Ambillah apa-apa sahaja buku diet dan ia sudah tentu akan menyediakan pelbagai jawapan mengenai cara terbaik untuk menurunkan berat badan anda. Sesetengahnya mengatakan kunci utama adalah kurang makan dan bersenam dengan lebih banyak manakala yang lainnya, mengesyorkan diet rendah lemak atau memotong karbohidrat sekaligus daripada diet harian anda. Jadi, yang mana patut anda percaya?
Sebenarnya, tidak ada “satu saiz yang sesuai dengan semua” penyelesaian kepada penurunan berat badan yang sihat. Apa yang berfungsi bagi seseorang mungkin tidak berkesan untuk anda, kerana badan kita bertindak secara berbeza dengan makanan, senaman dan rutin yang berlainan, bergantung kepada genetik dan faktor kesihatan lain. Untuk mencari kaedah penurunan berat badan yang sesuai untuk anda mungkin mengambil masa dan memerlukan kesabaran, komitmen, dan beberapa eksperimen dengan makanan, diet dan senaman yang berlainan.
Di sini kami mengumpulkan beberapa nasihat untuk menurunkan berat badan daripada top Influencer dan Laman Kecergasan terkenal di Malaysia
Hentikan tabiat ‘snacking’ – GetFitKL
https://getfitkl.com/bad-habits-to-quit-when-losing-weight/
Seperti apa yang ditulis dalam laman GetFitKL, untuk menurunkan berat badan, anda perlu meninggalkan tabiat ‘snacking’. Snek merupakan salah satu makanan yang menakjubkan di dunia namun ia juga seperti bom jangka kerana semakin lama anda mengamalkan tabiat memakan snek, ia akan memusnahkan rancangan untuk mendapatkan berat badan idaman anda.
Menurut laman ini lagi, kesilapan pertama bagi individu yang ingin menurunkan berat badan adalah makan makanan ringan. Jadi, jauhi diri anda daripada membeli makanan ringan yang tidak diperlukan tersebut! Sekiranya tiada makanan ringan di sekeliling anda, yang merayu untuk dimakan, nafsu anda dapat dikawal dengan mudah.
Seterusnya, jika anda masih menurut nafsu anda dan membeli makanan ringan ketika sedang berdiet, maka itu merupakan kesilapan yang terbesar yang anda lakukan. Lain kali, kawal nafsu anda supaya tidak menyerah kalah lagi kepada makanan ringan.
Akhir sekali, seandainya anda perlu mengunyah sesuatu juga sepanjang hari, gantikanlah snek dengan sesuatu yang sihat. Dengan ini, nafsu anda dapat dipuaskan di samping membekalkan nutrisi sihat kepada badan anda yang terkandung dalam snek-snek yang sihat yang memperbaiki tabiat ‘snacking’ anda dalam cara baru.
Cari pelan diet anda sendiri – Angeline Ong
https://angeline-ong-yoga.blogspot.com/search/label/diets
Angeline Ong menggalakkan individu yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan untuk mencari program diet yang sempurna. Namun bagi beliau, pelan diet yang sempurna haruslah didahului dengan pemahaman jelas terhadap diri anda sendiri. Selalunya, adalah amat sukar untuk seseorang melepaskan makanan kegemarannya dalam jangka masa panjang. Oleh itu, cara paling berkesan untuk menurunkan berat badan dan mengekalkannya adalah dengan mengamalkan diet dan gaya hidup yang sihat.
Menurut beliau lagi, kita seringkali tidak mengamalkan apa yang kita katakan. Keadaan ini berlaku kerana kita sukar untuk mengubah rutin biasa kita secara mendadak. Untuk mengubah ke diet dan gaya hidup yang lebih sihat, ia tidak bermakna anda perlu melepaskan terus makanan kegearan anda.
Beliau memberi contoh terbaik yang boleh dilakukan seperti memulakan diet dengan memotong sebanyak 1/4 porsi hidangan makanan kegemaran anda diikuti dengan penambahan sayur dan buah dalam diet. Dengan cara ini, anda boleh melatih diri untuk makan secara sihat tanpa perlu mengorbankan makanan kegemaran anda tersebut.
Selain itu. Anda juga boleh memilih makanan yang mengandungi tahap kalori atau lemak trans yang rendah sebagai ganti diet rutin anda. Sebagai contoh, pilihlah susu skim berbanding susu penuh krim apabila membancuh kopi, menggunakan jam bebas sugar berbanding jam biasa pada roti bakar atau memakan mi yang berkuah jernih berbanding mi goreng.
