Now Reading
Nizatidine (Ulser Perut/Usus) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

Nizatidine (Ulser Perut/Usus) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

nizatidine

Pengenalan

Nizatidine adalah penyekat histamin-2 yang berfungsi untuk mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan oleh perut.

Kegunaan Nizatidine

Nizatidine digunakan untuk merawat ulser di dalam perut dan usus. Ia juga boleh merawat gejala pedih ulu hati dan esofagitis erosif yang terjadi disebabkan penyakit gastroesophageal reflux (GERD), suatu keadaan di mana asid daripada perut naik ke bahagian esofagus.

Cara Menggunakan Nizatidine

Gunakannya seperti yang tertera pada label, atau seperti yang ditentukan oleh doktor anda. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Ambil ubat ini dengan segelas air kosong. Ubat ini berfungsi paling baik jika anda mengambilnya dalam masa 1 jam sebelum makan atau minum apa-apa yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala pedih ulu hati.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Nizatidine

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah padanya, atau pada penyekat H2 lain (cimetidine, famotidine, ranitidine), ataupun jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bertanyalah pada ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.

Selain itu, beritahu doktor atau ahli farmasi anda mengenai sejarah perubatan anda sebelum menggunakan ubat ini. Sesetengah simptom sebenarnya merupakan tanda bagi keadaan yang lebih serius.

Malah, sebelum menjalani pembedahan, beritahu doktor atau doktor gigi tentang semua produk yang anda gunakan (termasuklah ubat preskripsi, ubat bukan preskripsi dan produk herba).

Semasa kehamilan pula, ubat ini hanya boleh digunakan apabila betul-betul diperlukan sahaja. Bincangkan risiko dan faedah ubat ini dengan doktor anda. Malah, rujuk doktor anda dahulu sebelum menyusukan bayi anda.

Kesan Sampingan Nizatidine

Sakit kepala atau cirit-birit mungkin berlaku. Sekiranya salah satu daripada kesan ini berterusan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera. Ingatlah bahawa doktor telah menilai bahawa faedah Nizatidine adalah lebih besar jika dibandingkan dengan risiko kesan sampingannya.

Ramai individu yang menggunakan ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius. Namun, beritahu doktor sekiranya anda mempunyai kesan sampingan yang serius.

Reaksi alahan yang sangat serius terhadap ubat ini jarang berlaku. Namun, gejala reaksi alergi yang serius, termasuklah:

  • ruam, gatal / bengkak (terutama pada muka / lidah / tekak), pening teruk, kesukaran bernafas.

Kontraindikasi Nizatidine

Hipersensitiviti terhadap Nizatidine, antagonis H2 lain, atau komponen rumusan yang lain.

Interaksi Nizatidine

Beberapa produk memerlukan asid perut supaya badan dapat menyerapnya dengan betul. Nizatidine boleh menurunkan kadar asid perut, jadi ini mungkin mengubah seberapa baik produk ini berfungsi.

Selain itu, produk yang terjejas termasuklah atazanavir, dasatinib, delavirdine, azole antifungal tertentu (seperti itraconazole, ketoconazole), pazopanib di antara yang lain.

Jangan minum ubat ini dengan produk yang mengandungi Nizatidine atau penyekat H2 lain (cimetidine, famotidine, ranitidine).

Dos Nizatidine

Dewasa Biasa untuk Ulser Duodenal

  • 300 mg secara oral sekali sehari pada waktu tidur atau 150 mg secara oral 2 kali sehari
  • Tempoh terapi: Sehingga 8 minggu

SUMBER

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-6023/nizatidine-oral/details

https://www.drugs.com/dosage/nizatidine.html


error: Content is protected !!