bilis dan timun.

5 Tempat Terbaik Nasi Lemak Royale di KL

1. Nasi Lemak Royale ‘Kedah’, Ampang

Rating: 4.2 bintang

Alamat: 3, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 7 pagi hingga 2 pagi

Review Pelanggan dari carian Google

– “Another Level of Nasi Lemak” –

“Sebagai rakyat Malaysia, saya selalu menghargai pelbagai jenis makanan enak yang boleh kita dapatkan di sini di Malaysia.Tetapi bolehkah anda bayangkan mempunyai sepiring nasi lemak, nasi kandar dan syurga bersama-sama? Ya, ini adalah tempat yang mesti anda kunjungi. Sekarang.”

“Nasi kuning mereka agak seperti ‘nasi lemak’, tetapi tidak. Ia lebih banyak daripada itu! Campurkannya dengan ‘kuah campur’ (campuran sos) dan ayam goreng khas mereka. Percayalah, rasanya sangat enak dan sedap!”

2. Nasi Lemak Royale ‘Kedah’, Putrajaya

Rating: 3.9 bintang

Alamat: G1, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: Setiap hari. Bermula 8 pagi-8 malam

Review Pelanggan dari carian Google

-“Makanan sedap untuk dicuba”-

“Makanan sedap untuk dicuba. Sisi yang baharu untuk Nasi Lemak yang biasa. Namun, anda perlu berbaris untuk mencubanya. Cuma harga sedikit mahal untuk penduduk tempatan.”

“Kebersihan terjaga dan selesa berbanding restoran mamak yang lain”

“Ini adalah restoran Mamak yang besar, terbuka dan sangat bersih, dengan salah satu makanan nasi lemak utara yang dipanggil nasi lemak royale atau nasi lemak kuning.

Namun, selain pilihan nasi kuning dan nasi kandar biasa, lauk, roti canai, mee goreng dll, restoran ini mempunyai gerai tambahan yang menjual mee rebus, mee kari dan juga sate serta beberapa menu makanan lain.

Oleh itu, ini memberi anda pilihan tambahan berbanding restoran mamak yang biasa.”

“Dengan lokasinya yang strategik, jadi ini adalah tempat yang bagus untuk mengadakan pertemuan untuk rakan-rakan yang berkunjung dari luar Putrajaya.

Tempat meletak kenderaan yang mencukupi juga merupakan kelebihan. Tidak teruk, ini adalah tempat yang saya sering kunjungi.”

3. Nasi Lemak Royale, KL

Rating: 3.7 bintang

Alamat: 95, Jalan Padang Belia, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Review Pelanggan dari Carian Google

Anda mesti menjadi orang Aloq Staq untuk mengetahui mengapa ia dipanggil Nasi Lemak ? Harga berpatutan dan sedap!”

“Pada asalnya, Nasi Lemak Royale bermula di Kedah.

“Ini bukan restoran mamak yang khas kerana hidangan utamanya adalah nasi lemak kekuningan yang disajikan dengan “lauk-pauk” yang berbeza – ia juga menyajikan udang yang bersaiz besar.”

4. Nasi Lemak Royale, Gombak

Rating: 3.9 bintang

Alamat: 289, Jalan Gombak, Kampung Kuantan, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari. Bermula dari 8 pagi-8 malam

Review Pelanggan dari Carian Google

Nasriq Raduan: “Suka dengan cara mereka bekerja. Pantas dan responsif. Makanan cukup baik dan waktu operasi sesuai untuk melepak bersama rakan-rakan di sini.”

“apa yang boleh saya katakan mengenai restoran ini, ini adalah kelewatan bagi mereka yang ingin memiliki nasi lemak versi mamak, bertapak di kedah di utara malaysia dan berjaya muncul cawangan mereka di sekitar malaysia”.

Sekarang kita dapat makan nasi lemak itu di kuala lumpur.”

5. Nasi Lemak Royale Pokok Sena UTC Sentul

Rating: 3.7 bintang

Alamat: Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Review Pelanggan dari Carian Google

“Nasi lemak royale terbaik di KL”

Berdasarkan senarai Nasi Lemak Royale di sekitar KL yang kami kongsikan, mana satu yang anda tertarik untuk cuba?

Anda perlu cuba Nasi Lemak Royale sekali seumur hidup barulah anda tahu rasa keenakannya macam mana. Kini, anda tak perlu lagi terbang jauh ke Alor Setar kerana disini pun terdapat banyak pilihan menarik untuk anda cuba.

Sumber:

http://theoccasionalgourmand.blogspot.com/2020/03/nasi-lemak-royale-restoran-smr-alor.html

https://resipi-ayam.netlify.app/1531-how-to-make-delicious-nasi-lemak-royale.html

error: Content is protected !!