Kesimpulannya, beliau menegaskan bahawa “Hanya dengan memilih makanan dengan bijak dan mengamalkan gaya hidup sihat, kita boleh menurunkan setiap inci tambahan badan dengan berkesan dan mengekalkannya untuk jangka masa panjang”
Jangan Melangkau Sarapan Pagi – Koafitnessmy
https://koafitnessmy.com/gym-insights/5-ways-to-lose-weight-fast/
Secara khususnya, sarapan pagi yang sihat memberi peluang kepada tubuh anda untuk mendapatkan beberapa mineral penting serta vitamin dan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan yang optimum. Begitulah nasihat yang diberikan oleh Koafitnessmy.
Sarapan dikategorikan sebagai ‘hidangan yang paling penting dalam sehari’. Walaupun terdapat banyak perdebatan tentang sama ada makan sarapan pagi sebenarnya akan membantu anda menurunkan berat badan atau tidak, pastinya ada banyak manfaat bagi mengamalkannya.
Menurutn laman tersebut, sarapan pagi secara harfiah juga bermaksud ‘berbuka puasa’. Tempoh antara hidangan terakhir pada malam sebelumnya sehinggalah gigitan pertama anda pada waktu pagi merupakan tempoh yang paling lama badan anda bekerja tanpa bahan bakar. Oleh itu, dengan sarapan, ia memberi peluang kepada tubuh anda untuk mendapatkan beberapa mineral penting, vitamin dan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan yang optimum.
Sarapan juga membantu dalam memulakan metabolisme anda, membantu anda membakar kalori sepanjang hari.
Makanan sarapan pagi seperti biji-bijian, tenusu dan buah-buahan adalah sumber nutrien yang baik sama seperti zat besi, vitamin B, kalsium, serat dan protein. Tubuh memerlukan nutrien penting & penyelidikan ini menunjukkan bahawa jika anda terlepas sarapan pagi, anda kurang mendapat ganjaran untuk kemudian hari.
Bukan itu sahaja, sarapan pagi juga boleh membantu:
- Meningkatkan memori dan daya tumpuan
- Meningkatkan mood dan mengurangkan tekanan
- Mengurangkan risiko Kencing Manis
- Mengurangkan risiko Penyakit Jantung
- Mengurangkan risiko Obesiti
- Mengurangkan risiko Tekanan Darah Tinggi
Jadi, jangan lupa sarapan pada setiap pagi ya!
Dengarkan badan anda – Simontfitness.com
https://simontfitness.com/blog/2017/03/16/things-you-need-to-know-trying-to-lose-weight
Simonfitness pernah berkongsi mengenai perkara yang perlu anda tahu untuk menurunkan berat badan. Salah satunya adalah, ‘dengarkan badan anda’. Apakah yang dimaksudkan olehnya? Baca perkongsian beliau ini dengan lebih lanjut.
“Setiap kali kita pergi ke gim, kita akan memaksa badan kita kepada hadnya. Kita memberi 110% tenaga dalam setiap senaman selama tujuh hari seminggu. Kita pastikan kerja keras kita akan dibayar dengan kejayaan menurunkan berat badan. Namun hakikatnya, kita tidak kehilangan berat badan pun. Maka, kita akan berlatih lebih keras lagi dan berharap untuk menurunkan berat badan kali ini tetapi TIDAK!”
Malangnya, menurut beliau, situasi di atas sering dilihat terjadi di gim seperti satu kitaran tanpa noktah.
Oleh itu beliau menasihatkan kepada individu yang bercita-cita untuk menurunkan berat badan supaya mendengar badan mereka sendiri. Ini kerana setiap kali melakukan senaman, anda akan meletakkan tekanan yang berat pada badan anda. Badan juga perlukan istirehat untuk memulihkan tenaga yang hilang. Rancanglah latihan anda dengan betul. Mungkin anda perlu menetapkan sebanyak satu atau dua hari untuk berehat, supaya tubuh anda pulih dan mengisi tenaganya semula. Ini kerana, badan anda akan bertindak balas terhadap senaman dengan lebih baik jika badan anda berada dalam keadaan segar.
Jadi, ikutilah nasihat yang diberikan oleh beliau dan dengarilah badan anda.
