Nebulizer adalah peralatan perubatan yang dipakai individu asma atau keadaan pernafasan lain untuk mengambil ubat secara langsung dan cepat pada paru-paru.
Ia menukar ubat cecair menjadi wap yang sangat halus yang boleh disedut oleh seseorang melalui topeng muka khas atau corong mulut. Mengambil ubat ini dengan cara ini membolehkan ia pergi terus ke paru-paru dan sistem pernafasan di mana ia memerlukan.
Siapakah yang memerlukan nebulizer?
Doktor selalunya preskripsikan individu yang mengalami gangguan paru-paru seperti berikut :
- Asma
- Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)
- Fibrosis sistik
- Bronchiectasis
Kadang-kadang doktor akan preskripkan nebulizer pada kanak-kanak yang mempunyai jangkitan pernafasan, seperti brochiolitis.
Jenis Nebulizer
Terdapat 3 jenis nebulizer utama seperti:
- Jet – Menggunakan gas yang dimampat menjadi aerosol (partikle halus ubat di dalam udara)
- Ultrasonik – Ia membuatkan aerosol melalui pengetaran frekuensi tinggi. Partikle ini lebih besar daripada partikle nebulizer jet.
- Mesh – Cecair yang melaluinya adalah mesh yang sangat halus kemudian menjadi aerosol. Nebulizer jenis ini mempunyai partikle paling kecil, dan pastinya ia juga paling mahal.
Bercakaplah dengan doktor tentang sama anda corong mulut atau mask adalah yang sesuai untuk anda atau anak anda.
Pelitup muka, muat pada hidup dan mulut anda, selalunya sesuai untuk kanak-kanak bawah umur 5 tahun kerana mereka bernafas melalui hidup mereka lebih daripada warga emas atau orang dewasa.
Bagaimana ia berfungsi?
Udara yang dimampat melalui tiub dan menukarkan ubat cecair menjadi wap. Ketika serangan asma atau jangkitan pernafasan, wap lebih mudah untuk disedut berbanding spray daripada inhaler bersaiz poket.
Apabila saluran pernafasan anda menjadi sempit seperti ketika serangan asma, anda tidak dapat menarik nafas dalam. Untuk sebab ini, nebulizer adalah kaedah yang lebih efektif untuk menghantar ubat berbanding inhaler, yang memerlukan anda mengambil nafas yang dalam.
Nebulizer boleh menghantar terapi ubat asma bertindak segera (penyelamat) atau bertindak kemudian (penjagaan untuk menghalang serangan akut).
Selain itu, lebih daripada 1 ubat boleh memberikan rawatan sama. Contoh ubat digunakan dalam nebulizer termasuklah :
- albuterol
- ipratropium
- budesonide
- formoterol
Doktor anda akan tentukan ubat mana yang perlu diambil di dalam nebulizer berdasarkan keperluan anda. Jenis ubat dan dos akan dipreskripkan oleh doktor.
Anda mungkin menerima campuran bekas cecair yang boleh dibuka dan diletakkan pada mesin atau anda mungkin perlu mencampurkan konstrentasi tersebut tiap kali sebelum penggunaan.
Cara menggunakan Nebulizer
Sebelum seseorang mula mengambil ubat menggunakan nebulizer, doktor atau jururawat akan menerangkan bagaimana nebulizer berfungsi dan menjawab sebarang persoalan anda.
Jika seseorang menerima nebulizer daripada farmasi atau syarikat peralatan perubatan, mereka akan menerangkan kepada anda cara menggunakannya.
Setiap mesin nebulizer beroperasi sedikit berbeza. Adalah sangat penting untuk membaca arahan untuk peralatan tertentu yang telah dipreskripkan oleh doktor.
Secara umumnya, nebulizer sangat senang untuk digunakan dengan hanya beberapa langkah mudah :
- Membasuh tangan
- Menambah ubat pada bekas ubat, berdasarkan pada preskripsi doktor
- Pasang bahagian atas, tubing, topeng muka atau corong mulut
- Pasang tubing pada mesin, mengikut arahan
- Hidupkan nebulizer : buka sumber oksigen atau udara mampat sama ada berkuasa elektrik atau bateri
- Sambil menggunakannya, pegang corong mulut dan bekas ubat dalam keadaan tegak untuk membantu menghantar semua ubat
Berbincanglah dengan doktor anda atau hubungi pengeluar jika anda mempunyai persoalan atau tertanya-tanya berkenaan peralatan nebulizer anda.
Penjagaan Nebulizer
Sangat penting untuk membersihkan dan membasmi kuman pada peralatan nebulizer asma anda untuk mencegah jangkitan. Bersihkan di tempat yang jauh daripada asap, habuk atau tingkap terbuka
– Pembersihan
Ikuti arahan pembersihan untuk membersihkan nebulizer anda:
Selepas setiap rawatan, bilas bekas nebulizer dengan bersih dengan air suam, membuang air berlebihan dan biarkan ia kering dengan sendiri.
Pada setiap kali penggunaan harian, basuh bekas dan pelitup muka atau corong mulut dengan peluntur ringan. Bilas ia dengan betul dan biarkan ia kering dengan sendiri. Anda tidak perlu membersihkan tubing pemampat.
Setiap hari ketiga, selepas membasuh semua peralatan anda, basmi kuman dengan cuka atau konstretasi air atau konstretasi pembasmi kuman.
Untuk membuat konstretasi cuka, campurkan 1/2 cawan cuka putih dengan 3/2 cawan air. Rendam peralatan anda untuk 20 minit dan bilas ia di bawah air yang mengalir.
Buang lebihan air dan biarkan ia kering dengan tuala kertas. Pastikan ia betul-betul kering sebelum menyimpannya di dalam plastik yang dizip.
– Penyimpanan
Tutup pemampat dengan kain bersih apabila anda tidak menggunakannya. Lap dengan kain yang bersih dan lembap jika perlu. Jangan letakkan pemampat udara pada lantai, sama ia untuk rawatan atau untuk penyimpanan.
Simpan ubat tersebut di dalam tempat yang kering dan sejuk. Sesetengah peralatan perlu disimpan di dalam peti sejuk, manakala yang lain perlu disimpan jauh daripada matahari atau cahaya.
Periksa dengan kerap. Jika ia berubah warna atau membentuk kristal, buang dan gantikannya.
– Tips lain
Pastikan sentiasa ada bekas nebulizer dan topeng atau corong mulut ekstra dalam simpanan. Jika anda mendapatkan rawatan pernafasan dalam bilik doktor, dapatkan tubing, bekas dan topeng.
Ikuti semua arahan peralatan tentang pemeriksaan, pembersihan dan ganti penapis pada pemampat udara.
Kelebihan Nebulizer
Pastinya setiap produk ubat ada kebaikan dan kekurangannya. Ini merupakan kelebihan nebulizer :
- Mudah digunakan apabila anda mengalami serangan asma, memandangkan anda tidak perlu menarik nafas yang dalam apabila menggunakannya
- Pelbagai ubat boleh dihantar pada satu masa
- Nebulizer mungkin lebih mudah digunakan pada kanak-kanak
Keburukan Nebulizer
Keburukannya adalah seperti di bawah :
- Nebulizer sukar di bawa ke mana sahaja seperti inhaler
- Ia selalunya memerlukan sumber kuasa untuk menghidupkan pemampat udara
- Penghantaran ubat mengambil masa yang lama melalui nebulizer berbanding melalui inhaler
SUMBER
https://www.medicalnewstoday.com/articles/324947
https://www.healthline.com/health/asthma-nebulizer-machine#Article-Resources