Now Reading
Nokardiosis (Nocardiosis) – Simptom, Diagnosis dan Rawatan

Nokardiosis (Nocardiosis) – Simptom, Diagnosis dan Rawatan

nokardiosis

Nokardiosis adalah penyakit yang berlaku disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam tanah atau air yang bertakung. Ia bermula di dalam paru-paru atau kulit anda, dan boleh menyebabkan masalah serius jika ia masuk ke dalam aliran darah dan menjejaskan bahagian tubuh yang lain.

Penyakit ini datang dalam dua bentuk. Anda boleh mendapat versi pulmonari (paru-paru) apabila bernafas dalam bakteria. Jenis kedua adalah kutaneus primer (kulit). Ketika ini, bakteria masuk ke dalam luka yang terbuka seperti calar.

Seterusnya, golongan lelaki adalah tiga kali lebih berisiko dijangkiti berbanding wanita terutamanya bagi lelaki pertengahan umur yang bekerja di luar rumah. Anda juga mungkin mempunyai peluang yang lebih besar untuk mendapatnya jika anda mempunyai sistem imun yang lemah kerana keadaan seperti diabetes, HIV atau kanser. Ia juga boleh berlaku jika anda pernah melakukan pemindahan tulang atau organ. Sekiranya anda mengambil dos steroid yang tinggi (ubat yang membantu keradangan), ia juga akan meningkatkan risiko mendapat Nokardiosis.

Simptom Nokardiosis

Tanda-tanda bagi penyakit ini boleh berbeza-beza, bergantung kepada jenis Nokardiosis yang anda miliki. Nokardiosis paru-paru adalah yang jenis paling biasa, dan simptomnya adalah sama dengan pneumonia atau tuberkulosis seperti:

Tanda-tanda Nokardiosis kutaneus primer adalah bisul pada tangan, dada atau belakang badan. Ini adalah lebam pada atau di bawah permukaan kulit yang biasanya dipenuhi dengan nanah (pus). Anda juga mungkin mengalami demam.

Jika tidak dirawat, jangkitan boleh merebak melalui aliran darah ke otak anda atau ke buah pinggang, usus atau organ lain yang jarang berlaku. Ia juga boleh menjadi sangat serius. Tanda-tanda bahawa jangkitan telah merebak ke otak anda termasuk:

  • Sakit kepala yang serius.
  • Masalah kemahiran motor, seperti koordinasi keseimbangan atau mata-tangan.
  • Terlalu sensitif terhadap bunyi yang kuat atau lampu yang terang.

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom ini, berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Diagnosis Nokardiosis

Ianya sukar untuk mengetahui perbezaan antara Nokardiosis paru-paru dan pneumonia atau tuberkulosis. Nokardiosis kuteneus primer kulit utama juga biasanya kelihatan seperti beberapa jangkitan kulit yang lebih biasa.

Bagi mengetahui keadaan anda dengan pasti, doktor mungkin akan mengambil sampel kecil tisu atau cecair dari kawasan yang dijangkiti. Ini mungkin termasuk tisu atau lendir dari paru-paru atau tisu dari kulit anda.

Rawatan Nokardiosis

Nokardiosis biasanya boleh disembuhkan dengan pengambilan antibiotik, tetapi tidak semuanya boleh memberi kesan terhadap bakteria. Doktor mungkin perlu menjalankan beberapa ujian makmal untuk melihat rawatan mana yang lebih berkesan terhadap anda. Kemudian, anda mungkin perlu mengambilnya selama 6 minggu sehingga setahun, bergantung pada betapa seriusnya jangkitan anda.

Dalam sesetengah kes, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan atau mengalirkan nanah di kawasan yang dijangkiti.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/nocardia-infection

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/what-is-nocardiosis

https://www.mayoclinicproceedings.org/article/S0025-6196(12)00204-2/abstract

https://rarediseases.info.nih.gov/diseases/7210/nocardiosis

error: Content is protected !!