Perubahan gaya hidup yang menyeluruh – Kevin Zahri
https://kevinzahri.com/5-things-malaysians-should-know-about-healthy-weight-loss/
Kevin Zahri pernah bercerita melalui blognya yang beliau pernah bertemu dengan beberapa individu yang memberitahunya mereka ingin menurunkan berat badan tetapi mereka tidak mahu berhenti merokok atau pergi ke restoran rantaian makanan segera. Malangnya, mereka tidak dapat mengekalkan rancangan mereka dalam masa yang lama.
Jadi, berliau telah menegaskan bahawa anda perlu mengubah gaya hidup secara menyeluruh sekiranya ingin menurunkan berat badan. Itulah sebabnya apabila anda memulakan perjalanan berat badan, anda juga harus membuat perubahan gaya hidup yang lengkap. Dan konsisten dengan keputusan anda.
Menurutnya lagi, sejujurnya beliau dahulu juga merupakan seorang yang pemalas tetapi sekarang, beliau telah memasuki larian maraton dan merupakan seorang pelatih kecergasan yang terkenal. Beliau juga bercerita mengenai pengalaman beliau apabila bertemu dengan seorang atlet yang menasihatinya mengenai kesungguhan seseorang apabila melakukan sukan yang digemari sudah tentu mereka akan melakukan apa sahaja untuk menjayakannya. Ya, apabila anda mempunyai minat atau impian, anda pasti akan mengubah gaya hidup ke arah impian anda. Ia boleh jadi, berenang, berbasikal, berlari atau apa sahaja yang membuatkan anda berpeluh.
Jadi, jika anda mempunyai impian untuk menurunkan berat badan, anda harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya dan salah satu caranya adalah dengan mengubah gaya hidup anda secara menyeluruh kepada yang lebih sihat.
5 Elemen Penting Untuk Menurunkan Berat Badan – Wenghonnfitness
https://wenghonnfitness.com/your-weight-loss-programme-need-these-to-work/
Wenghonnfitness telah berkongsi mengenai elemen penting dalam rancangan penurunan berat badan yang perlu diikuti oleh setiap individu yang mahukan badan yang kurus dan sihat. Berikut merupakan nasihat beliau yang perlu diingati:
1. Melatih otot besar anda, seperti kaki, dada, belakang dan bahu.
Otot besar membakar lebih banyak kalori berbanding otot yang kecil dan ia juga terlibat dalam banyak pergerakan dan fungsi daripada otot yang kecil. Pergerakan seperti lunges, squats, push up, deadlift adalah yang terbaik untuk pembakaran lemak badan.
2. Intensiti Tinggi
‘Kesan afterburn’ yang juga dikenali sebagai EPOC (excess post-exercise oxygen consumption) dapat meningkatkan metabolisme anda dan membakar lebih banyak kalori sehingga 24 jam selepas anda melakukan latihan interval intensiti tinggi.
3. Konsistensi
Anda perlu konsisten dalam melakukan senaman anda pada setiap minggu. Beliau mencadangkan anda melakukan senaman sebanyak 4 kali dalam seminggu sambil mengaplikasikan 5 elemen penting yang dikongsikan ini supaya dapat menghasilkan keputusan yang hebat.
4. Intensiti Rendah
Menurutnya lagi, walaupun senaman intensiti tinggi adalah baik, namun senaman intensiti rendah juga adalah penting. Walaupun latihan kardio intensiti tinggi dapat membakar lebih banyak kalori, latihan intensiti yang rendah dapat membakar lebih banyak lemak. Selain itu, beliau turut berkongsi mengenai satu penyelidikan yang dijalankan yang mendapati bahawa gabungan senaman intensiti tinggi dan intensiti rendah merupakan kombinasi hebat yang bukan sahaja memberikan hasil penurunan berat badan yang baik tetapi juga boleh mencegah kelebihan penggunaan otot dan sendi.
5. Perkembangan
Akhir sekali, jika anda melakukan rutin yang sama dengan kelajuan, ulangan atau berat badan yang sama selama berbulan-bulan, tubuh anda mungkin telah disesuaikan dengan pelan senaman anda. Ini merupakan sesuatu yang buruk. Beliau menasihatkan supaya anda meneliti program anda semula dengan menukar pemboleh ubah seperti tempoh berehat dan ulangan.
Setelah membaca kompilasi nasihat-nasihat daripada top influencers dan laman kecergasan terkenal dalam artikel ini, kami harap ia dapat membantu anda dalam rancangan penurunan berat badan anda!